Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10 bangunan kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, dekat Kajang, 10 Februari.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 pagi, daripada orang awam berhubung penemuan mangsa yang juga anak anggota polis berusia lima tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan menaiki ambulans Briged Tengah PGA.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di HUKM pada jam 9.45 pagi.
“Sebelum itu, mangsa dikatakan berseorangan di kuarters itu ketika kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian dan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Mohd Zaid menasihatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan anak bawah umur bagi mengelakkan kejadian buruk.
“Orang ramai ada maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama kali bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir, 1 tahun, Mira Filzah mengakui dia banyak belajar perkara baru dan perlu bijak mengatur masa antara kerjaya dan keluarga.
“Menjadi seorang ibu kepada Amir, adalah pengalaman baru. Ini adalah fasa pertama, banyak perkara yang Mira belajar sepanjang masa. Mira sentiasa belajar untuk jadi yang terbaik dengan mengikuti perkembangan Amir. Sebab Mira sangat sibuk, keluar pagi..dia tidur.. balik malam dia masih tidur. Bila tengok anak kat CCTV, ala kesian tengok dia main sendiri. Tapi Mira kena pandai bahagi masa antara jadi ibu, isteri dan kerjaya.”
Baginya yang juga salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millennial 2023, berjauhan dengan anak kecil demi tanggungjawab pada kerja membuatkan dia semakin matang dalam menguruskan kehidupan.
Moment Menitiskan Air Mata
“Mira pernah berjauhan pertama kali dengan Amir masa tu dia baru 3 bulan. Atas urusan kerja di Indonesia.. Itu pertama kali la sebab yelah berjauhan buat pertama kali. Bila bekerja jauh, rasa rindu tu pada anak.. normalah kan?”
Isteri kepada ahli perniagaan ini juga mengakui sokongan dan tanggungjawab suami amat penting lebih-lebih lagi dalam memahami jadual kerjanya yang padat.
Suami Support System Yang Kuat
“Emir banyak bertolak ansur, Mira akan bagitahu awal supaya Amir ada masa bersama salah seorang dari kami. At least tak dua-dua busy dalam satu masa”
Wanita Kena Bekerja
“Mira setiap malam suka tengok video lama dia masa kecil, Mira dapat tawaran kerja di luar Selangor dalam 45days macam tu dan Mira terfikir boleh ke tinggalkan Amir lama-lama macam tu kan”
“Tapi macam Mira cakap, kena balance.. kalau kita ada rezeki kerja kena bekerja. Kita kena jadi wanita berdikari sebab tak tahu apa akan terjadi masa depan.”
“Mira tetapkan dalam hati, semuanya untuk masa depan Amir. Hati kena kuat”
Saksikan perkongsian penuh Mira Filzah sebagai penerima Anugerah Best Mama Millennial, Pa&Ma Gala 2023 di bawah ini
Setakat hari ini (18/3/2020), kes melibatkan wabak Covid-19 mencatatkan peningkatan jumlah pesakit. Menurut laporan Astro Awani, terdapat 117 kes baharu yang telah dilaporkan setakat 12 tengah hari Rabu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 790 kes. Peningkatan ini sangat membimbangkan.
Menurut perkongsian dari Dr. Yazeed, perintah kawalan pergerakan dibuat bukan saja-saja. Ini untuk memastikan agar kes covid-19 dapat dikurangkan sekaligus mengelak dari virus terus merebak. Jika tidak diatasi, kita bimbang barisan hadapan negara (petugas kesihatan) akan semakin lumpuh akibat pertambahan pesakit.
BARISAN HADAPAN NEGARA SEMAKIN LUMPUH
Kenapa Kawalan Pergerakan dilaksanakan?
Pertama sekali kita kena faham , Kalau kita perhatikan kes dulu 22 sekarang sudah melonjak jadi 528 .
Dari 528 tak mustahil jadi 1000 . Gandaan ini yang amat ditakutkan .
Macam di Italy , masa awal awal dulu , Tak banyak kes , Rakyat mereka tak pandang serius kes ni , Bila gandaan dah jadi x3 x4 .. Bila dah bertambah kes kematian , Baru nak gelabah.
Sebab apa ?
Sebab kita sendiri tak anggap perkara ni serius melainkan ianya terjadi pada diri sendiri atau keluarga rapat . Apakah itu yang kita mahukan ?
Dah kena lempang baru sedar ?
Tak nak kan ? Jadi cukuplah merungut . Kalau kita tak faham , Jangan pertikaikan usaha yang Lain
Ingat kerajaan nak buat keputusan ni , Senang ke ? Sebab faktor ekonomi akan jatuh , Itu pun menyakitkan , Tapi lebih menakutkan bila ada korban nyawa . Mana lagi penting ? Korban nyawa atau korban ekonomi ?
Sebab tu kerajaan terpaksa juga laksanakan langkah ini .
Ekonomi boleh dicari , Tapi Nyawa takkan kembali .
Ucapkan syukur , kalau kau belum menjadi mangsa . Kau sangat bertuah .
Jadi kenapa ini perlu dilaksanakan ?
1- Untuk mengurangkan jumlah kes berjangkit iaitu seperti kita sedia maklum , Jika kurang berkomunikasi secara fizikal , Maka risiko untuk dapat jangkitan adalah berkurangan
2- Untuk memastikan Barisan Hadapan Pekerja Kesihatan tidak lumpuh . Tahukah anda , KKM kini tidak mempunyai dana dan staff yang cukup untuk memerangi wabak ini ? Jika ada kenaikan kes , Maka hari demi hari … Barisan hadapan kita akan makin keletihan dan akhirnya akan lumpuh .
Apa jadi jika barisan hadapan kesihatan lumpuh ?
Jadi macam Italy dan negara lain. Barisan hadapan kesihatan mereka sudah pun lumpuh disebabkan kenaikan kes jangkitan yang tak terkawal , Bukan sekadar Staff , Supporting equipment seperti Disposable item , Ubat ubatan , Ventilator , Bilik Icu yang tidak mencukupi .
Bayangkan , Dengan kes kes baru covid 19 ni lagi , Belum lagi pesakit yang sedang nazak dalam hospital tu , Pesakit yang perlu dibedah , Pesakit stroke , Pesakit jantung , Pesakit koma dalam ICU lagi .
Korang bayangkan macam mana punya HAVOC dalam hospital tu , NAK SELAMATKAN MANA SATU ?
DAN YANG paling ditakuti adalah ,
Risiko pesakit yang berjangkit tidak dirawat dengan baik adalah tinggi . Manpower dan machinery tidak lagi mencukupi untuk menyelamatkan semua mangsa ni.
Sebab tu kerajaan perlukan bantuan dari korang semua untuk faham situasi sekarang ni . Kalau kita semua boleh bantu kerajaan dengan PROPER self quarantine ..Insyallah Malaysia mampu menangani wabak ini .
Dan kita pula boleh kembali bekerja seperti biasa .
Lagi cepat kita tangani masalah ni , Lagi cepat lah kita boleh kembali kepada kehidupan biasa .
Tolong lah support usaha kerajaan ini , Kalau bukan untuk diri sendiri …
INGATLAH BEBANAN ORANG LAIN.
INGATLAH BARISAN HADAPAN PASUKAN KESIHATAN KITA YANG SEDANG BERPERANG 200% MENANGANI WABAK INI
Mereka semua pun ada keluaga dan anak anak macam kita juga .
Bagaimana dengan keselamatan dan nyawa mereka . Ini ibarat pergi berperang , Kalau dulunya perang mati berdarah , Tapi kini perang dengan virus yang juga bakal tarik nyawa
Untuk siapa mereka ni berjuang ?
Bukankah terang lagi bersuluh ?
Untuk bangsa dan negara , Nyawa mereka digadaikan untuk keselamatan kita dirumah , Agar kita masih boleh bersama dengan keluarga tercinta .
tapi mereka ?
Besar pengorbanan mereka ini. . Tak berbaloi dengan kita yang sambil lewa
BANTULAH BARISAN HADAPAN KITA INI
Aku nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kepada mereka disana yang berjuang 24/7 , Setiap hari memerah keringat , Meninggalkan keluarga dirumah untuk keselamatan orang lain .
Yang kita ni hanya dibelakang telefon pintar , Jangan pandai komplen saja .
Share dan Tag kawan , ini lah cara kita boleh bantu mereka . Hentikan Covid 19 !
Ini lah cara untuk kita bantu mereka !
Thank you , Barisan Hadapan Negara you are my unsung heroes !
Komen dekat bawah , Ucapkan kata semangat pada mereka semua ini
Ramai unsung heroes dalam followers aku ni.
IKHLAS,
DR YAZEED HAIR JOHARI
KLINIK MEDISSA MEDICAL & DENTAL
Ada anak kecil mata memang kena selalu peka risau mereka bermain dengan barang-barang yang merbahaya dan boleh memudaratkan mereka. Tak kiralah kat mana, si kecil yang tengah nak meneroka memang seronok je capai semua benda.
Seperti yang berlaku di Liaoning, China, seorang bayi perempuan berusia dua tahun melecur teruk selepas bermain dengan soket elektrik di rumahnya.
Dalam kejadian tersebut, anak kecil ini dibiarkan bermain gajet sendirian di dalam bilik sementara ibunya sibuk menguruskan kerja rumah.
Sempat menjenguk sekejap si kecil yang sedang bermain, ibunya terkejut sebaik saja melihat anaknya itu bermain dengan paku. Bimbang melihat keadaan itu, ibunya merampas paku dan meletakkan ia di tempat tinggi sebelum kembali menyambung kerja rumah.
Tak lama kemudian, si ibu terhidu bau terbakar dari rumah lalu segera berlari mendapatkan anaknya kerana menyangka ada berlaku kebakaran. Namun apa yang berlaku lebih teruk dari yang disangka.
Sebaik pintu dibuka, ibu tersebut melihat anaknya memegang paku dan mencucuk ke dalam lubang soket elektrik sehingga menyebabkan si kecil itu terkena renjatan elektrik.
Ekoran daripada kejadiant tersebut, anak kecil itu melecur teruk di bahagian kedua-dua belah tangan dan mulutnya membengkak. Ibunya yang melihat keadaan anaknya terus segera membawa anak kecil itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut doktor, mangsa mengalami luka melecur tahap empat dan tidak dapat dipastikan sama ada otaknya juga turut terjejas.
Hati-hati ye papa mama bila kat rumah tu. Jangan biarkan anak yang masih kecil bermain seorang diri bimbang perkara tak diingini berlaku. Anak tengah nak membesar memang semua benda dia buat main, maklum sahajalah masih kecil dan takt ahu apa-apa.