Baru berusia tujuh tahun, si cilik Alisya Zehra Mohd Izuan yang baru berusia 7 tahun sudah memperoleh lebih 60 pingat buat dirinya menerusi kejuaraan menyertai pertandingan catur.
Ujar ibunya, Zahidahtul Kamaliah Saharun, 37 anak kecilnya itu sudah mula bermain catur seawal usia empat tahun apabila kerap ‘mengganggu’ abangnya, Muhammad Aiman Zarif, 11, bermain catur.
Apabila umurnya menjaukau usia lima tahun dia sudah mula menunjukkan potensi diri malah mula mengumpul pingat melalui acara itu.
Paling membanggakan, kanak-kanak cilik itu selaku Juara Catur Kebangsaan U8G turut bakal menyertai pertandingan di Greece daripada 12 hingga 18 April ini.
“Pada mulanya, jurulatih catur di sekolah Aiman iaitu Ismail Ahmad nampak potensi pada dirinya menyebabkan saya dan suami, Mohd Izuan Mustaffa, berusia 38 tahun, bersetuju untuk menghantarnya menjalani kelas peribadi dengan Ismail.
Ads
Zahidahtul yang juga guru berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu sudah menyertai lebih 70 pertandingan catur termasuk secara dalam talian.
“Antara pertandingan yang pernah disertainya adalah Annual Russian House Open Chess Tournament 2025, Pearl Point Shopping Mall 2025 dan 18th IGB Malaysian Chess Festival.
Ads
“Dalam kebanyakan pertandingan disertai, Alisya dinobat juara kategori bawah tujuh tahun atau kategori bawah 12 tahun,” katanya.
Menurut Zahidahtul, beliau dan suami sentiasa memberi sokongan kepada Alisya dengan menghantarnya ke kelas peribadi serta membawanya menyertai pertandingan catur hampir setiap minggu.
“Sebagai persiapan mewakili Malaysia, Alisya sedang menjalani latihan intensif dengan jurulatihnya yang dijalankan setiap Ahad bermula jam 9 pagi hingga jam 4 petang.
Ads
“Malah, Alisya juga membuat latihan menyelesaikan minimum 100 ‘puzzle’ setiap hari selain menyertai pertandingan catur dalam talian,” katanya.
Zahidahtul berkata, Alisya bertekad untuk mengumpul 100 pingat dan piala dalam pertandingan catur pada tahun ini. Malah katanya lagi, anak kecilnya itu berhasrat untuk bergelar Women Grand Master (dalam catur) yang pertama di Malaysia.
“Kami berharap Alisya dapat mengharumkan nama negara pada pertandingan antarabangsa bulan depan dan berjaya mencapai cita-citanya bergelar Women Grand Master,” katanya.
Kredit: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak dilentur buluh biarlah dari rebungnya, sebab itulah ramai ibu ayah yang melatih anak untuk belajar berpuasa sejak kecil. Seawal usia lima tahun pun dah ada yang berpusa, kagum betul dengan semangat anak-anak kecil yang mahu menyahut rukum Islam yang ketiga ni.
Meninjau ke akaun Instagram Alisa Aisyah, terbaharu ada perkongsian gambar alisa dan abangnya Yusuf Iskandar yang membuatkan meraih perhatian warganet.
Sumber foto: Instagram Alisa Aisyah
Gambar itu telah dirakamkan ketika mereka berdua bangun bersahur. Biarpun masih kecil, tetapi sudah diajarkan untuk bangun bersahur. Lucunya kerana kedua-dua mereka jelas kelihatan mengantuk tetapi masih maintain comel!
Ekspresi wajah anak-anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini mencuit hati ramai. Dapatlah ubat rindu para peminat Alisa dan Yusuf sebab sejak kebelakangan ini memang jarang sekali Hanis berkongsi perkembangan terbaharu anak-anaknya itu.
Dah makin besar dua beradik ini, bila jarang nampak Alisa di media sosial dia dah nampak macam kakak-kakak. Geram tengok kecomelan dia!
Antara komen warganet;
Semoga Alisa dan Yusuf dapat menjalani ibadah berpuasa dengan gembira dan dapat banyak belajar tentang erti mensyukuri nikmat. Biarpun hanya bersahur kalau tak puasa pun tak apa, janji ada effort tu. Nanti bila dah besar, bolehlah mula berpuasa betul-betul kan?
Tular beberapa hari yang lalu tangan seorang bayi yang baru lahir mempunyai kesan 10 cucukan jarum yang dilakukan oleh doktor pelatih semasa ingin mengambil darah bayi tersebut.
Ramai warganet yang berasa sedih melihat gambar tersebut dan kurang senang dengan tindakan doktor yang dirasakan tidak wajar. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama dengan ibu bayi yang berkongsi gambar di media sosial itu.
Mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menerusi laporan yang dibuat oleh BERNAMA menegaskan bahawa doktor atau jururawat yang tidak menjumpai saluran darah pada bayi untuk memasukkan jarum atau pengambilan darah perlu mendapatkan bantuan orang lain atau yang lebih senior.
Sukar Nak Cari Saluran Darah Bayi Tapi Ada Amalan Ditetapkan
Beliau tidak menafikan memang sukar untuk mencari saluran darah bayi menggunakan jarum kerana ia kecil namun terdapat amalan ditetapkan berhubung perkara berkenaan.
“Jika tidak menjumpai saluran pada bayi untuk memasukkan jarum ketika rawatan perlu dapatkan bantuan orang lain atau mereka yang lebih senior dan bukannya cuba sehingga 10 kali.
“Sekiranya cubaan kali kedua tidak berjaya, mereka tidak boleh cuba mencucuk jarum untuk kali ketiga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Kinta River Walk di sini hari ini.
Dr Lee mengulas tular di Facebook mengenai catatan seorang wanita yang menunjukkan gambar tangan bayi baru dilahirkan dengan kira-kira 10 kesan cucukan jarum didakwa dilakukan oleh doktor pelatih semasa ingin mengambil darah anaknya.
Menjelas lanjut, Dr Lee berkata Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan terdapat tersebut.
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata kementerian akan mengambil tindakan terhadap doktor yang didapati mengenakan caj konsultasi melebihi daripada yang ditetapkan melalui Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta.
Beliau berkata orang ramai boleh merujuk laman web kementerian bagi mendapatkan maklumat mengenai akta berkenaan yang menetapkan caj konsultasi doktor.
Katanya caj konsultasi doktor berada di bawah kawalan kementerian, namun caj hospital, makanan, penginapan dan sebagainya berada di luar kawalan dan ditetapkan berdasarkan harga pasaran.
“Kebiasannya ada aturan berkenaan caj hospital dengan syarikat-syarikat insurans,” katanya.
Semalam media melaporkan langkah klinik mengenakan caj tambahan sehingga 10 peratus terhadap pemegang polisi insuran menyebabkan kuota perlindungan pesakit cepat habis dan harga ubat mencapai hampir 90 peratus lebih mahal dikenakan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memandang serius mengenai amalan klinik dan pusat perubatan swasta yang mengenakan caj rawatan dan kos ubat-ubatan berbeza bagi pesakit yang membayar secara tunai dan pesakit yang menggunakan kad insurans.
Kehadiran anak sememangnya memberi seribu kebahagiaan dalam hidup pasangan suami isteri. Apa lagi menanti sekian lama. Kegembiraan berganda inilah yang dilalui Syakirin Husnal dan suaminya kini. Bahagia kala dianugerah si comel permata hati mereka, Vea Khadeja.
Berkahwin pada tahun 2013, si comel Vea Khadeja menjadi pelengkap bahagia Syakirin Husnal bersama suaminya, Muhammad Faris Arriffin. Kata Syakirin, kehadiran Vea menjadi penyeri hidupnya dan suami.
Berkongsi kegembiraan di hari ulang tahun pertama Vea, Syakirin meluahkan rasa syukur yang tak terhingga kala diberikan rezeki untuk bergelar ibu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga meraikan ulangtahun kelahiran anak sendiri. Bertahun-tahun Mommy berusaha & bersabar dengan cabaran untuk mendapatkan zuriat.
Lagi stress bila setiap kali pergi doktor, doktor kata both of us husband and wife okay je sihat je, should be no problem untuk ada baby. Ramai doktor kitorang pergi.
Tapi tulah, normal-normal pon still tak pregnant. Stress gila weyh time tu. Sampai tak tau nak buat apa dah.
Tapi Allah itu lebih mengetahui, kalau lah Mommy pregnant awal, dengan jadual kerja Mommy Daddy macam orang gila punya sibuk time tu, maybe anak Mommy kena duduk sesorang kat rumah bancuh susu sendiri ?
Bila dah dapat Vea, masyaAllah, everything falls into place nicely. Allah dah susun timing baik punya. Cantik je perjalanan. Alhamdulillah.
Kepada uncle aunty yang masih TTC (Trying To Conceive), teruskan usaha dan berdoa dan yakinlah, percaturan Allah itu lebih sempurna.
Bukan itu sahaja malah perkongsian Syakirin menerusi Majalah Pa&Ma edisi September 2019 mempamerkan terujaan dan rasa syukur bergandanya.
“Kami menanti Vea terlalu lama. Lebih empat tahun lamanya kami menunggu. Dah macam-macam cara kami lakukan termasuklah berjumpa doktor pakar sebanyak tiga kali. Saya juga dah lakukan rawatan IUI sebanyak dua kali namun masih tak berhasil.
Akhirnya selepas lama menanti, Allah kurniakan kami Vea dengan penuh kegembiraan. Tahun kelima perkahwinan, iaitu pada Ogos 2018 saya akhirnya bergelar ibu. Perasaannya tak tergambar ketika waktu itu. Tak terluah dengan kata-kata saat melihat wajahnya,” cerita Syakirin penuh ceria.
Kontraksi Ketika Live “Pengalaman paling manis pastinya mengalami kontraksi buat pertama kali. Menariknya ketika alami kontraksi buat pertama kali saya langsung tidak sedar malah ketika itu sedang live Go Shop. Saya terasa sakit tetapi tak tahu ia adalah kontraksi dan saya bertahan kerana sedang rancak bersiaran.
Tapi mujurlah selepas itu sakit kembali hilang. Beberapa hari selepas itu saya sakit lagi tetapi masih sempat keluar makan bersama suami. Balik daripada makan saya alami muntah-muntah yang agak teruk.
Saya rujuk kepada doktor dan doktor beritahu saya itulah kontraksi yang saya alami. Malamnya saya mula alami kebas-kebas pinggang hingga ke kaki. Keesokkan harinya apabila ke hospital, bukaan saya sudahpun 3cm.
Saya alami kesakitan yang agak lama ketika melahirkan Vea, sakit bermula daripada hari Khamis dan kemudiannya Sabtu pagi barulah Vea selamat dilahirkan secara normal.
Menariknya sebelum itu, kerana tidak tahan sakit, saya minta epidural dan peliknya saya demam sebaik menerima rawatan itu. Saya muntah-muntah dan menggigil kesejukkan kerana terlalu lama berada di dalam bilik bersalin.
Paling menarik Vea disambut ayahnya sendiri yang meminta daripada doktor untuk menyambutnya. Dia jugalah yang memberi semangat pada saya ketika di bilik bersalin dan dia jugalah yang menyambut Vea.
Itulah permintaannya pada doktor ketika di bilik bersalin. Saat melihat wajah Vea adalah momen paling indah buat kami berdua. Suami saya tidak putus-putus mengambil gambarnya sepanjang detik itu,” cerita Syakirin lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.