Kanak-kanak 8 tahun suka matematik, sudah boleh tahu istilah juta hingga ke novemtrigintilion. Jika kanak-kanak lain yang berusia 8 tahun, sudah tentu suka bermain, lain pula kisahnya dengan Muhammad Rayyan Hakeem Mohd Syazlan Amirudin. Kanak-kanak ini lebih suka menghabiskan masa dengan mendalami ilmu Matematik.
Kanak-kanak 8 Tahun Suka Matematik, Sudah Boleh Tahu Istilah Juta Hingga Ke Novemtrigintilion
Ibunya, Nurul Dalinatul Aini Mohd Dali yang menetap di Sheffield, United Kingdom (UK) berkata, dia dan suami, Amirudin Bahardin, menyedari minat Rayyan dalam Matematik ketika anaknya itu berumur lima tahun.
Kanak-kanak yang mesra disapa Rayyan, boleh mencongak operasi tambah, tolak, darab dan bahagi membabitkan angka yang besar.
Katanya, minat itu adalah hasil inisiatif dan keinginan Rayyan untuk belajar.
“Rutin harian Rayyan sama seperti kanak-kanak lain iaitu ke sekolah. Cuma, seawal umur lima tahun, dia sudah menghafal sifir dua hingga 12.
“Nampak minatnya serius kerana mencongak angka besar selain gemar menonton video berkaitan angka di YouTube.
“Disebabkan itu, Rayyan boleh tahu istilah juta, bilion, trilion, quadrilion, quintilion sehingga ke novemtrigintilion,” katanya.
Menurut Nurul Dalinatul Aini, sejak Disember tahun lalu, Rayyan mula menunjukkan kemahiran mencongak angka berkuasa besar.
Ads
Nurul Dalinatul Aini berkata, Rayyan juga sering memintanya dan suami memberikan soalan berkaitan Matematik bagi menguji kemahirannya.
“Setakat ini, Rayyan berkebolehan untuk mencongak nombor 22 sehingga 209.
“Rayyan juga terkenal dalam kalangan rakan sebaya dan guru dengan kebolehan Matematik malah pernah mendapat ‘Head Teacher’s Award’ untuk kemahirannya itu.
“Menurut guru, Rayyan sering ke hadapan untuk menulis di papan hitam bagi menjawab soalan atau kuiz Matematik di sekolah.
“Selain itu, Rayyan ingat semua nama-nama kuasa, suka bermain kiub rubik dan tidak suka menyelesaikannya mengikut warna seperti orang lain, tetapi mengikut coraknya,” katanya.
Meskipun sedar kelebihan dimiliki Rayyan, Nurul Dalinatul Aini mahupun suaminya tidak pernah beri tekanan kepada anak mereka itu.
“Kami tak pernah memaksa sebaliknya beri kebebasan untuk Rayyan memilih apa diminatinya dan bagi sokongan.
Ads
“Cuma pernah terfikir jika dia dapat masuk universiti pada usia yang muda. Tapi, itu semua terpulang padanya dan kalau boleh, kami hendak beri Rayyan kebebasan kerana mahu dia membesar serta bermain seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Wajah anak kerap ‘di body shaming’ Erni Zakri ambil langkah kurang kongsi gambar anak. Penyanyi Ernie Zakri telah mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian mengenai anak perempuannya, Nur Khawla Soleha, di media sosial selepas wajah anak kerap jadi bahan hinaan.
Wajah Anak Kerap ‘Di Body Shaming’
Menurut Ernie, yang juga dikenali dengan nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, netizen tidak mempunyai hak untuk mengutuk anak kecil yang tidak berdosa.
“Sebagai seorang ibu, adalah normal untuk berasa sedih apabila ada segelintir netizen yang saya boleh katakan tidak berakal, tetapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang memilih untuk berkongsi tentang anak saya,” katanya.
Ernie menegaskan bahawa dia tidak mengharapkan pujian, tetapi juga tidak menerima dengan hati terbuka apabila ada orang mengutuk anaknya. Oleh itu, apabila dia menyedari bahawa perkongsian tersebut membawa kepada reaksi negatif, dia akan mula mengurangkan hantaran berkaitan anaknya.
“Ini adalah tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka melihat anak kami, tetapi apabila ada yang mengatakan anak saya tidak comel, saya berasa sedih,” luahnya dalam sebuah program hiburan.
Meskipun sedih berdepan tohmahan, Ernie dan suaminya, Syamel, enggan mengambil tindakan undang-undang selagi perkara berkenaan tidak mencalarkan reputasi mereka.
Erni Zakri Ambil Langkah Kurang Kongsi Gambar Anak
“Setakat ini, saya dan suami anggap apa yang kami lalui tidak terlalu teruk. Jika dilayan, semakin menjadi-jadi perangai netizen ini. Mereka mahukan perhatian. Jadi jika tidak diberi perhatian, pasti mereka akan berhenti. Tapi bagi yang tidak berhenti komen, mungkin banyak masa di rumah dan boleh dikatakan mereka gila,” katanya.
Ernie juga menyatakan bahawa dia berdepan dengan ramai netizen yang tidak berhenti-henti menghantar mesej peribadi (DM) kerana mahukan perhatian. Namun, selagi ia tidak menjatuhkan reputasi kerjaya dan mengganggu keluarga, dia tidak akan mengambil tindakan.
Selain Ernie, ramai artis seperti Nora Danish, Caprice, dan Sharifah Sakinah turut berdepan isu yang sama apabila wajah anak mereka dikutuk tidak comel bahkan disamakan dengan haiwan.
Untuk info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, yang kini berusia tiga tahun.
Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan tak tahu bila pengakhirannya, ada yang masih lagi bernasib baik dapat bekerja dan menyara keluarga. Tapi sebaliknya bagi yang terjejas pendapatan, mereka sekarang hanya hidup ala kadar saja.
Kadang kita dah rasa susah namun ada lagi yang susah. Jadi bersyukurlah mana yang masih boleh bekerja dan membahagiakan seluruh ahli keluarga. Mungkin bagi anak kecil mereka belum mengerti erti kesusahan ibu bapa. Apa yang mereka fikir nak keseronokan.
Seperti perkongsian video yang cukup menyentuh hati ini, bila sepasang suami isteri tetap meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke-3 dengan hanya meletakkan dua biji pisang dan sebiji limau atas periuk dan ditiup lilin oleh si anak.
Dengan memakai gaun yang cantik dan wajah yang riang, sambil bertepuk tangan dia menyanyikan lagu hari jadi sambil diiringi oleh kedua-dua ibu bapanya.
Walaupun tanpa kek yang dekorasinya cantik ternyata kegembiraan di wajah anak itu terserlah. Boleh dipuji cara ibu bapa ini meraikan hari lahir anaknya biarpun dalam serba kekurangan.
Mungkin disebabkan itulah mereka tiada wang untuk membelikan kek kepada anak mereka.
Difahamkan si ayah sudah tidak lagi bekerja kerana keadaan sekarang ini yang tak mengizinkan. Ibaratnya tanpa sebiji kek ikut tema yang disukai anak, sambutan itu amat bermakna.
Betullah anak-anak kita ini, tanpa kek yang sedap, hadiah besar pun jika keikhlasan dan kasih sayang dari kedua ibu bapa itu pun dah sangat membahagiakannya. Asalkan yang penting jangan ikut orang dan bahagialah cara kita.
Setelah selesai meniup lilin, kanak-kanak itu dilihat bermain seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Rata-rata warganet mengucapkan selamat hari lahir kepada anak kecil ini dan mendoakan mereka sekeluarga dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Anak perempuan suka perhatikan apa saja yang ibunya buat, patutlah perangai sama. Mendidik anak perempuan ni ada caranya tersendiri. Namun tahukah anda bahawa anak perempuan ini adalah cerminan ibunya. Sikapnya suka melihat gerak geri ibunya.
Anak Perempuan Suka Perhatikan Apa Saja Yang Ibunya Buat, Patutlah Perangai Sama
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
1. Dia akan perhati akhlak ibunya dalam bertutur kata samada gunakan bahasa yang sopan dan cantik ataupun jelik.
2. Dia akan perhati cara ibunya memarahi dan meleterinya samada menggunakan emosi semata mata ataupun memang bertujuan mendidiknya.
3. Dia akan perhati cara ibunya berhias dan bersolek muka samada berhias untuk orang lain ataupun berhias untuk diri sendiri.
4. Dia akan perhati cara ibunya mendidik adik-adiknya samada menggunakan cara kekerasan ataupun kelembutan.
5. Dia akan perhati bagaimana ibunya mengamalkan dan mengutamakan agama dalam kehidupan sehariannya samada mengabaikannya atau berpegang teguh dengan prinsip agamanya.
6. Dia akan perhati bagaimana cara si ibu menghabiskan masa ketika waktu luangnya samada menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah atau sebaliknya.
7. Dia akan perhati cara ibunya melayan dan menghormati pasangannya samada melayani dengan penuh cinta dan kasih sayang atau sebaliknya.
8. Dia akan perhati gaya pengurusan si ibu dalam mengurus rumah tangga sama ada dengan gaya yang efisen tersusun atau sebaliknya.
9. Dia akan perhati bagaimana cara si ibu tunjuk kasih sayang pada ahli keluarga samada dengan penuh cinta tanpa syarat atau sebaliknya.
10. Dia akan perhati pengorbanan si ibu dalam menjaga seluruh ahli keluarga kerana di situlah sebenarnya hikmah pelajaran terbesar buat anak perempuan kita.
Di sebalik anak perempuan yang baik dan solehah majoriti ada di belakangnya ibu yang banyak berkorban, beriman dan sabar dalam menjaga seluruh ahli keluarga.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.