Berita

Kanak-kanak 8 Tahun Suka Matematik, Sudah Boleh Tahu Istilah Juta Hingga Ke Novemtrigintilion

Share

Kanak-kanak 8 tahun suka matematik, sudah boleh tahu istilah juta hingga ke novemtrigintilion. Jika kanak-kanak lain yang berusia 8 tahun, sudah tentu suka bermain, lain pula kisahnya dengan Muhammad Rayyan Hakeem Mohd Syazlan Amirudin. Kanak-kanak ini lebih suka menghabiskan masa dengan mendalami ilmu Matematik.

Kanak-kanak 8 Tahun Suka Matematik, Sudah Boleh Tahu Istilah Juta Hingga Ke Novemtrigintilion

Ibunya, Nurul Dalinatul Aini Mohd Dali yang menetap di Sheffield, United Kingdom (UK) berkata, dia dan suami, Amirudin Bahardin, menyedari minat Rayyan dalam Matematik ketika anaknya itu berumur lima tahun.

Kanak-kanak yang mesra disapa Rayyan, boleh mencongak operasi tambah, tolak, darab dan bahagi membabitkan angka yang besar.

Katanya, minat itu adalah hasil inisiatif dan keinginan Rayyan untuk belajar.

“Rutin harian Rayyan sama seperti kanak-kanak lain iaitu ke sekolah. Cuma, seawal umur lima tahun, dia sudah menghafal sifir dua hingga 12.

“Nampak minatnya serius kerana mencongak angka besar selain gemar menonton video berkaitan angka di YouTube.

“Disebabkan itu, Rayyan boleh tahu istilah juta, bilion, trilion, quadrilion, quintilion sehingga ke novemtrigintilion,” katanya.

Menurut Nurul Dalinatul Aini, sejak Disember tahun lalu, Rayyan mula menunjukkan kemahiran mencongak angka berkuasa besar.

Nurul Dalinatul Aini berkata, Rayyan juga sering memintanya dan suami memberikan soalan berkaitan Matematik bagi menguji kemahirannya.

“Setakat ini, Rayyan berkebolehan untuk mencongak nombor 22 sehingga 209.

“Rayyan juga terkenal dalam kalangan rakan sebaya dan guru dengan kebolehan Matematik malah pernah mendapat ‘Head Teacher’s Award’ untuk kemahirannya itu.

“Menurut guru, Rayyan sering ke hadapan untuk menulis di papan hitam bagi menjawab soalan atau kuiz Matematik di sekolah.

“Selain itu, Rayyan ingat semua nama-nama kuasa, suka bermain kiub rubik dan tidak suka menyelesaikannya mengikut warna seperti orang lain, tetapi mengikut coraknya,” katanya.

Meskipun sedar kelebihan dimiliki Rayyan, Nurul Dalinatul Aini mahupun suaminya tidak pernah beri tekanan kepada anak mereka itu.

“Kami tak pernah memaksa sebaliknya beri kebebasan untuk Rayyan memilih apa diminatinya dan bagi sokongan.

“Cuma pernah terfikir jika dia dapat masuk universiti pada usia yang muda. Tapi, itu semua terpulang padanya dan kalau boleh, kami hendak beri Rayyan kebebasan kerana mahu dia membesar serta bermain seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Kanak-Kanak 8 Tahun Lemas, Tersepit Celah Batu Ketika Mandi Sungai!

Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun, Kes Pertama Omicron Libatkan Rakyat Malaysia

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

IKLAN