Seorang kanak-kanak dan dua dewasa cedera selepas terjatuh dari permainan taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.
Menurutnya, tiga mangsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.
“Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.
“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dkejarkan ke tempat kejadian.
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen,” katanya.
Kredit: BuletinTV3
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Budak 2 Tahun “Ghaib” Selepas Bermain Dalam Terowong Gelongsor Pada Waktu Senja, Nasib Ada Yang Jumpa
Kalau ingat balik zaman-zaman dulu, sebelum maghrib mesti mak-mak atau nenek bising minta masuk rumah dan mandi awal. Katanya tak bagus maghrib masih di luar rumah. Pintu dan tingkap pun mesti ditutup sebelum azan maghrib.
Masih ramai ibu bapa yang tidak kisah anak mereka diluar sehingga habis azan maghrib. Ada juga ibu-ibu yang asyik bersembang sambil mendukung anak sehingga terleka maghrib dah berlalu. Tapi sebenarnya waktu maghrib di luar rumah sangat tidak elok untuk anak kecil.
Menurut perkongsian salah seorang pengguna facebook, dia berkongsi kejadian dimana ketika itu (waktu senja) ada seorang kanak-kanak telah hilang. Menurut sumber, sebelum hilang kanak-kanak tersebut bermain terowong gelongsor di sebuah taman permainan di bandar Chukai, Kemaman.
Terjemahan;
Kisah Benar,
Petang tadi, di taman permainan yang terletak di Padang Astaka (Kemaman, Terengganu), ada budak dua tahun telah hilang ketika bermain disitu. Ketika kejadian, waktu lebih kurang dalam pukul 6:30 petang. Dengan izin Allah, kanak kanak tersebut di hantar ke balai polis yang berhampiran dengan taman permainan tersebut.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut diambil oleh penunggu kawasan itu. Dengan pertolongan dari Allah, ada hamba Allah telah bantu mencari kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak tersebut “diambil” semasa dia masuk ke dalam terowong gelongsor dan dalam masa yang sama dia terlepas dari pandangan mata pengasuh (ibu bapa/penjaga).
Ibu bapa sila berhati-hati, jangan terlalu leka dengan anak-anak kecil. Untuk peringatan ibu bapa, berhati-hati bila bawa anak-anak diwaktu senja ataupun hampir masuknya waktu maghrib.
Rata-rata netizen mengingatkan agar ibu bapa supaya membawa anak pulang ke rumah lebih awal dan elakkan berada pada waktu senja di luar rumah. Ada juga berkongsi pengalaman yang berlaku kepada mereka di tempat yang sama.
Anak Saya Pun Pernah Terkena Dekat Taman Mainan Ni, Keluar Dari Terowong Tu…
Mak Ayah Zaman Sekarang Tak Kisah Waktu Sembahyang/Azan
Ada Pengalaman Yang Sama dekat taman ni, Anak Masuk Dalam Terowong Tapi Tak Keluar-Keluar
Tu Pasal Tak Boleh Main Waktu Senja, 6.30 Tu Dah Senja Patut Balik..
Sumber: Aura Alami Canuai Hanafi,Bandar Chukai Kemaman
…
“Tutup Pintu Dan Tingkap Sebelum Maghrib Elak Anak Diganggu Syaitan!” Ustaz Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis
Kenapa tak elok waktu maghrib masih kat luar rumah? Mesti ramai yang tertanya. Rupanya ada sebab kenapa tak elok dan kenapa ibu nenek selalu larang kita berada di luar rumah ketika maghrib. Ketika ini langit sedang terbuka luas, dan pertukaran waktu dari siang ke malam sedang berlaku. Waktu inilah syaitan mula bertebaran untuk mecari tempat tinggal. Ikuti perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus;
Apakah Maksud Ummu Shibyan. Ummu bermaksud ibu dan sihbyan bermaksud budak-budak. Dalam kitab dipanggil syaitan daripada jin kafir. Pekerjaanya adalah menganggu budak-budak bawah umur 2 tahun pada waktu maghrib. Pada waktu maghrib dia akan duduk di hujung syiling rumah.
Apa yang perlu dilakukan untuk elak gangguan syaitan?
10 minit sebelum maghrib ibu bapa perlu menutup pintu, tingkap rumah. Ummu shibyan akan masuk melalui pintu dan tingkap, dalam hadis nabi “Ummu Shibyan”, menceritrakan cara berjalannya seperti cicak, kepala kecil dan matanya besar. Dia akan menjelir kearah bayi dan bayi akan menagis tanpa henti.
Apakah punca anak diganggu syaitan?
Anak menangis tanpa henti dan bila kita alihkan pandangan mata dia, atau pusingkan kepalanya, dia tetap menangis dan matanya tetap melihat keatas iaitu tempat yang sama. Dia sebenarnya sedang melihat Ummu Shibyan
Apa yang perlu dilakukan jika anak menangis tanpa henti?
Jangan biarkan anak anda baring dan melihat ke atas, pusingkan bayi ke bawah dan bacakan ayat Qursi, 3 Qul dan tiup diatas ubun-ubun kepalanya sampai dia tenang dan berhenti menangis.
Baca ayat kursi dan bagitahu “Wahai ummu sibyah, jangan gangu rumah aku, keluar dari rumah ini”. Dia akan keluar.
Fitrah manusia takut dengan benda yang menggerunkan. Walaupun bayi tidak kenal atau tidak tahu apa itu syaitan, tapi syaitan menunjukkan rupanya yang menggerunkan, jadi bayi akan berada dalam keadaan takut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Letih Macam Mana Pun Kerja Suami, Takkan Sama Penatnya Isteri Urus Anak & Rumahtangga
Letihnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saat anak masih kecil memerlukan perhatian, rumah tangga dan suami perlu diuruskan. Maafkanlah sikap isteri yang mungkin bersikap kasar tanpa sengaja.
Tidak kira isteri suri rumah atau isteri yang bekerja, kedua-duanya ada cabarannya. Tapi yang pasti kedua-duanya memang menanggung penat yang teramat. Apatah lagi jika anak-anak masih belum pandai menguruskan diri.
Luahan lelaki ini bertepatan sekali. Pandangannya kepada bebanan yang ditanggung para isteri menarik perhatian para warganet sehingga viral. Tugas seorang isteri di rumah tak boleh disamakan dengan kerja-kerja pejabat kerana ia jauh lebih berat.
KELUAR KE PASAR RAYA PUN BOLEH HILANGKAN STRES
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya
Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.
Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.
Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.
Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.
SUAMI PERLU RAIKAN SIFAT ISTERI, PERLU SENTIASA MENYOKONG
Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.
Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
LETIH MACAM MANA PUN KERJA SUAMI, TAKKAN SAMA PENATNYA ISTERI
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.
Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!
Maka begitulah isteri kita hadapi.
JANGAN PELIK KALAU ISTERI BERSIKAP KASAR, IBARAT GUNUNG BERAPI NAK MELETUS
Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia.
Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.Hihi
So para suami anda kena letak mindset ni:
- ISTERI KERJA SETIAP JAM SEPANJANG MASA
Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita. Mereka kerja every hour.
2. ME TIME
Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.
3. TIADA ISTILAH TOLONG, MEMANG KERJA SUAMI
Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.
4.I STERI BUKAN ROBOT
Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.
Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.
Sumber: Ehsan Halim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Mummy Abah ‘Belikan’ Rumah Baru” Arwah Alesha Bagi Hint Tak Nak Balik
Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha ‘rumah’ baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yang diucapkan anak kepada saya dan isteri, Nur Ashwa Johalim.
Pada mulanya tak perasan, selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya seperti petanda yang dia akan meninggalkan kami.
“Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.
Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia iaitu pada 15 Februari.
“Apa yang berlaku ni seolah-olah kami ke Tanah Suci bukan saja untuk beribadah, malah untuk ‘hantar’ Nur Alesha bertemu penciptanya juga,” luahnya sebak.
Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap menjadi lebih manja apabila tiba di Madinah dan mula mengalami masalah kesihatan selepas itu.
“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi’, bersebelahan masjid tersebut.
“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.
“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.
Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah kerana urusan sepanjang rawatan di hospital dipermudahkan, malah turut berpeluang dikebumikan di Jannatul Baqi’
Kredit: Kosmo Online
https://www.youtube.com/watch?v=DIKU6Lp2OgM&t=637s
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI