Kanak-kanak autisme 4 tahun terjatuh dari tingkat 16, alami calar kecil tanpa sebarang patah tulang. Berpantang maut sebelum ajal. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Aubervilliers, Perancis, terselamat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri yang berketinggian 43 meter.
Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 16, Alami Calar Kecil Tanpa Sebarang Patah Tulang
Kanak-kanak itu hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang, lapor Oddity Central. Kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme itu berada di dalam biliknya ketika bapanya mendengar dia menangis.
Bapanya kemudiannya segera pergi untuk memeriksa dan menenangkan anaknya, tetapi mendapati pintu bilik anaknya itu terkunci.
Difahamkan, ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dan ibu bapa kanak-kanak itu percaya bahawa anak mereka secara tidak sengaja mengunci diri di dalam bilik yang menyebabkan dia panik.
Sebaik sahaja bapanya berjaya memecahkan pintu, tangisan kanak-kanak itu telah berhenti dan bilik tersebut kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, bapanya menyedari bahawa dia ‘sudah terlambat’.
Bapanya kemudian segera bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang dipenuhi tanah.
Dia segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.
Tambah Oddity Central, bapanya terkejut melihat anaknya dapat bergerak sendiri, dengan hanya calar kecil pada kakinya.
Ads
“Dia mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak melihat sebarang pendarahan luaran. Dia hanya mengalami calar kecil pada kakinya,” jelas bapanya kepada akhbar Perancis, Le Parisien.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu yang masih bimbang akan anaknya yang mungkin mengalami kecederaan dalaman segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Necker di mana dia ditempatkan di bawah pemerhatian selama tujuh hari.
Sepanjang tempoh tersebut, doktor menjalankan beberapa ujian untuk memastikan dia benar-benar sihat seperti yang dilihat.
Selain daripada sedikit pendarahan di buah pinggang dan paru-paru yang dapat dirawat oleh pakar bedah, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.
Ads
Selepas tujuh hari, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani kehidupan normal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dia malah dapat kembali ke tadika pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa. Ibu bapanya terkejut, begitu juga dengan doktor yang merawatnya.
“Dia telah kembali kepada kehidupan normal, semuanya baik. Saya tidak pernah percaya pada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibunya.
Ada yang mengatakan bahawa bumbung farmasi yang dipenuhi tanah mungkin menyerap hentakan jatuhnya, tetapi doktor yakin bahawa ianya lebih berkaitan dengan badan kanak-kanak yang ringan dan fleksibel.
“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Bagi personaliti serba boleh, Alif Satar, momen manis ketika kecil dan dibesarkan di pangsapuri sentiasa menggamit memorinya.
Atas dasar itulah, Alif turut membawa ketiga-tiga anaknya, Alisha, Ariana dan Ali untuk sama melihat dan meninjau sambil mengabadikan kenangan di tempat dia pernah dibesarkan.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkongsi kisah kehidupan di flat yang didiami Alif dan keluarga yang terletak di Wangsa Maju. Malah Alif juga turut bergambar kenangan bersama anak-anak.
“Baru -baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam @studiosembang dengan @ameliath yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’.
“Ni haa.. Blok E1, Wangsa Maju, Seksyen 2. Kami tinggal di sini dari 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.
“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000, baru la pindah ke Hartamas,” kongsi Alif.
Bahkan kata Alif lagi, disinilah dia mengumpul pelbagai memori di waktu kecilnya bersama keluarga dan kawan-kawan.
“Beb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu, macam-macam memori Alif kumpul kat sini.
“Paling best, bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini! Kind loving people they all are, and I wish them all the best♥️,” ujar Alif bercerita.
Bahkan Alif turut menitipkan pesanan dan nasihat buat ketiga-tiga anaknya agar tidak pernah melupakan siapa dan dimana kita berada.
“p/s: Tidak kira setinggi mana anda melangkah, jangan pernah lupa akar umbi. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.
“Hargai dan ingat orang yang membawa anda ke sana sepanjang perjalanan,” kata Alif menitipkan pesanannya buat anak-anak.
Terdahulu, Alif dan isterinya, Shadila Halid dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.
Ainul Mardhiah kesayangan semua. Rupanya semakin hampir dengan waktu kepulangannya ke Malaysia. Bapanya mengesahkan akan membawa si kecil ini pulang secara rahsia bagi mengelakkan jangkitan.
MAMA & WALID SEDANG BUAT PERSIAPAN PULANG
Mengulas mengenai perancangan buat anak kesayangannya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan yang si kecil itu akan dibawa pulang ke tanah air secara senyap.
Bapa berusia 24 tahun ini juga turut memberitahu, dia bersama-sama isterinya, Nurul Erwani Zaidi sedang melakukan persiapan untuk membawa anak mereka itu pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
KEPUTUSAN ATAS NASIHAT DOKTOR
Menurut Ahmad Safiuddin, keputusan tersebut dilakukan atas nasihat daripada doktor memandangkan Ainul masih dalam peringkat penyembuhan selepas pembedahan.
Bagi mengelakkan suasana sesak dengan orang ramai di lapangan terbang yang mungkin mendedahkan Ainul kepada sebarang kemungkinan yang memudaratkan, tarikh kepulangan akan dirahsiakan.
“Tarikh tidak akan diberitahu atas nasihat doktor di sini (London) sebab takut ramai akan tunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti,” katanya.
BADAN MASIH BELUM KUAT
Ahmad Safiuddin juga turut memberitahu kepulangan secara senyap-senyap ini adalah kerana Ainul masih dalam peringkat penyembuhan. Justeru, dalam peringkat ini tubuhnya tidak kuat menangkis jangkitan. Beliau juga turut berharap orang ramai memahami keadaan ini.
“Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat.
“Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
“DAH READY KE KAKAK”
Sebelum ini Ahmad Safiuddin terlebih dahulu memuat naik gambar anaknya di Facebook dengan kapsyen ‘Dah ready ke kakak (Ainul)’.
Status yang dimuat naik bapa ini kemudiannya mendapat 8,200 reaksi, 133 komen dan lebih perkongsian.
Si kecil Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.
Tahap kesihatannya terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.
IBU HARAP SEMUA DOAKAN AINUL
Selain itu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani turut berkongsi keadaan kesihatan Ainul dan mohon doa agar Ainul sentiasa sihat.
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Ainul sihat setiap hari. Doakan untuk Ainul sentiasa sihat ya.
Beberapa hari lalu, ibunya Nurul Erwani berkongsi Instastory turut berkongsi ucapan terima kasih dan meminta maaf kerana tidak membalas setiap semua direct message yang dihantar menerusi Instagram, Facebook dan WhatsApp.
Ibu ini mengakui perjalanan Ainul masih jauh dan memohon semua mendoakan Ainul Mardhiah.
Setelah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 17 Januari yang lalu, kini selepas hampir sebulan, Mia tampil berkongsi wajah buah hati tersayangnya bersama suami.
Bahkan ibu kepada tiga cahaya mata ini turut berkongsi nama pilihannya bersama suami.
Masih mengekalkan nama pendek dan ringkas, bahkan turut menggunakan permulaan huruf I buat ketiga-tiga anaknya, nama indah Imaani dipilih buat cinta hari ketiga mereka.
“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, 🌸
“Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” tulis Mia berkongsi.
Bukan itu sahaja, bahkan melalui entri yang sama di Instagram, Mia turut memuat naik video pendek wajah buah hatinya yang cukup comel.
Sama seperti abang dan kakaknya, ramai memuji mata cantik Imaani yang bulat dan comel.
Meninjau diruangan komen, bukan hanya wajah comel Baby Imaani dipuji bahkan pemilihan nama ringkas dan pendek juga turut menarik perhatian ramai.
Lebih mudah disebut dan senang untuk diingati. Begitu kata wargamaya yang turut meninggalkan reaksi di ruangan komen.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Aura Bang Aji memang luar biasa! Kenali kisah comel Muhammad Aniq Redzuan, si kecil berbakat dan penuh pesona yang mencuri perhatian ramai dengan keletahnya yang mencuit hati.