Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikhuatiri hilang selepas bermain di tali air bersama dua rakannya yang juga pasangan kembar di Kampung Gelam, Tanjung Kling Melaka, petang Selasa, ditemui lemas.
Mayat mangsa, Badrol Azhan Nizam Bachik, ditemui kira-kira jam 9.35 pagi tadi oleh Pasukan Multi-Skill Team (MUST) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, mayat kanak-kanak itu berjaya dijumpai tidak jauh dari lokasi rakannya ditemui lemas, petang semalam.
“Pada operasi SAR semalam, pasukan bomba memulakan pencarian di sekitar kawasan tali air sehingga jam 10 malam dan meneruskan pencarian di darat sehingga jam 7 pagi tadi.
“Sejak awal pagi tadi pula pencarian di dua-dua kawasan darat dan air diteruskan seperti biasa sebelum pasukan MUST bomba menemui mayat mangsa di lokasi berdekatan mangsa pertama,” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian petang semalam, keseronokan tiga kanak-kanak bermain di tali air bertukar tragedi apabila salah seorang mangsa disahkan lemas manakala pasangan kembarnya sempat menyelamatkan diri dan seorang lagi rakan mereka pula gagal dikesan.
Operasi kemudian digiatkan di kawasan tali air tersebut serta pencarian di darat dalam radius kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian sebelum seorang lagi mangsa ditemui pagi ini.
KLIK UNTUK DAFTAR PA&MA EWORKSHOP
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Artikel Menarik: Kicap Antara Punca Anak Picky Eater Selain Tinggi Garam & Gula! Elak Bagi Pada Anak Bawah 2 Tahun.
Resipi Superfood Untuk Anak Nak Tumbuh Gigi, Boleh Kuatkan Immune System & Comfort Food Anak!
Kredit: Astro Awani