Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai bahaya. Mama papa perlu berhati-hati terutamanya di pusat membeli-belah (shopping mall).
Detik cemas yang dihadapi keluarga ini wajar dijadikan teladan kepada semua ibu bapa apabila si kecil mengalami kecederaan pada wajah selepas terlanggar rak pakaian besi di sebuah pusat membeli belah. Saat mencemaskan adalah apabila berlaku pendarahan teruk!
Saad Shahzad, 5 tahun, nyaris kehilangan matanya apabila mukanya tertusuk rak penyangkut apabila terlanggar rak berkenaan ketika membeli belah dengan ibu dan kakaknya.
CANGKUK LOGAM MENEMBUSI SEHINGGA SOKET MATA
Dalam kejadian berkenaan, Saad membongkokkan badannya untuk mengambil pakaian yang jatuh di lantai. Tanpa disedari dia terlanggar penyangkut dan membenam pada cangkuk pakaian logam sehingga ke soket mata ketika. Kejadian yang menyebabkan anak kecik ini meraung kesakitan.
IBU MUNTAH & PENGSAN SELEPAS MENCABUT CANGKUK
Ibu Saad menjerit ketakutan dan cuba menarik muka anaknya dari cangkuk. Apabila cangkuk berjaya dicabut, darah mengalir laju dari luka terbuka. Ibu ini kemudiannya muntah dan pengsan kerana terkejut.
Saad ketika itu kini tidak dapat melihat telah dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan kecemasan untuk saluran mata yang terkoyak. Anak kecil ini kini semakin pulih dengan baik dan syukurlah kecederaan yang dialami tidak berkekalan.
PENDARAHAN TERUK, MUJUR ANAKKU TIDAK BUTA
Ketika kejadian ini berlaku, bapa Saad, Adnan sedang bekerja. “Terdapat pendarahan teruk, saya ingat dia telah ‘kehilangan’ matanya. Dia amat bersyukur nasib anaknya baik untuk tidak kehilangan matanya, cuma kecederaan sementara sahaja.
Ibu Saad pula mengalami trauma akibat kejadian tersebut. Dia kini masih belum mendapat kekuatan untuk memasuki mana-mana pusat membeli belah. “Saya mahu perkara-perkara ini diambil serius. Jika cangkuk ini berbahaya mengapa kita tidak melakukan sesuatu mengenainya,’ katanya ibu Saad.
Sumber: Daily Mail UK