Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, petang semalam.
Kanak-kanak itu, Madrafataha Indal Bangsawan dikatakan turun ke Bawah selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.59 malam tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan warga tempatan turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang.
“Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah.
“Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya.
“Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa digambarkan berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu serta berketinggian 150 sentimeter.
Katanya, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju t-shirt berwarna hijau dan berseluar ‘track’ hitam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Mahu Anak Lain Cemburu. Selepas 2 Tahun, Lesti Kejora & Rizky Billar Tukar Nama Anak!
Bersempena ulang tahun kedua, penyanyi Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sepakat menukar nama anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar ke nama yang lebih indah.
Memetik laporan Suara.Com, Lesti dan Rizky sepakat menggantikan nama Leslar yang merupakan gabungan nama Lesti dan Billar itu bagi mengelakkan rasa kurang senang buat anak-anak mereka kelak.
Malah menurut kata Lesti, diketika nama itu dipilih buat anak sulung, mereka tidak memikirkan untuk punya anak lagi. Bimbang nama itu membuatkan anak-anak lain cemburu, keduanya sepakat menukar nama lain.
Lesti dan Rizky sepakat memilih nama Muhammad Levian Al Fatih Billar bagi menggantikan nama lama. Menurut pasangan berkenaan, nama Levian itu telah difikirkan sejak kelahiran anak pertamanya itu lagi.
“Saya rasa kalau ada anak kedua nanti takkan nak guna nama Leslar juga. Itu yang saya tukar nama dia.
“Maksud nama Levian juga membawa makna yang baik iaitu seorang yang kuat, bijak dan mudah mendekati orang ramai,” katanya.
Sementara itu Rizky juga berharap agar nama baharu anaknya itu akan memberi harapan yang besar buat anak sulungnya itu kelak.
Terdahulu, si comel Muhammad Levian Al Fatih Billar selamat dilahirkan pada 26 Disember 2021 melalui pembedahan caesarian. Levian juga dilahirkan secara pramatang kerana terdapat komplikasi kerana Lesti terlalu keletihan.
Menarik: Its Another Hero”, Fahri Dah Ada Geng, Dayah Bakar Selamat Bersalin Anak Kedua!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Suka Belajar, Jadi Teruja Nak Pandai. Ibu Ayah Kena Tahu Rahsia Hebat Ini!
Setiap ibu bapa tentu mahu anak-anak mereka rajin belajar dan berjaya dalam akademik. Namun kadang-kadang anak sudah letih di sekolah dan sentiasa mencipta alasan untuk tidak belajar di rumah. Sebenarnya kita boleh galakkan anak untuk belajar tapi perlu betul caranya.
Anak-anak lebih mudah tertarik pada sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh mencuba pelbagai cara untuk membuatkan pembelajaran lebih menarik, seperti menggunakan permainan pendidikan, video interaktif, atau kad imbas.
Kena Ada Rutin Belajar
Penting untuk menubuhkan rutin harian yang tetap. Anak-anak lebih mudah belajar jika mereka tahu waktu tertentu yang dikhaskan untuk belajar setiap hari. Jangan lupa jadikan waktu belajar ini juga sebagai masa berkualiti bersama anak-anak. Anda boleh duduk bersama mereka, membantu jika perlu, dan beri mereka ruang untuk fokus dengan tenang.
Puji Anak Selalu
Pujian itu sangat penting dalam membina keyakinan diri anak. Apabila mereka mencapai sesuatu kejayaan, sekecil mana pun, berikan pujian yang tulus. Ini akan memberi motivasi untuk mereka terus berusaha. Elakkan memberi tekanan atau perbandingan dengan rakan sebaya, sebaliknya beri mereka sokongan berterusan agar mereka rasa dihargai.
Cipta Persekitaran Belajar Yang Selesa
Persekitaran yang tenang dan kondusif amat penting untuk fokus belajar. Pastikan anak mempunyai tempat yang selesa untuk belajar. Selain itu, pastikan juga persekitaran itu bersih dan teratur supaya mereka boleh belajar dengan lebih baik. Tahukah anda, penggunaan meja dan kerusi yang sesuai untuk anak juga boleh buat mereka lebih bersemangat nak belajar. Macam mana tu?
Pilihlah Set Meja dan Kerusi Impact Ergo-Growing!
Set meja dan kerusi Impact Ergo-Growing ini direka untuk berkembang mengikut usia anak anda, menawarkan persekitaran belajar yang ergonomik dan selesa.
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, set belajar ini mudah disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berkembang.
Ciri-ciri Meja:
- Ketinggian meja boleh laras: Julat tinggi dari 54cm hingga 77cm, sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga dewasa.
- Permukaan meja boleh dipusing secara inkremental: Membantu menggalakkan postur yang lebih sihat.
- Reka bentuk laci yang luas: Menyimpan alat tulis dengan teratur.
- Roda belakang tersembunyi: Direka untuk kemudahan mobiliti.
- Tepi bumper membulat: Menambah keselamatan untuk kanak-kanak.
- Kualiti profesional dan selamat: Rangka meja yang tahan lasak dan kukuh.
Ciri-ciri Kerusi:
- Armrest mudah lipat: Boleh digunakan dengan atau tanpa armrest.
- Larasan tepat: Larasan ketinggian tempat duduk dengan ketinggian yang tepat.
- Larasan sudut sandaran: Membolehkan larasan sudut sandaran belakang kerusi.
- Bahagian sandar belakang yang tebal: Memberikan keselesaan tambahan.
- Bantal tempat duduk dengan rebound tinggi: Menawarkan keselesaan yang lebih baik.
- Sandaran belakang mesh ergonomik: Membolehkan aliran udara yang lebih baik untuk keselesaan yang lebih lama.
- Mudah dipindahkan dengan pemegang: Boleh dipindahkan dengan mudah menggunakan pemegang.
- Kerusi boleh dikunci secara automatik: Menyediakan gelinciran senyap dengan kunci sendiri menggunakan graviti.
- Penutup tempat duduk yang boleh ditanggalkan dan dicuci: Penutup tempat duduk dengan zip untuk kebersihan.
Set meja dan kerusi ini direka untuk memberi keselesaan dan sokongan optimum bagi anak-anak yang sedang membesar, sambil memastikan pengalaman belajar mereka menjadi lebih menyeronokkan dan sihat. Juga didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah jambu dan kelabu.
Kenapa Ibu Ayah Perlu Dapatkan Meja & Kerusi Impact Ergo-Growing!
Untuk pengetahuan ibu ayah, set meja dan kerusi belajar ini mendapat sokongan dari Persatuan Chiropratik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura. Jenama ini juga menjadi finalis untuk Kategori Perabot Kanak-kanak Terbaik dalam Anugerah Pilihan Pembaca Expat Living 2024. Tak perlu ragu-ragu kerana Ergoworks mempunyai 20 tahun pengalaman dan kepakaran sebagai perintis dalam penyelesaian ergonomik secara holistik.
Selain itu, jenama ini juga yakin dengan kualiti produk yang ditawarkan:
- Reka bentuk ergonomik: Menyokong postur yang sihat dan mengurangkan ketegangan fizikal.
- Tahan lama dan selamat: Direka dengan mengambil kira keselamatan kanak-kanak, dengan tepi bulat dan bahan berkualiti tinggi.
- Ruang kerja boleh disesuaikan: Berkembang bersama anak anda, menyediakan penyelesaian yang serbaguna dan tahan lama.
Untuk maklumat lanjut tentang set meja dan kerusi Impact Ergo-Growing boleh layari https://www.instagram.com/ergoworksmy/ atau https://ergoworks.com.my/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Genap 11 Tahun Kahwin, Awal & Scha Kongsi “Kalau Bergaduh Biar Dalam Rumah Je, Tak Akan Kongsi Pada Umum”
“Jujurnya saya beritahu, saya tidak sangka sudah berkahwin dengan Awal sudah 11 tahun. Rasa macam kami baru sahaja berkahwin.”
Demikian kata selebriti terkenal, Scha Alyahya ketika ditanya mengenai bahtera perkahwinannya bersama hos Awal Ashaari yang kini genap 11 tahun pada 4 Mei lalu.
Menurut Scha, meski tidak menafikan adanya turun naik dalam mahligai perkahwinan yang dibina namun sebagai isteri masih banyak yang perlu dipelajari demi menjaga keharmonian bersama dua cahaya mata mereka, Lara Alana dan Lyla Amina.
“Dalam tempoh tersebut, memang banyak sangat struggle dia. Tidak sangka sudah 11 tahun. Bagi saya tempoh itu sebenarnya masih lagi baru. Cuma berkat kesabaran masing-masing yang membuatkan kami alhamdulillah masih lagi boleh bertahan.
“Kami sedar ada struggle yang orang di luar sana tidak tahu. Syukur masing masing-masing saling menyokong malah Awal banyak tunjukkan contoh yang baik pada saya. Jadi itulah… ini jodoh kami berdua. Sampai bila kami sendiri tak tahu namun bagi berdoa dan cuba selagi boleh.
“Saya jarang menitiskan air mata, tak pernah (di hadapan media). Cuma bila berkongsi mengenai hal ini itulah, bila dikenangkan balik rupanya sudah 11 tahun kami bersama.
“Mungkin pada orang lain ia satu tempoh yang lama, tapi sebaliknya bagi diri saya. Kita dengar angka itu besar, namun bagi saya masih lagi sikit dan kecil. Masih banyak yang perlu kami saling belajar,”
Dalam pada itu, Awal juga menambah komunikasi di dalam perhubungan antara yang paling penting dalam menjaga kejahteraan hubungan baik dengan pasangan.
“Orang di luar mungkin tidak tahu sekiranya kami bergaduh… begini ke? Tapi hal tersebut tidak dikongsikan kepada umum. Kalau ia berlaku, hanya berlaku di dalam rumah sahaja. Yang terdekat tahulah apa yang terjadi.
“Tetapi disebabkan itu juga, bila kami duduk dan kenangkan balik sudah banyak perkara sebenarnya yang dilalui. Jadi kami merasakan tak berbaloi untuk kita korbankan perkahwinan ini untuk hal yang remeh temeh.
“Saya bersyukur memandangkan Scha seorang yang berterus terang. Kalau ada apa-apa masalah dia akan minta untuk berbincang. Sebagai suami saya pun suka, dari hal yang tegang bila becakap ia akan jadi sebaliknya seterusnya cuba untuk selesaikan.
“Sebelum berkahwin dengan Scha, saya tidak berada sedar bahawa komunikasi di dalam perhubungan itu sangat penting. Kita bergaduh macam musuh, tapi bila kita ada komunikasi insyaAllah ia dapat diselesaikan.
“Bagi saya itulah resipi kalau kami ada masalah sebesar mana pun, ia dapat diselesaikan dengan baik,” kata Awal ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran pasangan selebriti ini di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI