Berita

Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah

Share

Kanak-kanak perempuan 9 tahun berdepan detik cemas, nyaris dilarikan ketika tunggu van sekolah. Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah.

Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah

Kejadian berlaku berhampiran perumahan di Bukit Beruntung pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat ibu mangsa kira-kira jam 8.56 malam.

Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa berumur sembilan tahun berada di bawah blok sebuah flat di sini ketika sedang menunggu van sekolah.

“Siasatan mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan didapati cuba melarikan mangsa.

“Mangsa kemudiannya melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa.

“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika cuba ditahan orang ramai ketika kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 16 Apartmen

Pemandu Van Sekolah Langgar Kanak-kanak Perempuan 5 Tahun, Ibu Mangsa Harap CCTV Dapat Bantu Siasatan

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

IKLAN