Walaupun gadget mungkin memiliki fungsi pembelajaran yang bermanfaat untuk kanak kanak, jangan biarkan ia mengambil alih fungsi ‘BERMAIN’.
BERMAIN adalah satu proses penting untuk membantu perkembangan bayi dan kanak kanak kecil. Ia dapat membantu mereka untuk meneroka kemahiran baru dan mengilap idea.
Contohnya, menyusun susunan blok mainan dapat membantu meningkatkan fungsi motor halus dan koordinasi.
Bermain anak patung dan masak masak contohnya , dapat membantu meningkatkan fungsi sosial, emosi dan membina imaginasi.
Ads
Bermain layang layang, sorok sorok, bola sepak dapat meningkatkan keupayaan fizikal dan membantu kecerdasan otak.
Ads
Apa yang membimbangkan, menurut kajian terkini, kanak kanak hari ini lebih banyak menggunakan gadget untuk ‘bermain’ berbanding mainan sebenar seperti anak patung, lego dan dam.
Ads
Penggunaan gadget dan pendedahan kepada skrin gadget secara berlebihan telah terbukti memberi kesan negatif kepada perkembangan bahasa, komunikasi, skil menyelesaikan masalah dan skil motor.
“Anak saya suka membaca tetapi dia tak suka menulis”. “Susah betul nak suruh anak saya ini buat latihan menulis”. Ini adalah antara rungutan yang sering dengari daripada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka terutama bila bacaan tidak lagi menjadi keutamaan.
Secara umumnya aktiviti menulis di peringkat tadika sering kali bermula dengan “latihan”. Perkataan latihan ini sudah cukup menunjukkan bahawa aktiviti ini adalah bersifat “kerja’, melibatkan penggunaan otot-otot kecil jari memegang pensel serta fokus mata untuk menghasilkan coretan yang berbentuk di atas kertas.
Huruf yang ditulis berulang-ulang tidak menghasilkan contohnya perkataan yang difahami dan sering kali anak hanya melakukan aktiviti ini bukan kerana suka tetapi dipaksa.
Bagaimanakah kita boleh memastikan aktiviti ini menjadi sesuatu aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan?
Mengajar anak sebarang kemahiran baru seharusnya dimulakan dengan menyemai minat dahulu. Contohnya,kalau ingin anak suka membaca, mulakan dengan membaca buku cerita kepadanya.
Dengan itu, kalau ingin anak suka “ menulis” anda seharusnya mempamerkan keseronokan menulis serta kenapa menulis itu suatu kemahiran yang perlu dipelajari.
Bagaimana hendak kita mulakan? Ikuti empat langkah mudah ini.
LANGKAH SATU
Aktiviti penulisan pertama tidak perlu melibatkan anak-anak menulis atau memegang pensel. Tak pegang pensel? Macam mana anak hendak menulis kalau tak guna pensel? Tentu ibu ayah pelikkan.
Sebenarnya pensel dan pena akan digunakan tetapi yang akan menggunakannya adalah ibu atau ayah atau guru. Ibu atau ayah bertindak seperti wartawan atau seorang setiausaha. Ibu atau ayah bersama sekeping kertas dan pensel atau pena akan mengajak anak untuk bercerita.
LANGKAH KEDUA
Seterusnya, ibu atau ayah akan bertanya kepada anak apa yang berlaku pada hari tersebut( maka seeloknya aktiviti ini dilakukan pada sebelah petang atau malam). Ibu atau ayah mungkin sudah mengetahui tentang perkara-perkara menarik yang mungkin telah berlaku pada hari itu, contohnya, anak baru sahaja pulang daripada lawatan sekolah ke zoo. Ibu atau ayah , boleh bertanya, “ Tadi adik pergi ke mana dengan kawan-kawan dan cikgu”. Dia menjawab “ Zoo”. Seterusnya ibu bolah bertanya, “ Ada apa di zoo?”.
LANGKAH KETIGA
Kemudian ibu atau ayah akan menulis apa yang anak akan ceritakan apa yang dilihat. Ibu atau ayah akan menulis di atas kertas. Masa ini ibu boleh bagitahu bahawa pada hari itu bermulalah aktiviti menulis diari aktiviti anak. Ibu akan menulis dalam ayat yang lengkap sambil diperhatikan oleh anak.
Apa yang berlaku di sini adalah anak melihat “fenomena” menulis, anak mengamati tulisan yang ditulis ibu atau ayahnya yang merupakan hasil daripada kata-katanya atau ideanya. Anak didedahkan kepada sebab dan perlunya dia untuk menulis. Anak akan teruja melihat apa yang difikirkannya dapat digambarkan dalam bentuk tulisan.
LANGKAH KEEMPAT
Akhirnya membuatkan anak-anak suka menulis. Aktiviti ini sebaiknya dilakukan setiap hari. Ianya boleh menjadi lebih menarik dengan meletakkan gambar yang berkaitan, tiket masuk atau sebarang kenangan berkaitan aktiviti. Mendekorasi muka depan diari boleh juga dijadikan aktiviti kreatif yang tersendiri.
Apa yang pasti aktiviti penulisan seperti ini membolehkan anak melihat proses menulis itu dan melihat bahawa ia adalah sesuatu yang bermanfaat malah menyeronokkan. Jom kita ajak anak-anak lakukan aktiviti menulis cara ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, kanak-kanak yang menghidap autisme sebenarnya lambat didiagnosis? Tapi sebenarnya ada beberapa ciri-ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok kat anak-anak.
Statistik baru-baru ini bagitahu 1 daripada 68 kanak-kanak telah didiagnosis dengan gangguan autisme dan ia hanya dikesan pakar apabila mereka berusia 2 tahun.
1: Perkembangan motor yang lambat
Contohnya macam berguling, merangkak, berjalan atau bercakap? So gangguan autisme biasanya melibatkan perkembangan anak-anak yang jadi lambat. Jadi, ibu bapa perlu peka dgn perkembangan anak.
Antara perkembangan motor yang lambat seperti:
1- Baby umur 6 bulan: tak boleh senyum atau menunjukkan reaksi riang 2- Baby umur 9 bulan: tak keluarkan bunyi dan ekpresi muka 3- Baby umur 12 bulan: tak nak “baby talk“, lambat bercakap, tak nak melambai dan lain-lain.
2: Nak perhatian anda secara berlebihan
Anda boleh tengok tanda dgn simptom autisme yang satu ini bila anak selalu tidak selesa dengan orang lain. Mereka nak memeluk dan mendapatkan perhatian anda je.
Ini bermakna mereka susah untuk berhubung dengan budak-budak lain. Bahkan, anak juga mungkin tak sedar dan tak minat dengan persekitarannya.
3: Kurang pergerakan
Anak autisme akan kurang tunjuk pergerakan seperti menonjol. Dia akan keras mcm “robot”.
Mereka juga tak akan melambai, tunjuk sesuatu atau cuba mencapai benda yang dia nak.
Biasanya, perkembangan ini akan dicapai oleh baby masa mereka berusia 9 hingga 10 bulan.
4: Perbuatan berulang
Anda perasan anak ada menunjukkan tanda autisme yang satu ini?
Anak selalu buat perbuatan berulang mcm mengibas-ngibas tangannya, atau melakukan pergerakan abnormal seperti memusing tangan?
Anak autistik suka dengan perbuatan atau aktiviti berulang seperti menepuk tangan, mencampak barang, memusingkan barang, memetik jari, memandang siling dan sebagainya. Merekapun mungkin akan meniru bunyi dan perkataan yang didengar berulang-ulang kali.
5: Tiada ‘baby talk’
Baby talk atau babbling adalah perbuatan bercakap yang biasa dilakukan oleh bayi apabila mereka mencapai umur 12 bulan. Walaupun ibu bapatak faham apa yang anak “bebelkan”, anak autistik lebih focus untuk tidak melakukannya.
Malah, jika mereka sudah semakin besar, mereka mungkin akan menghadapi kesukaran untuk bercakap mcm tak mampu jawab soalan, sering ulang perkataan sama, tak faham arahan dan susah menyatakan kehendak mereka.
6: Tak respon kalau dipanggil
Walaupun bayi sudah masuk usia 6 hingga 12 bulan, tapi mereka masih tak bagi respon kalau namanya dipanggil? Itu mungkin satu lagi tanda autisme.
Ini sebab kebiasaannya, anak autistik memang susah nak bina hubungan sosial dengan orang lain.Sebab itu juga mereka susah untuk disentuh, tak bermain mainan “olok-olok” dan suka meniru orang lain.
Ciri-ciri autisme yang paling utama adalah rasa untuk menyendiri. Mereka seakan tak dengar apa yang orang lain cakap kat dia. Malah, mereka tak nak terlibat dengan aktiviti yang libatkan ramai orang.
7: Tiada ‘eye contact’
Ibu bapa, perhatikan tanda yang penting ini: Adakah anak anda jarang bagi eye contact? Mcm mana dengan penglihatannya?
Adakah dia akan mengikut kalau kita tunjukkan objek kat dia? Takde eye contact adalah salah satu tanda awal autisme yang kita boleh kenalpasti.
Jika nak kepastian, masa tengah beri baby makan, try senyum lepastu pandang mata dia. Tengok macam mana dia respon.
8: Kurang senyum!
Pada umur 6 bulan ke atas, baby biasanya dah mula bagi senyuman gusi first kat ibu bapa dan orang di sekelilingnya.
Tapi jika anak anda tak nak senyum atau jarang senyum, hati-hati! Lihat dengan lebih peka tentang perkembangannya.
Malah, perhati gak kalau anak susah nak tunjukkan expression muka yang sepatutnya. Ini merupakan antara “kesukaran” yang sentiasa dihadapi anak autistik.
Ramai ibu bapa mengalami masalah yang sama sewaktu menjaga anak mereka yang kurang sihat, terutama bayi dan juga kanak-kanak. Mereka memerlukan penjagaan yang lebih teliti daripada ibu bapa terutama sekali dalam disiplin pengambilan ubat seharian.
Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Ia memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul. Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak.
Paling penting jangan memberi anak anda ubat dengan kaedah paksaan, dikhuatiri akan menyebabkan si kecil lemas dan terjadinya perkara yang tidak diingini.
Persediaan cecair:
– Sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak baru lahir hingga satu tahun.
– Kenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
– Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45 darjah.
– Balut bayi menggunakan kain atau selimut bayi.
– Pakai peralatan sesuai bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
– Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang dipecah atau dihancurkan:
– Kanak-kanak di antara satu tahun hingga prasekolah.
– Campurkan ubat dengan puding.
– Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
– Jangan marah atau denda si kecil jika dia mengeluarkan semula ubat itu.
– Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
– Kanak-kanak lima tahun dan ke atas selalunya boleh menelan ubat sendiri.
– Jangan sesekali benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibu bapa.
Anak memuntahkan semula ubat?
1.Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama
2.Sekiranya muntah berulang kali, berhenti dan hubungi doktor dengan segera.
3.Jika si kecil perlu makan ubat dalam jangka masa panjang, anda boleh beli alat pemecah ubat bagi memudahkannya menelan.
4.Berlainan jika pengambilan ubat untuk jangka masa pendek, anda boleh hancurkan ubat menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
5.Anda boleh cuba melarutkan ubat mengikut arahan yang tertera pada bungkusan ubat.
6.Jika anda kurang pasti, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis supaya si kecil mendapat manfaat daripada pengambilan sesuatu jenis ubat.
Sumber: kelabmama & Jelita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!