Kanak-kanak ini menjadi lumpuh dan tidak boleh bercakap secara tiba-tiba. Seekor kutu kenyang di kepalanya menjadi punca.
Ibu kanak-kanak yang bernama Kaylin, iaitu Jessica Griffin menyedari ada kutu yang sedang kenyang dengan darah, melekap pada kulit kepala anak perempuannya. Malam sebelumnya, Kailyn bermain bola lisut dan dia kelihatan baik-baik saja. Dia mandi selepas itu dan tidak ada tanda-tanda lain kelihatan.
Griffin mengeluarkan kutu itu dan memasukkannya ke dalam beg ziplock plastik dan kemudian membawa anak perempuannya ke Pusat Perubatan Universiti Mississippi. Di hospital, ujian darah dan imbasan CT mendedahkan diagnosis kelumpuhan berlaku akibat kutu atau tick paralysis.
Ads
Kami melalui perkara yang menakutkan pagi ini! Kailyn bangun dan tidak mampu untuk berjalan! Saya terfikir bahawa kakinya ‘sedang tidur’ sehingga saya perasan bahawa dia alami kesukaran untuk bercakap!
Selepas pelbagai ujian darah dan ujian CT kepala, pihak UMMC telah mengesahkan ia adalah yang disebabkan oleh kutu atau tick paralysis! Tolong periksa anak-anak anda sekiranya mereka ada dihinggapi kutu! Ia lebih biasa berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa! Kami dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan kami berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan baik! Doakan anak saya ini! Ia amat menakutkan! Kaylin sungguh kuat sepanjang kesukaran ini.
Ads
Menurut CDC, tick paralysis boleh berlaku kepada haiwan dan manusia adalah disebabkan oleh neurotoksin yang terdapat dalam kelenjar air liur kutu,
Ads
Serangan neurotoksin pada sistem saraf dan menyebabkan lumpuh yang akut dan lumpuh yang lemah pada otot. Lumpuh biasanya berlaku bermula dari bahagian bawah badan dan secara beransur-ansur merebak.
Lumpuh dan gejala-gejala lain biasanya hilang dalam masa 24 jam selepas kutu dikeluarkan atau dikutip dari badan. Tick paralysis sering dikelirukan dengan gangguan neurologi lain yang melibatkan lumpuh sebagai gejalanya seperti botulisme atau sindrom Guillain-Barré.
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada semua pasangan yang berkahwin. Kehadiran cahaya mata disambut dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Dek kerana sayang, anak dimanjakan serta segala kehendaknya akan diikuti sehingga menjadi terlalu manja.
Semasa anak kecil, itu adalah perkara biasa. Tetapi jika dibiarkan sehingga dewasa, ia akan memberi kesan kepada anak-anak.
Boleh Dimanjakan, Tapi Usah Berlebihan
Anak-anak yang berumur enam tahun ke bawah sedang mengalami tumbesaran otak yang pesat. Dikatakan:
90 peratus daripada bahagian otak dibina sewaktu enam tahun pertama. Ia merangkumi komponen-komponen yang berkait dengan EQ atau Emotional Quotient. Selebihnya 10 peratus mula dibina dari umur 7 tahun sehingga usia mereka 20-an; dan ini adalah pertumbuhan IQ.
Boleh Nak Manjakan Tapi Ada Batasnya:
1. Tahu apa yang boleh dan tidak boleh
2. Perlu hormat semua orang
3. Ibu ayah tak ikut semua kehendak anak
Manja bukan sekadar apaila setiap kemahuan anak dituruti. Ia mempunyai banyak peringkat seperti:
1. Bayi baharu lahir perlukan belaian kasih sayang sebab dia memerlukan perhatian yang tinggi dengan dakapan kasih sayang dan dia tak boleh terus berdikari.
2. Ketika anak berusia 1 tahun ke atas – Inilah masa kritikal untuk mak ayah ciptak ikatan dengan anak-anak. Ajar anak dengan cara makan di meja, masukkan baju kotor dalam bakul, keluar berjalan tak semestinya perlu dibelikan permainan dan banyak lagi.
Sama ada anak kita lelaki atau perempuan, layanan dan didikan yang diberikan haruslah sama rata. Ajarkan mereka untuk membuat kerja rumah dan memikul tanggung jawab bersama-sama. Jangan sesekali hanya diajarkan pada anak perempuan untuk membuat kerja rumah, sedangkan anak lelaki boleh berehat menonton televisyen.
Menurut Steve Biddulph, penulis buku Raising Boys & Raising Girls, anak perempuan lebih cepat matang daripada anak lelaki. Kematangan ini berlaku kerana hormon estrogen (hormon dalam badan perempuan) membantu menghubungkan kedua-dua belah otak kanan dan kiri pada peringkat yang lebih cepat berbanding anak lelaki).
Kerja Harian Yang Menjadi RUTIN
Tiada salah untuk ibu ayah melatih anak-anak membuat kerja rumah semasa mereka masih muda. Ia dianggap satu rutin praktis yang sangat baik dan membantu anak-anak menjadi lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain pada masa akan datang.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Nak jaga akhlak anak ibu bapa wajib tapi apa yang anak tengok. Kanak-kanak ini memang suka melakukan peniruan. Tapi masalanya ramai daripada ibu bapa kurang prihatin hingga lupa untuk mengawal pesekitaran anak termasuk kawalan penggunaan gajet, menonton televisyen dan cara komunikasi dalam keluarga.
Sebelum anak melakukan peniruan yang boleh menjejaskan perkembangan yang boleh memberi kesan negatif kepada diri anak-anak eloklah baca perkongsian Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif tentang kesan akibat peniruan yang dilakukannya oleh kanak-kanak termasuk anaknya sendiri!
Ada satu hari tu Maryam Soolihah ni main dengan Umminya. Entah kenapa tiba-tiba dia buat mimik muka pelik sambil menjelirkan lidah. Adeh!
Rumah saya ni takde TV dan memang anak saya tak tengok TV langsung. Saya syak dia tengok anime kat taska dia kot.
Tu la kehebatan anak kita dan tu lah kehebatan survivor skill yang Allah dah kurnia. Anak kita mampu tiru apa sahaja yang lalu kat depan mata dia.
Tu la kenapa kalau Maryam Soolihah ni ada saya sedaya upaya berlemah lembut dan tunjukkan kasih sayang pada isteri saya sebab cara saya layan isteri saya ni akan jadi ‘benchmark’ bagaimana Maryam Soolihah ni nanti akan layan kawan-kawan dan bakal pasangan hidupnya kelak.
Tu la kenapa saya jadi sedih sangat kalau ada mak ayah yang tak sekat langsung apa yang anak mereka tengok. TV terbuka 24 jam, internet pula bebas dibuka oleh anak bila-bila masa. Bila ada adegan 18sx kat TV pun mak ayah selamber je tengok dengan anak-anak.
Anak takkan tiru benda tak senonoh tu depan-depan kita tapi anak-anak akan cari peluang untuk tiru benda tu di belakang kita nanti.
sebab anak kita memang dilahirkan sebagai PENIRU YANG TERHEBAT. Skill ni sangat berguna tapi pada masa yang sama boleh merosakkan dia kalau kita sebagai mak ayah tak tapis ‘visual’ anak kita.
Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye
5 CARA KAWAL ANAK CARA BERHEMAH
Dalam pada itu, beliau juga tidak nafikan nak halang anak 100% menonton agak sukar zaman moden ini. Apa yang perlu ibu bapa lakukan ialah memberi panduan dan tapis.
Ibu ayah jika anak usia 2 tahun ke atas suka explore, melompat tu bagus. Cuma anda perlu tahu cara yang betul untuk rangsang perkembangan anak tanpa mengehadkannya. Tak semestinya anak tak duduk diam itu hiperaktif ya!
Sebab itu, menurut Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, kemahiran melompat merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Pada usia 2 tahun, kanak-kanak akan boleh mula melompat (kaki terangkat dari lantai, bukan hanya “bounce” tanpa mengangkat kaki).
Kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran melompat, biasanya akan turut berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan lain termasuk kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.
KEBAIKAN MELOMPAT ATAS TRAMPOLINE
Stimulasi Sensori Vestibular & Proprioception
Bila anak-anak melompat di atas trampoline, daya lonjakan dari trampoline yang anjal akan menyebabkan berlaku tekanan (pressure) pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa anak-anak ‘mendarat’ di atas trampoline. Ini adalah stimulasi proprioception. Manakala semasa anak-anak melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan perlu mengawal keseimbangan tubuh dari terjatuh. Ini adalah stimulasi vestibular.
Kesedaran Bahagian Tubuh
Stimulasi proprioception yang berlaku semasa anak-anak melonjak di atas trampoline akan membantu mereka untuk mengenalpasti bahagian tubuh dengan lebih baik. Input sensori yang lebih baik dapat disampaikan kepada tubuh badan. Ini akan membantu anak-anak untuk lebih sedar akan pergerakan tulanh belakang dan sendi utama kaki. Kesedaran ini akan membantu anak-anak untuk kurang hiperaktif, menguatkan ‘core muscles’ serta membantu meningkatkan ‘alertness’ pada persekitarannya.
Mempunyai Kekuatan ‘Core Muscles’ Yang Baik
Ini akan membantu anak-anak untuk mempunyai ‘endurance’ yang lebih panjang kepada aktiviti statik. Aktiviti statik seperti belajar sambil duduk di atas kerusi akan lebih mudah dilakukan bila ‘core muscles’ anak-anak lebih kuat.
Fokus Dan Koordinasi Visual
Apabila anak melompat di atas trampoline sambil memandang anda, atau membaling bola pada target sambil melompat di atas trampoline, atau memandang pada satu poin di dinding, ini akan membantu fokus dan koordinasi visual anak-anak. Perkara ini adalah amat penting bagi membantu anak-anak mempunyai fungsi tubub yang lebih bersedia untuk belajar perkara yang berkaitan dengan visual motor-perseptual seperti MEMBACA dan MENULIS.
Mengurangkan Hiperaktif
Melompat di atas trampoline adalah antara ‘diet sensori’ yang biasa akan diberikan oleh terapis bagi anak-anak yang hiperaktif. Memberikan waktu untuk anak-anak melompat sepuasnya, akan mengurangkan keinginan dan tenaga bagi anak-anak yang sentiasa ingin berlari, dan memanjat ke sana ke mari.
Meningkatkan Kemahiran Memahami Arahan
Melakukan aktiviti melompat di atas trampoline sambil mengajak anak bermain permainan “jump, jump, jump, jump, stop!” akan membantu anak-anak yang sukar mengikut arahan, hiperaktif dan suka melakukan kerja dengan cepat-cepat sehingga kelihatan ‘clumsy’. Ajarkan anak untuk lompat semasa anda sedang menyebut “jump, jump, jump”. Dan minta anak anda berhenti bila anda sebut “stop!”. Jika anak anda sukar mengikut arahan pada awalnya, gunakan bantuan fizikal atau modelkan pada anak anda untuk membantunya faham permainan ini.
Stimulasi Komunikasi Sambil Melompat
Melihat anak-anak yang sentiasa berkembang secara holistik, tidak salah jika anda mahu membantu kesukaran anak anda semasa melakukan aktiviti atas trampoline. Ajak anak anda mengira bilangan lompatannya, ajak anak anda menyebut “jump, jump, stop” bersama semasa bermain permainan “jump, jump, stop” dengannya, pastikan anak anda faham maksud naik dan turun, ajak anak anda tepuk tangan sambil melompat, dan apa sahaja. Gunakan kreativiti anda! Have Fun!
Tapi, jika anak anda belum boleh melompat dengan baik, fokuskan aktiviti atas trampoline untuk membantu anak anda melompat dengan baik dahulu. Kepelbagaian aktiviti tambahan, lakukan bila anak anda sudah semakin menguasai aktiviti melompat di atas trampoline.
Tips Jika Anak Anda Takut
– Ajak anak anda main dahulu permainan kegemarannya di atas trampoline sebelum anda ajak anak anda melompat.
– Anak-anak yang sering takut, biasanya mempunyai anxiety level yang agak tinggi. Melompat di atas trampoline akan membantu meningkatkan keyakinan dirinya.
Bantuan Awal Persekolahan, agihan bermula 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.