Kanak-Kanak Tiba-Tiba Lumpuh Dan Tidak Boleh Bercakap, Ibu Jumpai Kutu Kenyang Di Kepala

Share

Kanak-kanak ini menjadi lumpuh dan tidak boleh bercakap secara tiba-tiba. Seekor kutu kenyang di kepalanya menjadi punca.

Ibu kanak-kanak yang bernama Kaylin, iaitu Jessica Griffin menyedari ada kutu yang sedang kenyang dengan darah, melekap pada kulit kepala anak perempuannya. Malam sebelumnya, Kailyn bermain bola lisut dan dia kelihatan baik-baik saja. Dia mandi selepas itu dan tidak ada tanda-tanda lain kelihatan.

Griffin mengeluarkan kutu itu dan memasukkannya ke dalam beg ziplock plastik dan kemudian membawa anak perempuannya ke Pusat Perubatan Universiti Mississippi. Di hospital, ujian darah dan imbasan CT mendedahkan diagnosis kelumpuhan berlaku akibat kutu atau tick paralysis.

Kami melalui perkara yang menakutkan pagi ini! Kailyn bangun dan tidak mampu untuk berjalan! Saya terfikir bahawa kakinya ‘sedang tidur’ sehingga saya perasan bahawa dia alami kesukaran untuk bercakap!

Selepas pelbagai ujian darah dan ujian CT kepala, pihak UMMC telah mengesahkan ia adalah yang disebabkan oleh kutu atau tick paralysis! Tolong periksa anak-anak anda sekiranya mereka ada dihinggapi kutu! Ia lebih biasa berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa! Kami dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan kami berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan baik! Doakan anak saya ini! Ia amat menakutkan! Kaylin sungguh kuat sepanjang kesukaran ini.

Menurut CDC, tick paralysis boleh berlaku kepada haiwan dan manusia adalah disebabkan oleh neurotoksin yang terdapat dalam kelenjar air liur kutu,

Serangan neurotoksin pada sistem saraf dan menyebabkan lumpuh yang akut dan lumpuh  yang lemah pada otot. Lumpuh biasanya berlaku bermula dari bahagian bawah badan dan secara beransur-ansur merebak.

Lumpuh dan gejala-gejala lain biasanya hilang dalam masa 24 jam selepas kutu dikeluarkan atau dikutip dari badan. Tick paralysis sering dikelirukan dengan gangguan neurologi lain yang melibatkan lumpuh sebagai gejalanya seperti botulisme atau sindrom Guillain-Barré.

Sumber: Buzzfeed

Published by
Azma ML