Kanak-kanak tidak dibenarkan sertai musim haji 2025. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan peraturan baru bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke tanah suci, lapor Azernews.
Kanak-kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, bahawa langkah ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.
“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.
Sebagai tambahan kepada langkah ini, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jemaah haji.
Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem pintar yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji ke kawasan ibadah dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji.
Ads
Selain itu, kementerian turut mengumumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.
Sebelum ini, Arab Saudi juga telah mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji. Bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal. Perubahan ini bertujuan untuk mengurangkan amalan menunaikan Haji tanpa kebenaran yang sah.
Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim baru-baru ini mencuri perhatian di Threads apabila berkongsi satu pandangan yang sangat mendalam tentang postpartum depression (PPD) satu fasa yang sering disalah ertikan dan kadangkala dipandang ringan oleh masyarakat.
Menurut Sarimah, berdasarkan pengalaman sendiri sebagai ibu serta latar belakangnya dalam bidang mental health education dan advocacy, tiada siapa sebenarnya boleh menilai dengan tepat bagaimana rupa sebenar postpartum depression bagi setiap ibu.
“Based on my own experience, my mental health education, my experience in mental health advocacy, being a mum, watching other mums – Let me say:
No one can judge or state exactly what postpartum depression looks like. It’s different for every mother & can show up in many ways – looking like hyperactivity, crying non stop, overworking, anxiety, numbing out, paranoia, arguing due to constant fear thoughts… & it CAN & does ruin many relationships UNLESS the person is aware and gets Professional Help.”
Postpartum Depression Tak Semestinya ‘Menangis Hari-Hari’
Kata-kata Sarimah ini mungkin kedengaran ringkas, tapi penuh makna dan realiti yang ramai ibu terlepas pandang. Dalam dunia hari ini, ramai menilai ibu dari apa yang mereka nampak di luar — senyuman di media sosial, rumah yang kemas, anak terurus, hidup nampak bahagia. Tapi di sebalik semua itu, ramai terlupa bahawa postpartum depression tidak semestinya kelihatan seperti “menangis setiap hari” atau “murung tanpa sebab”.
Kadangkala, PPD muncul dalam bentuk yang ramai tak perasan:
Ibu yang terlalu sibuk dan overworking, seolah-olah cuba menutup kekosongan hati.
Ibu yang cepat marah atau terlalu risau tentang perkara kecil.
Ibu yang tiba-tiba hilang minat terhadap apa-apa pun, rasa kosong, “numb”.
Ada juga yang nampak ceria di luar, tapi bila pintu bilik tertutup, air mata jatuh tanpa suara.
Semua ini, seperti kata Sarimah, adalah wajah berbeza postpartum depression — yang ramai tak nampak, dan kadangkala, tak mahu nampak.
Bila Bertahan Jadi Pilihan, Bukan Kerana Kuat Tapi Takut Dinilai Lemah
Gambar Hiasan AI
Ramai ibu hari ini berjuang dalam diam. Mereka terus bertahan — bukan sebab tak mahu bantu diri, tapi sebab takut dicop “lemah”, “tak pandai urus anak”, atau “tak bersyukur”. Jadi mereka teruskan… menolak jauh rasa sedih, cemas, dan hampa.
Namun, seperti yang Sarimah ingatkan bila emosi ditekan terlalu lama, ia bukan saja boleh memudaratkan diri sendiri, tapi juga merosakkan hubungan dengan pasangan, anak-anak, dan keluarga.
“Unless the person is aware and gets professional help,” kata Sarimah. Kesedaran itu langkah pertama yang paling penting. Bila seorang ibu mula sedar dia mungkin sedang alami postpartum depression — itu bukan kelemahan. Itu kekuatan.
Tanda-Tanda Postpartum Depression Yang Sering Tak Disedari
Terlalu sibuk atau overworking tanpa rehat.
Sukar tidur walaupun anak dah tidur.
Menangis tanpa sebab atau terlalu mudah marah.
Tak rasa gembira walaupun bersama anak.
Rasa takut tanpa sebab, rasa bersalah melampau, atau sentiasa fikir diri tak cukup baik.
Kenapa Ibu Perlu Buka Mulut, Bukan Pendam
Gambar Hiasan AI
Ramai fikir mereka boleh lawan sendiri, tapi postpartum depression bukan sekadar ‘emosi lemah’. Ia melibatkan perubahan hormon dan kimia otak yang perlukan rawatan serta perhatian profesional.
Counsellor, psychiatrist, atau support group untuk ibu boleh bantu seorang ibu keluar dari kegelapan ini dengan lebih cepat dan selamat. Langkah pertama ialah bercakap — dengan pasangan, sahabat, atau doktor. Dan setiap langkah ke arah sembuh itu patut diraikan, bukan dipandang serong.
5 Tip Untuk Ibu Yang Sedang Bertarung Dalam Diam
Luahkan, jangan simpan. Ceritakan pada seseorang yang dipercayai.
Dapatkan rawatan profesional. Jumpa doktor, kaunselor atau psikologis.
Jaga asas diri. Makan, tidur, dan keluar rumah untuk dapat udara segar.
Kurangkan tekanan media sosial. Jangan banding hidup sendiri dengan orang lain.
Ingat: Anak perlukan ibu yang tenang, bukan ibu yang sempurna.
Pesan Dari Hati
Kita selalu diajar untuk jaga anak sebaik mungkin, tapi jarang diajar untuk jaga diri sendiri selepas melahirkan. Padahal, kesejahteraan emosi seorang ibu adalah asas kepada kebahagiaan seisi keluarga.
Postpartum depression bukan tanda lemah, tapi tanda bahawa jiwa ibu sedang meminta perhatian dan kasih sayang.
Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mecabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diasuh bersama isterinya di Cybersouth Dengkil, Selangor.
Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek berusia 25 tahun ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya kelmarin berhubung seorang pesakit kanak-kanak mengadu sakit di bahagian kemaluan.
Suspek adalah suami kepada pengasuh
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan suspek ditahan di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang semalam (22 Disember).
Wan Kamarul berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” ujarnya.
Kesan calar pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan
Dalam pada itu, Wan Kamarul mengatakan laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.
Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.
“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu,”katanya lagi.
Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuhnya sebelum mendedahkan dicabul oleh suami pengasuh.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul ketika berada di taska.
Pendedahan dibuat oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad di laman Instagram milikinya dengan mengatakan insiden itu membabitkan anak kepada stafnya.
Kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, bukan sekadar sebuah tragedi. Ia meninggalkan trauma mendalam satu luka jiwa yang mungkin takkan pernah sembuh buat mangsa yang terselamat dan keluarga yang ditinggalkan.
Abdul Wafiy Kamarudin, 23, ketika berkongsi detik cemas itu dengan Bernama berkata impak kemalangan itu terlalu kuat sehingga dia sendiri tercampak keluar daripada bas dan paling mengerikan apabila badannya turut ditimpa mayat seorang daripada mangsa nahas.
Abdul Wafiy yang juga seorang pelajar semester enam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni berkata dalam keadaan samar di waktu malam, dia yang ketika itu sedang melihat telefon bimbit dapat merasakan bas yang dinaiki bergerak dalam keadaan laju ketika menuruni bukit di jalan berselekoh.
“Pemandu bas ada berhenti seketika untuk memeriksa brek kenderaan sebelum meneruskan perjalanan dan tiba-tiba sekitar jam 1 pagi, bas itu terbalik dan menyebabkan saya tercampak keluar dari tingkap sehingga masuk ke dalam longkang.
“Keadaan ketika itu sangat kelam-kabut dan saya terperanjat apabila mendapati ada satu mayat berada di atas badan saya. Saya terpaksa mengalihkannya ke tepi untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui semasa mengambil barangan peribadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini.
Anak bongsu daripada enam beradik yang berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu di Terengganu itu bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua belah tangan dan muka.
Sementara itu, bapa kepada seorang lagi mangsa, Mohd Zaki Ismail berkata anaknya Rohadatul Aisy, 21, ada menghubunginya sekitar pukul 3 pagi dan memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan itu.
“Ketika itu dia (Rohadatul Aisy) beritahu keadaannya tidak boleh bergerak sebab sakit leher dan pinggang sehingga ada kawan yang bantu bawa dia keluar dari bas itu.
“Saya terus bertolak dari Kampung Gong Badang, Besut, Terengganu jam 8 pagi dan setibanya di Hospital Gerik saya dapati anak patah tulang pinggul,” katanya.
Beliau berkata anaknya ketika ini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Besut, manakala dia dan isterinya Norliza Ghazali pula sedang dalam proses mengambil barangan peribadi di IPD Gerik.
Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB berhampiran Tasik Banding.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.