Kehamilan

Kandungan 28 Minggu Ke Atas, Elok Tidur Mengiring. Kurang Risiko Bayi Meninggal!

Share

Apabila kandungan semakin besar, kebanyakan ibu hamil akan memilih untuk tidur secara mengiring. Ini untuk memberi keselesaan pada si ibu. Namun ada juga ibu hamil selesa tidur terlentang atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, menurut Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan, Dr Muhammad Izzat, beliau menyarankan semua ibu mengandung untuk berbaring secara mengiring bila kehamilan dah mencecah 28 minggu.

Nak tahu kenapa? Berikut adalah penjelasannya.

Kalau ibu berbaring terlentang pada 3 bulan terakhir kehamilan (bermula 28 minggu), rahim yang besar boleh menekan salur darah utama dan kurangkan pengaliran darah pada rahim dan bekalan oksigen pada bayi akan terjejas.

Nak mengiring kiri ke kanan?

Mana-mana boleh. Tak ada masalah. Kalau memula tidur tu dah mengiring, tetiba bangun dah terlentang, macam mana?

Normal la tu posisi tidur berubah-ubah kan? Yang paling penting, masa nak berbaring – tak kisah la tidur waktu malam atau taking a nap, perlu mengiring kiri atau kanan. Bila bangun tu dah terlentang tak apa.

Apakah risiko bayi meninggal secara tetiba sekiranya saya baring secara terlentang?

Kajian menunjukkan secara keseluruhan, risiko kematian bayi secara tiba-tiba berlaku 1 dalam 500 kehamilan. Kajian terbaru telah mengesahkan bila ibu tidur mengiring, risiko bayi mati secara mengejut dalam kandungan ni dapat berkurang 50 peratus.

Saya pasti, tidur terlentang dengan abdomen yang besar tu pun sebabkan ibu tak selesa kan?

So mommies, jom tidur mengiring!

Kredit: Dr Muhammad Izzat

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy