Minuman Probiotik memang menjadi kegemaran kanak-kanak termasuklah orang dewasa. Rasanya yang lemak dan manis membuatkan si kecil makin ketagih untuk minum dalam kuantiti yang banyak.
Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!
Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.
Kenapa?
Ads
Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.
Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!
Ads
Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!
Ads
“Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari”
p/s : Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu takpe lah.
Berpantang sewaktu Hari Raya memang boleh menggugat perasaan. Mana tidaknya, salah satu daripadanya, anda terpaksa menahan godaan nafsu makan dengan hanya mampu memandang hidangan juadah Hari Raya yang lazat. Namun, apakan daya kebanyakan hidangan makanan tersebut tidak boleh diambil oleh ibu berpantang.
Selain daripada itu, anda juga tidak boleh keluar rumah untuk sama-sama beraya menziarahi ahli keluarga yang lain. Hal ini memang bukan sesuatu yang mudah. Walau apa pun, anda perlu ada semangat yang kuat untuk menempuh ‘dugaan’ ini. Tip-tip ini mungkin dapat membantu anda.
Jamah hidangan raya sebelum bersalin
Jika anda dijangkakan melahirkan anak pada penghujung Ramadan atau awal Syawal, buatlah persediaan dengan makan makanan raya semasa berbuka puasa. Jadi, tidak timbul rasa teringin apabila anda mula berpantang di Hari Raya. Apabila melihat orang lain makan di pagi raya, tidaklah anda rasa terkilan.
Cuit sedikit sahaja
Jika terlalu teringin untuk makan makanan raya semasa tempoh berpantang, anda boleh cuit sedikit sahaja. Itu pun jika makanan itu tidak akan mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi. Ingat! jangan pula makan makanan yang berangin, sejuk dan gatal. Padahnya nanti, diri anda juga. Paling dibimbangi bila ia boleh beri kesan kepada bayi. Kasihan dia.
Asingkan diri
Jika ada tetamu yang datang ke rumah dan sedang menikmati juadah raya, maka sebaik-baiknya anda sibukkan diri dan berada jauh daripada tempat mereka menjamu selera. Ada baiknya anda hanya berkurung di dalam bilik. Habiskan masa itu dengan menonton TV di dalam bilik sahaja.
Berfikiran positif
Bersabarlah. Anda perlu tabah menghadapi semua. Tanamkan sikap positif bahawa selepas habis tempoh berpantang, anda boleh menikmati juadah yang sama sepuas-puasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan anak yang dikandung 40 minggu adalah ujian yang hebat, boleh menyebabkan trauma sepanjang hayat.
Hanya sempat bersama beberapa hari, si anak kembali kepada Maha Pencipta ialah satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Sudahlah menunggu 2 tahun untuk mendapatkan cahaya mata ini. Namun segalanya diserahkan kepada Allah Maha Mengetahui yang telah merencanakannya, ujian yang hebat hanya untuk hambaNya yang kuat.
Hasil post mortem yang dilakukan menunjukkan si kecil mengalami keretakan tempurung kepala dan kerosakan tisu kepala. Menurut catatan IG Story ini, pihak forensik juga memaklumkan ia adalah disebabkan oleh kesalahan pihak hospital.
Si ibu sempat mencoretkan kenangan melahirkan anak syurganya itu di ruangan Instastory. Keterujaan ibu dan ayah untuk bertemu dengan si kecil yang ditunggu-tunggu turut dirakamkan dalam bentuk catatan ini.
Ketika di labour room
Dibawa ke dewan bedah
Mana baby saya?
Baby 50-50, ada kesan luka di kepala
Pertama kali dapat lihat anak yang dikandung selama ini
Pangku & cium buat kali terakhir. Sebaknya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa dalam tempoh pemulihan pelbagai rawatan yang perlu dilakukan supaya anda kembali segar. Keperluan ini penting kerana semasa hamil keseimbangan hormon badan anda telah terganggu. Antara aspek rawatan dalam tempoh berpantang ialah amalan pemakanan berpantang.
Senarai semak pemakanan semasa berpantang;
Waktu makan
Pada minggu pertama, anda digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Makan nasi dalam keadaan masih panas dalam kadar yang sederhana. Tidak mengapa jika anda makan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak.
Pada minggu kedua dan seterusnya anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup sayur dan sup ikan serta buah-buahan supaya anda mendapat makanan berkahsiat.
Makanan yang dilarang ialah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa, berlemak dan terlalu banyak minyak. Minuman berais tidak dibenarkan. Anda perlu mengikut pantang secara alami untuk memastikan badan kembali segar.
Elakkan makanan berlemak
Apa yang anda makanan akan memberi impak kepada badan anda. Pastikan jumlah makanan diambil terkawal supaya tidak menjejaskan berat badan anda. Anda digalakkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus.
Proses penghadaman
Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia adalah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Anda digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Masalah keletihan dan kemurungan
Keletihan, tidak cukup tidur kemurungan akibat masalah fizikal selepas bersalin adalah perkara yang mungkin dialami oleh anda. Daun pegaga adalah antara ulam-ulaman dimakan semasa pantang. Daunnya disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan.
Membuang angin
Lazimnya selepas bersalin, badan akan berangin dan perlu diurut untuk membuangnya. Selain halia, sayuran sawi dikatakan dapat membuang angin. Seeloknya sayuran ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Sumber penambah susu ibu
Jika anda ingin menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar, pengambilan cekur manis, lobak, peria dan pegaga dapat membantu anda. Malah sekiranya diambil secara kerap, ia membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Sumber tenaga
Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.
Anti oksida
Semasa dalam pantang anda juga perlu membuang toksin dalam badan supaya badan kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida dengan mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A,C dan E.
Minum air
Pengambilan air semasa pantang tidak dibenarkan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Keadaan ini akan membuatkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar. Namun, air mesti diambil tetap kerap dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air amat penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan.
Ikan segar
Selain pemakanan ulaman, herba dan minuman, pemilihan ikan segar perlu betul. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk anda makan semasa berpantang. Ikan segar dan tidak gatal antaranya ikan haruan, sardin dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda bersalin pembedahan (caesarean). Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya anda kebarangkalian akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.
Penyembuhan
Untuk memastikan luka anda kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka anda. Buah oren mempunyai banyak vitamin C untuk memberi kesihatan badan anda. Juga elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.
Kecutkan rahim
Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.