Umi Nazeera kini sedang hamil dan kandungan sedang menghampiri 31 minggu. Dia dikhabarkan mengalami plasenta previa atau uri di bawah.
Plasenta previa jenis 2 ialah keadaan di mana uri berada di bahagian bawah menghampiri pintu serviks tetapi bayi masih boleh dilahirkan secara normal. Perkara ini dikhabarkan oleh Umi dalam posting Instagram nya;
Goood morning ! Ada majlis doa kecil kecilan harini . Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar … Alhamdulillah dah kahwin ni mama dan mak mertua semua masih sihat walafiat.
Sudi tolong uruskan banyak benda untuk kita .. tambah tambah lagi I yg sikit sikit mengah ni dan placenta previa tak membenarkan I untuk buat kerja berat so apa plan u all weekend ni ?
Para peminat turut berkongsi tip dan berharap artis kesayangan mereka dapat melahirkan bayi dengan selamat. Tidak kurang juga yang memuji seri wajah ibu hamil ini.
Rezeki buat Mawar dan suami! Patutlah agak lama diam rupanya pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira berkenaan diumumkan pelakon berusia 27 tahun itu menerusi satu video di laman Instagram miliknya.
Lebih istimewa apabila Mawar turut membuat suprise untuk suaminya, Raf Yaakob selain merakam reaksi ahli keluarga dan kenalan untuk berkongsi tentang berita kehamilan itu.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mat dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT hajatnya. Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya.
Dalam video tersebut, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid membuat kejutan untuk suaminya dengan menyerahkan kit ujian kehamilan di depan Menara Eiffel ketika bercuti di Eropah sekitar Jun lalu.
Tiga bulan alahan teruk
Sebelum itu, Mawar menjawab persoalan peminat mengenai dirinya yang jarang mengemas kini media sosial sekali gus memaklumkan bahawa tahap kesihatannya kurang memuaskan.
“Tiga bulan Mawar tak sihat, sampai terpaksa pergi hospital sebab beberapa kali dehidrasi. Tak boleh makan dan minum, sakit kepala mampu terbaring je atas katil.
“Diuji lagi anak-anak kerap demam lama. Mawar dan suami bergilir tak tidur jaga anak, sambil sakit sambil jaga anak.
“Dalam kepahitan ada kemanisan. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam badan Mawar,” tulisnya dalam video tersebut.
Sementara itu, pelakon drama TQ Captain itu turut menitipkan pesanan kepada golongan ibu supaya masing-masing diberikan kekuatan dalam mengharungi fasa kehamilan.
“Kepada ibu di luar sana, bukan mudah mengharungi fasa kehamilan. Semoga kita semua diberikan kekuatan demi anak-anak,” katanya lagi.
Mawar dan suami berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.
Siapa yang tidak mahu mencuba untuk bersalin normal. Malah kelahiran melalui pembedahan atau czer sering menjadi pilihan kedua untuk menyelamatkan ibu dan bayi.
Pun begitu bagi ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan dan mahu mencuba untuk bersalin normal pada kehamilan seterusnya, panduan dan informasi ini perlu anda ketahui supaya lebih bersedia.
Sekiranya ibu berhasrat ingin bersalin secara normal selepas bersalin czer, ini adalah yang anda perlu tahu:
1. Pembedahan caesarean yang terdahulu bukan disebabkan oleh masalah proses kelahiran yang lambat akibat rahim tidak mengecut (dystocia).
2. Kehamilan sekarang tidak mempunyai masalah yang sama dengan kelahiran lalu yang memerlukan pembedahan Caesarean (contohnya posisi songsang- kaki keluar dahulu).
3. Pernah melakukan proses kelahiran secara normal sebelum ini
4. Proses kelahiran kali ini telah bermula dan rahim mula mengecut dengan baik serta pangkal rahim untuk jalan kelahiran mula membuka.
5. Ibu yang hamil berumur kurang dari 35 tahun.
6. BMI ibu kurang bacaan 30.
Walau bagaimanapun, sekiranya proses kelahiran secara normal membahayakan nyawa ibu dan anak, doktor akan memilih bersalin czer untuk keselamatan kedua-duanya.
Ramai doktor tidak mahu mengambil risiko dengan membenarkan ibu bersalin normal kerana ia mungkin boleh menyebabkan nyawa ibu dan anak dalam bahaya.
Antara sebab permintaan ibu untuk bersalin normal ditolak adalah kerana:
* Ibu hamil terlalu obes
* Wanita itu berumur lebih 35 tahun
* Saiz bayi dalam kandungan yang besar melebihi 4.0 kg
* Kehamilan melebihi 40 minggu
Selain itu, terdapat juga kelebihan bersalin secara normal selepas 1 pembedahan caesar iaitu:
* Komplikasi dibandingkan dengan czer sangat kurang
* Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
* Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
* Duduk hospital hanya sekejap
* Senang nak mulakan breastfeeding
Biar apapun pilihan anda pastikan semuanya di bawah pemantauan dan doktor yang merawat. Doktor sememangnya lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
“Alhamdulillah ini buku pink yang pertama setelah 17 tahun menunggu ustaz. Doakan saya semoga sepanjang kehamilan ini dipermudahkan Allah.” Ini antara luahan dari hati seorang isteri selepas melalui saat-saat yang cukup perit dengan kata-kata orang sebelum ini.
Namun rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Jika rezeki milik kita, Allah akan bagi tepat pada masanya. Menerusi perkongsian Ustaz Mujahidin, semangat wanita ini perlu dicontohi kerana tanpa putus asa berusaha biarpun doktor beritahu dia mandul.
Atas keyakinan dan kebergantungan pada Allah, akhirnya berita ini memberi kegembiraan buat pasangan suami isteri ini. Ya Allah rasa sebak hanya Allah yang tahu!
Izin Allah, Berakhir 17 Tahun Penantian
Atas usaha pasangan suami isteri ini yang tak pernah kenal erti putus asa, doa dan ikhtiar, akhirnya isteri telah disahkan hamil buat kali pertama selama 17 tahun.
Pernah buat IVF dan IUI oleh pakar, doktor sahkan isteri tidak subur. Bagaimanapun, atas izin Allah, akhirnya mendapat khabar gembira, isteri sudah hamil buat kali pertama.
Sanggup suruh suami kahwin lain
Paling sedih si isteri sanggup menyuruh suami berkahwin lain. Tapi bagusnya suami tetap setia bersama isteri. Dituduh mandul dan macam-macam lagi, hanya mereka yang melalui sahaja yang tahu bagaimana perasaan itu.
Kongsi wanita ini, suaminya seorang yang positif, sentiasa menyuruhnya reda dengan ketentuan ilahi.
“Berulang kali saya suruh dia nikah lain tapi dia tak nak. Yang terakhir saya suruh dia kahwin adalah bulan Oktober tahun lepas. Sebab saya rasa, saya yang bermasalah tak boleh bagi zuriat pada anaknya.
Sampai masa, Allah akan bagi rezeki
Penantian itu satu penyeksaan. Bila tiba masanya pasti akan tiba jua. Janganlah mengalah jika kita lambat dapat cahaya mata. Pastikan tak putus berdoa, usaha dan jangan sesekali cepat berputus asa.
Percayalah cepat atau lambat Allah pasti mendengar doa kalian nanti. Saya yang dapat tahu mengenai hal ini pun rasa terharu dan sebak. Syukur pada Allah, sejak akhir-akhir ini ramai yang berjaya hamil selepas berbelas tahun menanti.
Semua atas izin Allah. Selagi mampu akan bantu mana yang mampu. Moga lepas ini lebih ramai yang berjaya hamil lagi atas izin dan kehendak-Nya. Aamiin3x Ya Mujiib
**Nak dapatkan barangan bayi pada harga berpatutan, klik saja di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!