Umi Nazeera kini sedang hamil dan kandungan sedang menghampiri 31 minggu. Dia dikhabarkan mengalami plasenta previa atau uri di bawah.
Plasenta previa jenis 2 ialah keadaan di mana uri berada di bahagian bawah menghampiri pintu serviks tetapi bayi masih boleh dilahirkan secara normal. Perkara ini dikhabarkan oleh Umi dalam posting Instagram nya;
Goood morning ! Ada majlis doa kecil kecilan harini . Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar … Alhamdulillah dah kahwin ni mama dan mak mertua semua masih sihat walafiat.
Sudi tolong uruskan banyak benda untuk kita .. tambah tambah lagi I yg sikit sikit mengah ni dan placenta previa tak membenarkan I untuk buat kerja berat so apa plan u all weekend ni ?
Para peminat turut berkongsi tip dan berharap artis kesayangan mereka dapat melahirkan bayi dengan selamat. Tidak kurang juga yang memuji seri wajah ibu hamil ini.
KANDUNGAN HAMPIR 31 MINGGU
PLASENTA PREVIA TYPE 2
JANGAN BUAT KERJA BERAT & BANYAKKAN BEREHAT
SUJUD LAMA
PEMINAT MENDOAKAN UMI SELAMAT BERSALIN
BANYAKKAN MENGAJI SUPAYA MUDAH BESALIN
Sumber: Instagram Umi Nazeera