Ibu mana yang tidak merasa sedih, sudah disahkan hamil kemudian gugur pula. Biarpun sudah menjaga kandungan sebaik mungkin, tahu-tahu saja ada ketulan darah keluar. Ada juga sesetengah kes, si ibu tidak perasan yang dia sedang mengandung kemudian aktif membuat kerja-kerja berat. Sebaik tahu diri hamil, kandungan sudah tidak kuat dan gugur.
Keguguran adalah perkara biasa dan dialami oleh kebanyakan wanita. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tetapi jika berlaku tiga kali berturut-turut keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage. Ia adalah satu situasi yang tidak normal. Melalui penulisannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang hal keguguran ini.
PUNCA KEGUGURAN BERULANG
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage.
Sumber foto: www.freepik.com
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimana pun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
IBU ADA FIBROID ATAU ENDOMETRIOSIS
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
KENA BANYAK BEREHAT
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Ketika isteri mengalami keguguran, jelas sekali emosinya terjejas. Sebagai suami, pastikan anda sentiasa dengannya dan terus memberi isteri semangat. Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat, tetapi jika si isteri mengalami keguguran dan kalian masih belum mempunyai anak, teruskan berusaha dan kuat menghadapi ujian ini.
Semoga dengan semangat dan usaha tanpa henti itu akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.
Setelah sekian lama berteka-teki, baru-baru ini penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya hamil empat bulan.
Apa yang membuatkan kehamilannya ini lebih bermakna apabila suaminya, Adam Azriff, mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas mengetahui dirinya berbadan dua.
“Saya rasa terharu apabila suami mengambil keputusan berhenti merokok sejak dua bulan lalu.
“Dia buat keputusan itu sebab tahu saya tidak suka kepada bau asap rokok.
“Sepanjang trimester pertama, saya tidak mengalami sebarang alahan terus, hanya tidak boleh bau badan suami. Tapi sekarang dah ok,” jelasnya.
Menurut Kaka, dia tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana menghormati permintaan keluarga.
“Saya tidak berkongsi sebelum ini kerana menghormati permintaan keluarga dan selepas doktor sahkan kandungan sihat, barulah saya rasa yakin untuk berkongsi.
“Jadi sempena bulan Ramadan ini, saya ambil kesempatan nak berkongsi berita gembira dengan semua,” katanya pada media ketika majlis berbuka puasa bersama anak yatim baru-baru ini.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Noor Atiqa Mohd Azraff, 30, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang trimester pertama kehamilannya.
Tya Arifin mengakui sekarang merupakan masa yang tepat untuk dirinya hamil anak kedua.
Menurut menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia dan suami, Asyraf Khalid sudah bersedia dan tidak merancang tunggu lama-lama menimang cahaya mata seterusnya.
“Alhamdulillah ini merupakan rezeki bagi kami untuk mendapatkan anak kedua.
“Kami memang tidak bercadang untuk tunggu lama-lama untuk anak seterusnya kerana sekarang merupakan masa yang tepat untuk Arif dapat adik.
“Insya-ALLAH bila lahir anak kedua ini nanti Arif sudah berusia dua tahun lebih.
“Saya juga tidak mengalami sebarang alahan yang teruk kali ini berbanding ketika mengandungkan Arif dulu,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini Tya berkongsi berita gembira ini dengan mengumumkan di Instagram yang dirinya sedang hamil empat bulan dan Arif akan menjadi abang.
Berita gembira ini telah mendapat ucapan tahniah dari semua peminatnya dan Tya turut mengharapkan doa dari orang ramai agar dia dan kandungannya sentiasa sihat.
Sumber: ig Tya Arifin & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menanti kelahiran anak keduanya tidak lama lagi, penyanyi Tasha Manshahar memaklumkan keadaan kandungannya kini berada di dalam keadaan baik.
Pun begitu, ibu kepada Muammar ini berkongsi cerita bayinya yang kini berada dalam keadaan songsang.
Risau dengan keadaan itu namun kata Tasha, dia pastinya mengharapkan bayi keduanya itu kembali berada dalam kedudukan yang normal menjelang kelahirannya nanti.
“Alhamdulillah settle monthly checkup.
“Alhamdulillah kali ni saiz baby tak sebesar masa scan Muammar dulu. Air ketuban pun normal (dulu terlebih. berenang-renang kawan dekat dalam perut 😂).
“Gula pun okay. HB pun cantik. Syukur alhamdulillah. Cuma tu lah, baby breech lagi. Doktor kata jumpa lagi 3 minggu,” kongsi Tasha.
Posisi sujud bantu alihkan kedudukan bayi
Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Terima Kasih Cinta itu lagi, dia dinasihatkan oleh doktor untuk memperbanyakkan posisi sujud dan terus berdoa moga bayi dalam kandungannya itu kembali berpusing pada kedudukan normal.
“Hopefully by that time baby dah pusing. Doktor kata banyakkan buat position sujud tu and doa.
“Siapa ada tips pusingkan baby yang breech (songsang) lagi please share tauuu,” tulis Tasha yang turut meminta tip dan pandangan dari rakan-rakan di Instagramnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti serta pengikut Tasha di Instagramnya turut sama berkongsi cerita dan tip sebagai panduan untuk Tasha yang baru pertama kali mengalami masalah ini.
Semoga bayi Tasha cepat-cepat beralih ke kedudukan normal dan dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Terdahulu pada Syawal tahun ini, Tasha dan suami, Raqib Majid mengumumkan kehamilan anak kedua mereka. Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata, Muammar Rafiqi.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!