Pilunya hati menjelang Syawal tidak lama lagi, orang yang tersayang tiada lagi, pergi buat selama-lamanya.
Demikianlah yang dilalui bapa yang tabah, Muhamad Fakri Fae atau lebih dikenali sebagai Ayie tatkala isterinya, Allahyarham Nurul Nadia Tumin yang meninggal akibat jangkitan paru-paru Ahad lalu.
Katanya sepasang baju kurung untuk dipakai di pagi raya sudah ditempah khusus buat isterinya. Namun siapa sangka Allah lebih menyayangi isteri yang tersayang. Bapa kepada anak perempuan, Nurul Fatihah, 19 bulan ini akan terus tabah & kuat demi membesarkan zuriat mereka bersama.
KANDUNGAN 22 MINGGU TERPAKSA DIGUGURKAN KERANA MASALAH BUAH PINGGANG
Sebelum ini, Allahyarham hamil anak kedua. Namun semasa usia kandungan 22 minggu dia disahkan mengalami masalah buah pinggang. Ini menyebabkan kandungan terpaksa digugurkan demi untuk menyelamatkan nyawa si ibu.Perkongsian bapa 31 tahun ini sudah pun mendapat perhatian warganet dan tular di media sosial.
Artikel berkaitan: “Bangunlah Sayang, Anak Kita Perlukan Awak”. Luahan Suami Harap Keajaiban Untuk Isterinya
RAMAI YANG MENDOAKAN
Ayie mengakui perkongsiannya tentang Allahyarham di media sosial hanyalah untuk rakan-rakan. Namun disebalik semuanya, dia bersyukur kerana ramai yang mendoakan kesejahteraan isterinya.
“Saya pada mulanya post untuk memaklumkan kepada kawan-kawan sahaja. Syukur sangat apabila ramai yang doakan dia. Apabila ramai yang doakan, saya rasa arwah boleh sembuh. Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan dia.
SEPASANG BAJU KURUNG TAK SEMPAT DIPAKAI
Baju raya sedondon dengan anak sudah ditempah untuk si isteri. Namun apa yang menyebabkan terkilan ialah ia tidak sempat disarungkan Allahyarham Syawal nanti. Namun bapa ini reda.
“Saya sudah menempah baju raya untuk dia, kainnya sama dengan baju anak. Dah siap bulan 4hari tu tapi tak ambil sampai sekarang. Insya Allah kami akan ambil nanti, simpan buat kenangan dengan arwah,” kata Ayie,” kata Ayie.
RINDU TELATAH ISTERI
Ayie yang mendirikan mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2015 ini mula mengenali Allahyarham sejak 2009 lagi. Mengimbas kembali hidup mereka bersama, Ayie mengakui akan merindui sikap cerewet isterinya itu.
“Paling tak boleh lupa ialah dia punya cerewet. Masuk rumah ada habuk sikit pun tak boleh. Pakaian kena sentiasa kemas. Dia juga seorang yang peramah, banyak cakap. Memang sedih bila dia tiada,” kata Ayie.
TIDAK PERCAYA ISTERI SUDAH TIADA
Menurut bapa penyayang ini, kasih sayang terlalu besar hingga menyebabkan tiada yang mampu menggantikan.
“Kasih sayang saya kepada dia terlalu besar, tiada yang mampu menggantikan tempat arwah. Macam tak percaya dia tinggalkan saya dan anak. Tak boleh hidup tanpa dia, sukar untuk saya cakap.
“Saya berterima kasih kepada kawan-kawan yang siang malam bagi semangat kat saya, tanpa mereka mungkin saya tidak setabah sekarang,: ujarnya yang sanggup tidak bekerja dua bulan demi untuk menjaga Allahyarham tempoh hari.
Tambah Ayie lagi, dia juga sukar untuk menggambarkan sambutan hari raya tahun ini tanpa kehadiran isteri di sisi.
Sumber: FB Encik Ayie & Mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI