Memberikan anak menonton video tanpa pengawasan mengundang bahaya. Kandungan yang tidak sesuai seperti ganas, jenayah dan negatif kini muncul di dalam sesetengah video di Youtube.

Seorang pakar pediatrik yang juga ibu, Free Hess,  mendapati terdapat  video-video yang berbahaya di YouTube Kids. Dia berkata bahawa terdapat beberapa minit ke dalam klip dari permainan video kanak-kanak seorang lelaki muncul di skrin dan memberikan arahan mengenai bagaimana membunuh diri.

Kandungan Visual Ganas & Berbahaya Dalam Video Kanak-Kanak Di Youtube. Awasi Apa Yang Anak Tonton

Menurut ibu berkenaan, sambil menyatakan bahawa scene berkenaan telah disambungkan kepada beberapa lagi video dari Splintoon permainan Nintendo popular di YouTube dan YouTube Kids. Hess telah berkongsi tentang mengenai video berkenaan di blognya telah diubah dan mengatakan untuk membawanya turun di tengah-tengah bantahan daripada ibu bapa dan pakar kesihatan kanak-kanak, yang mengatakan visual itu boleh merosakkan kanak-kanak.

Dalam satu video di YouTube menunjukkan seorang lelaki memasuki frame video dan menunjukkan cara untuk menghiris lengan diri sama ada melalui hirisan melintang untuk mendapatkan perhartian dan potongan menegak untuk keputusan yang baik. Kandungan visiual berbahaya ini boleh meracuni fikiran kanak-kanak.

Ads

And… the Splatoon cartoon with the suicide clip is indeed on YouTube Kids as well ?This was recorded by me directly from YouTube Kids at 1:45pm on 2/24/19. #ThisIsNotOK#YouTubeWakeUp#ProtectOurKids#ParentsDemandAction#PediMom

Posted by PediMom on Sunday, 24 February 2019

Hess yang berkongsi tentang klip video yang membimbangkan ini di blognya, untuk meningkatkan kesedaran dan membuangnya dari Youtube. Hess berkata video Splatoon terdapat juga video lain yang membimbangkan seperti Minecraft yang menggambarkan penembakan di kawasan sekolah, penyeludupan manusia, seorang kanak-kanak yang membunuh diri dengan menikam dan yang lain cuba membunuh diri dengan menggantungkan badan.

TRAGIS & MEMBERIKAN KESAN SANGAT BURUK KEPADA MINDA KANAK-KANAK

Tragisnya apabila video ini  mensasarkan anak-anak dan menggalakkan anak-anak membunuh diri.Nadine Kaslow dari Universiti Emory mengatakan bahawa sesetengah kanak-kanak boleh mengabaikan kandungan video suram tetapi ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada mereka sedari.

Ads

Ia oleh menyebabkan kanak-kanak mengalami mimpi buruk, mencetuskan kenangan buruk tentang orang yang rapat dengan mereka yang telah membunuh diri atau bahkan menggalakkan mereka mencuba, walaupun sesetengahnya mungkin terlalu muda untuk memahami akibatnya.

Kandungan Visual Ganas & Berbahaya Dalam Video Kanak-Kanak Di Youtube. Awasi Apa Yang Anak Tonton

WALAU PUN DIPADAM, KESANNYA TIDAK BOLEH DIKELUARKAN SEMULA DARI MINDA ANAK

Ads

Kaslow berkata ibu bapa harus mengawasi apa yang anak-anak mereka lakukan dalam talian dan syarikat teknologi harus memastikan kandungan tersebut dikeluarkan. Sekali pun ia dikeluarkan, kesannya tidak boleh dipadamkan di dalam minda kanak-kanak yang telah terdedah kepadanya.

PERLUKAN PENGAWASAN DARIPADA IBU BAPA

Kaslow berkata walaupun ibu bapa harus berbincang dengan anak-anak mereka mengenai video yang ditonton dan YouTube Kids juga harus menangani isu tersebut, menjelaskan kepada kanak-kanak tentang video yang dipaparkan dan kenapa ia tidak boleh dilakukan hingga memudaratkan diri sendiri.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, faktor risiko yang berkaitan dengan membunuh diri ialah gangguan mental seperti kemurungan klinikal, percubaan bunuh diri sebelum ini, tidak mendapatkan rawatan kesihatan mental, penyakit fizikal, rasa putus asa atau rasa dipulaukan.

Sumber: The Washington Post & Pedimom

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI