Bapa Bukan Sekadar Sambutan, Tapi Sebuah Rasa. Hari yang diraikan oleh ramai dengan pelukan, dengan senyuman, dengan penghargaan buat insan bergelar ayah.
Tapi bagi sesetengah orang, Hari Bapa hadir dengan rasa yang bercampur baur. Bukan semua kisah sempurna, bukan semua pelukan lengkap.
Namun, walau bagaimana takdir berubah. Walau hubungan suami isteri tidak lagi seperti dulu. Seorang lelaki tetap akan selamanya bergelar bapa kepada anaknya.
Kerana cinta seorang ayah tidak pernah terhapus hanya kerana satu noktah dalam hubungan. Ia kekal. Ia hidup. Ia menjadi bahu yang tetap sedia memeluk walaupun dunia sekeliling berubah.
Itulah yang mungkin cuba disampaikan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Fattah Amin, dalam satu posting terbarunya di Instagram.
Tiada ayat panjang. Tiada kapsyen puitis. Cuma satu ucapan ringkas:
Ads
“Happy Father’s Day…” 🥹
Namun, kapsyen itu diakhiri dengan emoji wajah gembira tanda berlenangan air mata. Seolah-olah senyum yang sedang menahan sebak, cuba nampak kuat walau hati bergelora.
Nyata satu gabungan itu yang buat ramai terdiam dan tertanya, apa sebenarnya yang tersimpan di hati?
Namun apa yang menyentuh hati, wajah Fattah tetap tersenyum tenang dalam foto bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Gambar itu dirakam di sebuah hotel di Sepang, cukup sederhana tetapi sarat dengan makna. Hanya mereka berdua seolah-olah meraikan hari istimewa itu dalam dunia kecil yang kini tinggal berdua.
Ads
Foto kedua pula lebih menyentuh emosi. Kelihatan ayah Fattah, Tuan Haji Mohd Amin, sedang memangku cucunya, Fatima. Wajah si datuk penuh kasih sayang, mendukung si kecil yang kian membesar.
Sekilas pandang, ia seperti satu pesan sunyi bahawa walau badai datang melanda, kasih sayang keluarga tetap kekal utuh. Fatima tetap disayangi bukan hanya oleh ayahnya, malah seluruh keturunan yang membesarkannya dengan cinta.
DOA YANG BAIK-BAIK
Menjengah ke ruangan komen, ribuan peminat membanjiri dengan ucapan dan doa.
Ads
Rata-rata mendoakan agar Fattah terus kuat menjadi ayah yang terbaik buat Fatima.
Ada yang memahami, ada yang merasa, dan ada juga yang menitipkan kata-kata penuh harapan.
“Fatima ada ayah yang hebat.” “Selamat Hari Bapa, Fattah.”
Untuk makluman, Fattah Amin dan Nur Fazura kini telah berpisah secara rasmi.
Namun apa jua yang berlaku dalam hubungan dewasa, tidak akan pernah memadamkan hakikat bahawa Fattah tetap seorang ayah dan Fatima akan selamanya menjadi cahaya dalam hidupnya.
Sumber: IG Fattahaminz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih meruntun jiwa selain kehilangan anak yang masih kecil, apatah lagi apabila tragedi itu berlaku di tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat sekolah.
Kes murid darjah empat yang dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa menjadi mangsa buli nyata membuka luka mendalam buat ibu bapa, keluarga dan masyarakat.
TANGISAN IBU MANGSA UNDANG SEBAK
Tangisan seorang ibu di perkarangan hospital cukup merobek hati, seolah-olah menggambarkan betapa besarnya kehilangan yang tidak mungkin mampu diganti. Lebih memilukan, insiden berlaku di kawasan sekolah tempat di mana anak-anak dihantar untuk menimba ilmu, bukan menanggung derita.
Menurut laporan media, ibu kepada mangsa sukar menyembunyikan perasaan sedihnya. Suasana pilu itu telah mengundang hiba di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.
Terdahulu, ibu bapa murid tahun empat tersebut tiba di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau sekitar jam 12.55 tengah hari.
Sebaik turun dari kenderaan, si ibu dilihat berjalan sambil menangis di bahu suaminya yang kelihatan cuba menenangkan diri sebelum mereka masuk ke ruang menunggu.
Difahamkan, bedah siasat bermula kira-kira jam 1 tengah hari. Namun sehingga jam 4 petang, jenazah masih belum dibawa keluar untuk dituntut keluarga.
Suasana di unit berkenaan semakin sebak apabila pihak sekolah, rakan dan saudara-mara datang menziarahi serta memberikan semangat kepada pasangan itu.
Sementara itu, di Seremban, pihak polis dilihat memasuki sekolah berkenaan di Senawang kira-kira jam 9 pagi. Sehingga jam 12 tengah hari, tiada kenderaan polis dilihat keluar.
Hasil tinjauan di sekolah mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa, meskipun beberapa kenderaan agensi berkaitan dilihat keluar masuk kawasan tersebut.
Datuk saudara kepada arwah, berusia 44 tahun, memaklumkan bahawa keluarga masih terkesan dengan kejadian tersebut dan tidak bersedia untuk bertemu dengan media. Katanya, arwah merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, seorang kanak-kanak bijak dan sangat disayangi ibu bapa.
Sebelum ini, media melaporkan polis mengklasifikasikan kes kematian murid itu mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan iaitu buli melalui komunikasi. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah berkenaan sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta.
Ikhtiar hamil, Janna Nick minum susu, usaha nak dapatkan zuriat. Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Janna Nick berkongsi momen membuat kejutan hari jadi buat suaminya, Dini Schatzmann yang ke-30.
Ikhtiar Hamil, Janna Nick Minum Susu
Menerusi hantaran di laman Instagramnya itu, Janna dan Dini turut berkongsi hafalan surah Al-Mulk. Ketika giliran Dini, Janna membuat kejutan membawa kek hari jadi buat suaminya.
Janna turut berharap tahun hadapan mereka akan bertiga serta mendoakan agar suaminya diberikan kesihatan yang baik serta rezeki melimpah.
Usaha Nak Dapatkan Zuriat
Dalam perkongsian tersebut juga, ramai warga maya perasan Janna sedang membancuh susu yang diformula khas bagi membantu wanita memulihkan kesihatan dalaman sebagai ikhtiar untuk hamil.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Komen-komen daripada warga maya juga turut mendapat reaksi daripada Janna. Pelakon, penyanyi dan pengacara itu memberitahu dia sedang berusaha untuk hamil. Ramai yang mendoakan agar Janna dikurniakan zuriat tidak lama lagi.
Semua orang harus mementingkan soal kesihatan, tambahan sekarang tular tentang virus-virus yang boleh mendatangkan maut. Oleh itu, jangan pandang ringan soal kebersihan. Kebanyakan penyebaran virus ini dapat dielakkan dengan apabila seseorang itu menjaga kebersihan diri.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif di laman Facebooknya. Memandangkan isterinya seorang doktor perubatan, dia selalu pesan untuk kurangkan gun tangan jika mahu menyentuh tiga tempat ini:
Berapa Ramai Yang Dah Sentuh?
Ni gambar lif utama di hospital yang saya baru discaj semalam. Bayangkan berapa ribu jari yang sentuh butang lif ni setiap hari?
Dah la hospital ni memang tempat orang sakit. Lebih lebih lagi yang paling ditakuti sekarang yang ada Coronavirus. Kat Hospital saya bermalam semalam, siap ada tukang check suhu lagi di pintu utama sebab nak saring orang yang demam. Takutnya demam sebab Coronavirus ni lah.
Mereka yang ada Coronavirus ni akan batuk dan bersin. Mereka akan tutup mulut guna tangan. Tangan ni lah juga nanti mereka akan guna untuk sentuh barang barang di sekeliling mereka.
Isteri saya Medical Doctor tapi dia ni ada tabiat pelik sikit tau. Tiap kali dia sentuh butang lif, dia akan guna siku dia. Takpun dia guna tisu. Mula mula saya ingat dia OCD ke apa. Rupanya sekarang saya baru tahu, apa yang dia buat selama ni adalah benda yang betul.
Dia pesan, kurangkan guna tangan kalau nak sentuh 3 tempat ni : tombol pintu (terutamanya pintu toilet), butang lif (terutamanya di hospital) dan barang barang yang dikongsi bersama.
Aah la. Tangan kita ada kelenjar peluh dan kelenjar minyak/sebum yang mengekalkan kelembapan pada tangan supaya tak merekah tapi benda ni juga yang akan perangkap kuman pada tangan kita bila kita guna tangan kita untuk tutup mulut masa batuk dan juga bersin.
Virus & Bacteria Are Real!
Dan tangan tu lah nanti yang akan sentuh dan sebar kuman ke mana mana. Anak saya Aisha Soolihah pun sekarang tengah berhingus hijau sebab dia pergi jilat kerusi. Jilat pulak bahagian kerusi yang orang letak tangan tu. Allahu. Menjerit isteri saya semalam nak halang dia jilat tapi budak budak ni memang laju daripada kita.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.