Senaman patut dijadikan rutin dan waktu hamil tidak terkecuali. Mawar Rashid turut melakukan senaman kardio dan zumba semasa hamil 7 bulan.
Aktres dan peserta Dewi Remaja 2014/15 ini menyatakannya di dalam post Instagram dan memuat video bersenam dan menyatakan yang dia turut membuat senaman ringan.
Mawar turut mengingatkan ibu hamil lain supaya melakukan langkah memanaskan badan (warm up) dan regangan, minum air mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan memastikan diri cukup rehat.
mawarashid Hari ni Mekwa buat cardio, treadmill 27minutes. Pastu alang2 join class Zumba yang light2 je. Walaupun tengah preggy, tak de excuse untuk kita exercise KECUALI doktor tidak benarkan.
Tapi ingat, exercise, exercise jugak, warm up and stretching jangan tinggal, air kena minum cukup atleast 2 litre water and cukup rest especially to preggy mommy like me ❤️ Take care everyone! #7monthspregnant
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Para peminat memberikan respons positif dan mengatakan tindakan Mawar bersenam akan membantu memudahkan proses kelahiran nanti. Baik untuk stamina dan ada yang mengatakan akan membantu pembukaan tulang punggung bagi melicinkan proses kelahiran.
Sumber: mawarashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakitnya Kencing Kotor. Nak Buang Air Pun Tak Sanggup!
Ketika hamil, salah satu masalah yang sering terjadi kepada ibu hamil adalah kencing kotor. Ibu akan mengalami rasa sakit ketika mahu membuang air kecil. Kencing kotor dikenali sebagai jangkitan kuman dalam saluran kencing. Jangkitan ini biasanya didapati oleh golongan wanita kerana golongan ini mempunyai saluran pembuangan air kecil yang sangat pendek dan sangat mudah dijangkiti kuman.
Artikel Menarik: [Kalau Boleh Hari-Hari Nak Scan Baby. Tak Perlu Selalu, Dia Pun Tak Nak Tunjuk Muka]
Biarpun masalah kencing kotor ini boleh berlaku kepada wanita yang tidak hamil, tetapi ia mudah menjangkiti ibu mengandung. Mengapa ini terjadi? Ikuti penjelasan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan mengenai isu ini.
“Apesal doktor ni, tak abes-abes menyusahkan jer! datang follow up je nak air kencing, datang follow up je pegi suruh kencing dalam botol ni. kalau tak kencing tak boleh ke?? Ini nak masuk toilet pun beratur panjang” – Rungut seorang ibu muda.
“Alahhhh… awak ikut je lah ape doktor tu nak”.
“Abang faham tak? Saya ni bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit tak payah la sibuk-sibuk nak check!”.
“Kencing saya pun jernih jer macam air paip, tak tahu la kenapa doktor tu sibuk sangat nak tengok air kencing! “ – Bentak ibu muda itu lagi.
‘Menyusahkan’ – itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan oleh ibu muda tersebut. Ternyata perkataan itu amatlah menyakitkan dan pahit untuk ditelan, namun yang demikian penggunaan nya sangat tidak tepat dalam konteks ini.
Betul ke pemeriksaan air kencing secara berkala ini sebenarnya memang menyusahkan ibu? Adakah kencing kotor ini bermakna air kencing berkeladak dan mempunyai sampah sarap, seperti dakwaan ibu muda tersebut?
Jom ikuti penerangan saya mengenai kencing kotor ketika hamil:
Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
Artikel Menarik: [Bukan Saja-Saja Minta Picit Kaki. Waktu Hamil, Tumit Sakit Macam Terpijak Jarum!]
-Ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu, lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing.
-Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil dan juga tekanan daripada rahim yang membesar menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing.
70 % ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing.
– Bila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing urethra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari vagina memasuki salur kencing.
-Vagina boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar, Maka bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera.
-Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga.
-Ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis – lagi senang untuk dapat kencing kotor ini.
Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
– Saiz bayi kecil (low birth weight) berat bayi kurang 2.5kg
– Bayi lahir tak cukup bulan/pramatang (kurang 37 minggu)
– Ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil atau dikenali sebagai pre-eclampsia
-Anemia (kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu)
-Jangkitan pada air mentuban bayi (chorioamniotis)
Artikel Menarik: [Berhenti Rokok, Ganti Vape. Kesannya Sama Saja Pada Isteri & Bayi Dalam Perut]
Semoga dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi anda sedikit info tentang masalah kencing kotor. Jika dianggap remeh, boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda dan kandungan. Sekiranya doktor atau juru rawat menasihati anda untuk membuat ujian air kencing, usahlah merungut. Ikutlah saranan mereka demi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhenti Rokok, Ganti Vape. Kesannya Sama Saja Pada Isteri & Bayi Dalam Perut
Tidak lama dahulu, dikatakan vape atau rokok elektrik adalah alternatif terbaik bagi mereka yang mahu berhenti merokok kerana dikatakan tiada kandungan nikotin di dalamnya. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan laporan Surgeon General tahun 2016, vape mendatangkan kemudaratan kepada wanita hamil.
Mungkin kandungan nikotin di dalam vape tidak sebanyak pada rokok tembakau tetapi bahan cecair di dalam perisanya diperbuat daripada campuran propylene glicol, vegetable glycerin, nikotin, dan zat perasa dan pewarna.
Beberapa kajian yang dibuat menunjukkan ketika cecair tersebut dipanaskan pada suhu tinggi, akan menghasilkan sejumlah bahan kimia. Salah satunya formaldehyde yang merupakan pencetus kepada penyakit kanser.
WANITA HAMIL TIDAK ELOK TERDEDAH KEPADA ASAP VAPE
Tidak kisahlah kurang atau banyaknya kandungan nikotin di dalam vape berbanding rokok tembakau, ia tetap mendatangkan kemudaratan kepada wanita mengadung. Bahan toksik di dalam vape mampu ‘sampai’ sehingga ke janin.
Jika wanita hamil sering dikelilingi asap vape, semakin banyak bahan kimia meracuni bayi dalam kandungan. Bahanya vape kepada ibu yang sedang hamil adalah seperti:
Artikel Menarik: [Tak Ada Istilah ‘Accident’, Kena PAndai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak]
- Kehamilan ektopik
- Keguguran
- Masalah plasenta, salah satunya abruptio placenta
- Kelahiran bayi pra matang
- Bayi mati ketika lahir (stillbirth)
- Berat badan bayi rendah dari paras yang sepatutnya dan harus dirawat di NICU
- Sindrom kematian bayi mendadak (SIDS)
- Risiko dilahirkan cacat, termasuk bibir sumbing hingga penurunan perkembangan paru-paru dan otak bayi
Bukan sahaja ketika di dalam kandungan, bayi juga boleh terkesan selepas dilahirkan. Sama ada si ibu mahupun bayi mungkin mengalami masalah asma atau kolik. Jika sering terdedah kepada asapnya, anak berkemungkinan menjadi hiperaktif atau ADHD sepanjang tumbesarannya.
Artikel Menarik: [Kena Diabetes Waktu Hamil. Sekali Minum ‘Lepas’, Kali Kedua Ambil Air Gula ‘Terkantoi’]
Selain ADHD, anak juga boleh mendapat jangkitan telinga, asma atau ketagihan kepada bauan nikotin. Ibu hamil yang kerap terdedah kepada asap vape berisiko untuk mengalami gangguan pernafasan dan berpotensi untuk mendapat serangan jantung, kanser paru-paru atau strok!
Sumber: Honestdocs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sabar Nak Tahu Mengandung Ke Tak, Belum ‘Lewat’ Dah Buat UPT
Ketika seseorang wanita itu melakukan hubungan kelamin dengan suaminya dan kemudian lewat datang haid pada bulan selepas itu, pasti akan teruja untuk membuat ujian kehamilan. Terutamanya jika sesebuah pasangan itu sememangnya sedang merancang untuk hamil. Ada wanita yang akan terus membuat ujian kehamilan, walaupun tarikh datang haid masih belum sampai (teruja kerana merasakan ada simptom hamil) atau baru sehari dua lewat.
Sebenarnya, pada waktu bilakah yang paling sesuai untuk seseorang wanita itu membuat ujian kehamilan? Memetik sebuah artikel dari Babycenter, ia mengatakan ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan wanita tersebut.
Kit ujian kehamilan yang boleh anda buat sendiri di rumah (Home Pregnancy Test-HPT) atau dikenali juga sebagai UPT, mengesan kehadiran hCG di dalam air kencing. Jika ujian darah dibuat, kehadiran hCG akan dikesan di dalam darah.
Artikel Menarik: [Berhenti Rokok, Ganti Vape. Kesannya Sama Saja Pada Isteri & Bayi Dalam Perut]
Ujian darah lebih sensitif dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian ini akan dilakukan oleh doktor yang ebrtauliah di klinik atau hospital. Ujian HPT pula boleh dibuat sendiri di rumah. Setiap alat pengesan berbeza antara satu sama lain. Ada yang sangat sensitif dan dapat mengesan hCG walaupun jumlahnya sedikit, seawal empat hari sebelum tarikh datang haid atau seminggu selepas persenyawaan.
Untuk mengetahui tahap sensitif sesebuah alat pengesan itu, anda boleh merujuk kepada labelnya. Ia diuukur dalam mIU/ml (mili-International Unit oer milimetre) dengan julat antara 10-40 mIU/ml. Semakin kecil nombor, ia semakin sensitif dan dapat mengesan kehamilan. Walaupun alat pengesan yang digunakan sensitif, jika ujian dibuat terlalu awal tahap hCG masih sedikit untuk dikesan.
Artikel Menarik: [Naik Je Double Line, Ibu Kena Mula Jaga Diri. Jangan Main ‘Hentam’ Buat Semua Benda]
Kadang-kadang, ketika membuat ujian kehamilan keputusannya negatif walaupun sebenarnya anda hamil. Mungkin ujian yang dibuat terlalu awal menyebabkan hCG tidak dapat dikesan menggunakan kit ujian kehamilan yang digunakan.
Ujian kehamilan yang dibuat sendiri di rumah biasanya memberi keputusan yang tepat jika dibuat pada tarikh anda sepatutnya datang haid, iaitu lebih kurang dua minggu selepas waktu ovulasi seseorang wanita. Keputusan negatif boleh jadi atas dua sebab. Mungkin anda benar-benar tidak hamil atau waktu ovulasi lebih lewat.
Artikel Menarik: [Sebelum Mengandung Suka Bau Suami. Bila Pregnant, Dia Dekat Je kena Halau!]
Satu dalam 10 wanita dipercayai mempunyai tahap hCG yang rendah walaupun selepas tarikh datang haid sudah lepas. Seandainya ujian pertama yang dibuat menunjukkan keputusan negatif walaupun anda sudah lewat datang haid, ulang semula ujian ini selepas tiga hari. Jika seseorang wanita itu hamil, dalam tempoh itu seharusnya paras hCG sudah mulai meningkat dan mampu dikesan oleh alat pengesan kehamilan.
Jangan berputus asa sekiranya ujian yang anda buat menunjukkan keputusan negatif. Mungkin belum ada rezeki buat masa ini dan Allah SWT telah mengatur perjalanan yang lebih indah buat anda dan suami. Bagi pasangan yang sedang merancang untuk hamil, teruskan berusaha dan berdoalah kepada-Nya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI