
Bukan karipap biasa tetapi karipap yang ditambah dengan daup sup di dalamnya. Lebih enak, harum dan sedap rasanya. Semuanya bagi menaiknya lagi selera anak kecil kita, selain khasiat daun sup yang berganda.
Resipi comel dan cute oleh Puan Dahlia Kamaruza ini mama patut cuba. Kita yang tengok pun rasa teruja. Comel dan rangup.
Makan petang Hilman, Karipap inti chicken mushroom carbonara. Inti pau semalam ada lagi, Mummy buat karipap je lah. Kalau goreng sekejap je siap tak sampai 10minit.

.
Kulit karipap
Tepung gandum unbleach 2 cup
Tepung jagung 1 tbs
Minyak panas 1/2 cup
Air sejuk dari peti ais agak2
Daun sup (hiris halus)
Ayak tepung dalam bekas. Satunkan dengan minyak panas dan gaul sehingga menjadi crumb. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Masukkan ke dalam plastik dan rehatkan dalam peti sejuk 30 minit or 1 hour. Baru gelek dan bubuh inti. Kelim dan goreng.

.
Bahan Inti:
Isi ayam (dadu)
Kentang 2 biji (dadu)
Carrot 1/2 batang dadu
Celery 2 inci dadu
Bawang putih 3 ulas (tunbuk lumat)
Bawang holand 1/2 labu (dadu)
Susu fullcream 3 tbs (optional)
Bayleaf 1 helai
Mixed herbs secubit
Blackpaper secubit
Tepung jagung 1 tbs (bancuh air)
Unsalted butter 1 tbs
Sedikit air

.
Caranya:
Panaskan kuali, masukkan unsalted butter dan tumis bawang putih, bayleaf dan bawang holand hingga layu. Masukkan ayam dan tumis sekejap serta masukkan kentang bersama carrot dan celery.Masukkan air dan biarkan masak sehingga kentang lembut dan air kering. Masukkan susu fullcream, mixed herbs dan blackpaper. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata.

.
Gelek sampai tipis pakai penggelek. Kalau takde pakailah gelas ke botol kaca. Mummy gelek pakai botol nescafe je.

.
Bubuh inti macam ni. Mummy suka inti penuh. Lepas tu katup dua. Tekan penyekkan hujung dia.

.
Dah penyekkan hujung dia tu mummy gunting baki-baki tepung terlebih tu. Baru kelim, macam ni.

.

.
Tadaaa. Dapatlah cantik macam ni. Tapi macam terlajak daun sup je. Mentang-mentang daun sup petik tepi rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Tip Pemakanan Berguna Hanis Zalikha Buat Untuk Yusuf Iskandar

Tip pemakanan Hanis Zalikha untuk Yusuf Iskandar ini memang sangat membantu, terutama sekali bagi ibu-ibu yang bakal mempekenalkan makanan pejal kepada bayi.
Hanis memang pandai mengatur pemakanan anaknya, Yusuf Iskandar. Dia juga tidak lokek berkongsi tip pemakanan untuk followernya di Instagram. Yang penting bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya home made dan mudah untuk direalisasikan. Jom ikuti 10 tip yang telah dikenalpasti ini.
TIP 1: MENGISAR GUNA HAND BLENDER
Bagi ibu yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyediaan makanan pejal anak, tentunya perlukan panduan tentang peralatan yang diperlukan. Hanis berkongsi peralatan yang praktikal diperlukan pada peringkat permulaan iaitu hand blender untuk mengisar puri dan bekas makanan kecil untuk memuatkan puri untuk Yusuf bagi setiap hidangan.

TIP 2: SEJUKKAN PURI YANG PANAS
Hanis juga berkongsi cara menyejukkan puri yang panas sebelum diberikan kepada Yusuf iaitu dengan cara merendamkan bekas berisi puri ke dalam ketulan ais. Ia secara tidak langsung merupakan tip keselamatan supaya ibu bapa memeriksa terlebih dahulu suhu makanan sebelum disuapkan kepada bayi.

TIP 3: LEGAKAN BAYI SEMASA FASA TEETHING DENGAN MAKANAN
Selain berkongsi idea resipi dan sajian, Hanis juga turut memberikan tip melegakan kerengsaan gusi (gatal gusi) akibat hendak tumbuh gigi pada Yusuf. Hanis menggunakan roti yang bertekstur keras atau buah-buahan yang diisi dalam fruit feeder.
Roti keras / Teething biscuit / Fruits inside #fruitfeeder ; to keep Yusuf occupied ??
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
TIP 4: SERBUK IKAN BILIS
Serbuk ikan bilis boleh dijadikan bahan masakan bayi yang mudah, lebih-lebih lagi jika ibu sibuk. Ia juga sumber kalsium yang baik. Hanya taburkan pada bubur anak dan tadaaa… ia siap untuk disuapkan kepada si manja.
Anda boleh buat sendiri serbuk ikan bilis ini di rumah dengan menggunakan cara Hanis ini.

#ChefMommynis tengah sangai ikan bilis nak buat serbuk ikan bilis untuk sprinkle dalam makanan bayi. Akhirnya nak introduce rasa sedap-sedap sikit dekat Yusuf ?
Kopek ikan bilis buang tahi + Basuh bersih + Rendam seketika nak kurangkan masin + Tos ikan bilis + Sangai dalam kuali tanpa minyak + Blend dan simpan dalam bekas pilihan.
TIP 5: TIP BABY MERAGAM TIDAK MAHU MAKAN
Susah juga jika bayi tiba-tiba tidak mahu makan atau putus selera. Yusuf juga mengalami keadaan ini dan Hanis mengemukakan usaha dan strategi memenangi selera Yusuf untuk makan. Ia juga boleh mengelakkan daripada kita putus asa dan terus mengatakan anak tidak mahu makan.

Dia suka ada sprinkle serbuk ikan bilis #ChefMommynis buat semalam. Today Yusuf makan nasi + baby corn + serbuk ikan bilis.
Sometimes Yusuf cranky tak berapa nak makan, this is what I would do: Sebelum makan main meal, makan buah dulu untuk buka selera, today makan anggur. Kalau masa dia makan dia start nak nangis ngada, bagi dia minum air kosong pastu sambung makan. Kalau dah nak habis makan pastu nak start merengek taknak makan, maksudnya dia dah boring duduk dalam babychair, dukung kat pinggang kiri dan sambung suap makan guna tangan kanan.
I just feel like sharing this sebab hari tuh Daddy dia suapkan Yusuf makan pastu Yusuf cam start ngada sikit terus Daddy dia kata dia dah taknak makan. Omg kenalah berusaha! #TipsMommynis
TIP 6: SAJIAN SELEPAS BERENANG
Berenang ialah aktiviti yang sangat baik untuk bayi. Berbeza aktiviti lain,berenang ia melibatkan air yang sejuk dan boleh menyebabkan kelaparan yang lebih berbanding aktiviti lain. Maka Hanis telah menyediakan hidangan untuk Yusuf selepas berenang, antaranya ialah resepi puri kentang dan ikan bilis ini. Yummy!

TIP 7: BILA ANAK MULA NAK MAKAN SENDIRI
Selepas mencecah usia lapan bulan, si manja sudah boleh duduk dengan baik. Jadi, dia sudah boleh diajar makan sendiri. Hanis juga berkongsi bagaimana Yusuf tiba-tiba kurang berselera kerana ingin makan sendiri (tidak disuap ibu).
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
TIP 8: BUAH SEBAGAI PEMBUKA SELERA
Bila anak jadi kurang selera, ibu-ibu selalunya rasa down dan terus kata anak tidak mahu makan. Sepatutnya kita perlu ketahui sebabnya dan berusaha untuk memenangi selera mereka. Seperti yang dilakukan oleh Hanis ini, apabila Yusuf tidak berselera. Strategi Hanis memberikan Yusuf dalam potongan yang besar seumpama teether menjadikan ia makanan pembuka selera ketika gusinya gatal hendak tumbuh gigi. Seterusnya ia memudahkan Hanis menyuapkan sajian utama kepada Yusuf.

TIP 9: PERALIHAN TEKSTUR MAKANAN BAYI
Sama seperti bayi lain yang mula tumbuh gigi, mereka lebih berminat kepada makanan yang bertekstur lebih kasar.

Yusuf yang sebelum ini memakan puri dan bubur telah beralih kepada nasil lembik yang mempunyai tekstur lebih kasar bila sudah tumbuh gigi.
Belajar makan nasik lembek + sup bawang & carrot hari ini ?
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
TIP 10: AJAR YUSUF GUNA SUDU DAN GARFU
Apabila anak sudah boleh menyuap makanan dengan baik, ibu boleh mula mengajar anak menggunakan kutleri iaitu sudu dan garfu dengan betul, seperti yang diajar oleh Hanis kepada Yusuf ini.

Sumber: Instagram Yusuf Iskandar & Hanis Zalikha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Milkbooster Dalam Uncang Hanya Tuang Air Panas, Yang Penting Boleh DIY. Semua Bahan Ialah Real Food!

Tidak semua ibu memerlukan milkbooster. Sekiranya diperlukan sekali pun, pastikan ianya diperbuat daripada bahan yang semula jadi atau real food. Resepi milkbooster yang dikongsikan ibu ini boleh anda cuba.
Penurunan produksi susu mencemaskan sesetengah ibu. Namun setelah mencuba pelbagai cara seperti memerah kerap untuk mengosongkan payu dara, memastikan pelekapan betul, penyusuan terus yang kerap, mengurangkan tekanan/ stres, mengamalkan pemakanan seimbang dan sebagainya, opsyen terakhir yang boleh dilakukan ialah mengambil makanan atau minuman sebagai milk booster.
Puan Nad Masrom telah berkongsi tentang tentang 1 resepi milk booster yang boleh dikongsi. Ia juga boleh dijadikan dalam bentuk uncang agar proses penyediaan/ membancuh mudah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Mak teringin nak minum air yang orang selalu cakap boleh jadi milkbooster tu.
Tapi mak saya bukan menyusu. Dia cuma suka minum air tu bila saya pernah bawa pergi hospital masa mak kena warded.
Bila saya balik kampung, saya rebuskan semua (kurma merah, kurma hitam, buah longan, gula madu, goji dan rose bud). Saya hidang panas-panas. Bukan mak je suka, ayah dengan adik ipar pun suka.
Cuma mak suka bila minum yang panas-panas. Mak tak suka yang dah sejuk. Bila rebus banyak, yang lebih tu nanti sejuk. Bila panaskan balik, rasanya dah kurang ‘segar’.
Mak request nak set ni yang dah siap packet (macam 3 in 1 tu). Tinggal tuang air panas je.
Sebab nak tunaikan permintaan mak, kami anak-beranak ni belilah semua set ni kat kedai ubat berhampiran. Mak memang dah kenal rapat dengan tuan kedai tu, Lim.
Kami pun cakap nak buat macam ni sekian-sekian. Jadi Lim pun bantu sediakan bahan-bahan.
POTONG KECIL BAHAN
Balik tu kami berjemaahlah buat. Potong kecil-kecil (kurma merah, kurma hitam, longan). Lepas tu rose bud tu kami letak dalam bekas uncang teh dan lipat je.
Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul. Gigih betul nak siapkan set 3 in 1 untuk mak. Tukul besi semua keluar (boleh je nak guna gula batu tapi kami nak buat special untuk mak).
Lepas tu kami cuba lah minum. Fuhhhhh… Sedap dan menyegarkan. Ayah pun suka. Tengah tidur siap terjaga nak minum juga.
TINGGAL TUANG AIR PANAS JE!
So bolehlah saya balik Kulai dengan tenang. Mak tinggal tuang air panas je bila-bila nak minum. Nak bawa pergi mana-mana pun dah senang.
Dengar kata mak-mak menyusu suka minum juga ya?
KOS HANYA RM30
Yang bertanya tentang uncang teh beli di mana, saya beli di kedai ubat juga. Kos pula? Semua ni RM30, saya beli setiap jenis RM5 sebungkus (boleh request nak berapa ringgit nanti mereka timbangkan).
Dan dengan kos RM30 tu saya dapat buat 40 packets 3 in 1 ni. Setiap pack tu anggaran 5g. Mungkin ada yang lebih murah, boleh survey dahulu.
Nota kaki: Mak dan ayah ialah mak mertua dan ayah mertua saya. Mak dan ayah sendiri dah lebih 10 tahun meninggal dunia. Saya tak menjual produk ni dan buat ni sebab nak gembirakan mak dan ayah mertua je. Sekian.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- Gula madu
- Longan
- Kurma hitam
- Kurma merah
- Rose bud
- Goji

CARA MEMBUATNYA
#1 Mula-mula rose bud diramas-ramas sebelum dimasukkan ke dalam uncang teh.
#2 Rose bud yang diramas tadi dimasukkan ke dalam beg uncang teh.
#3 Kemudian semua bahan yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam uncang tadi. Puan Nad menerangkan yangtujuan bahan-bahan dipotong kecil adalah supaya ia mudah kembang dalam air panas. Kalau tak nak potong kecil pun tak apa. Tapi kena rebuslah sampai menggelegak.

#4 Ini adalah bahan untuk satu hidangan.
#5 Bahan yang digunakan dapat menghasilkan 40 paket. Mama boleh diletak di dalam balang begini untuk menjamin kesegarannya.

CARA MEMBANCUH
Cara bancuh:
1.Letak dulu potongan kurma merah, kurma hitam, longan dan goji dalam cawan. Kemudian tuang air panas.
2.Tambahkan gula madu. Kalau tak nak gula pun tak apa. Gula madu ni rasa manis-manis buah je.
3.Dah larut semua, letaklah uncang rose tadi. Siap!
Sumber: Nad Masrom
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senangnya Nak Buat Bebola Ayam Homemade Ni, Campak-Campak Tapi Sedap!

Makanan ringkas seperti bebola dan sosej selalu jadi kesukaan anak-anak kita. Pun begitu kandungan garam dan gula yang tinggi ditambah dengan pemprosesan bahan yang meragukan membuatkan kita berfikir-fikir untuk membelinya. Apa kata kita buat sendiri untuk anak. Dapatlah kita kawal garam dan gula di dalamnya.
Resipi ringkas tapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah Md Som ini memang sedap. Jom cuba.

Bebola adalah makanan yang ramai diantara kita selalu gunakan dalam menu pemakanan. Yang budak-budak memang suka makan. Nak masak pun senang, setakat goreng pun selalu tak cukup. Campak dalam mee buat rencah, masak sup dan macam-macam la yang menyenangkan para ibu-ibu jadikan sebagai pilihan menu ringkas.
Di sini saya kongsikan cara buat bebola ayam stail campak-campak. Kiranya senang nak buat dan boleh jadi antara projek yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Dan yang paling penting kita boleh kontrol kandungan garam dalam bebola.
Saya gunakan dada ayam frozen yang sudah dibuang tulang. Kita tinggal nak buang kulit sikit saja. Harga lebih kurang dari RM18.50 – RM 23.00 untuk 2 kilo.

Resepi ini dapat banyak juga. Lepas la seminggu nak guna kalau kat rumah saya. Bahan-bahan tambahan lain pula macam jenis sayur dan herba ikut pada kreativiti dan kesukaan anak-anak.
Tekstur resepi ini agak padat sebab saya kisar tanpa tambah air. Jika adunan agak lembut, boleh imbangkan dengan lebihkan tepung jagung dan serbuk roti.
Penggunaan serbuk roti memberikan rasa macam bebola yang beli di kedai. Sebab nampak budak-budak lagi selera nak makan dari hanya guna ayam dan tepung sebagai bahan asas.
1. Dada ayam 2 kilo dikisar halus.
2. Herba kesukaan dan seasoning ( seasoning sebagai pengganti garam )
3. Lobak merah dan daun sup.
4.Tepung jagung 1/2 cawan
5. Serbuk roti 3 cawan ( guna yang asli pun boleh )
6. Telur sebiji ( Lupa nak interprem daaa )

Ini lah rupa lobak merah, daun sup dan telur dikisar halus bersama.
Dah selesai kisar, campak segala bahan bersama. Gaulkan dan imbangkan kepekatan serta rasa yang kita suka. Jika nak guna garam, buat air garam lagi senang untuk kita adjust.
Bulat-bulatkan sebelum di rebus. Untuk tekstur yang agak lembut dan melekit boleh bentukkan semasa merebus.

Rebus sampai yang dah masak akan naik ke atas.
Ini lah rupa yang dah siap digoreng. Adalah sikit rupa macam yang beli kat kedai kannnn.

Jom cuba!
Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



