Kalau bercakap tentang masakan orang dulu-dulu memang cukup rasa dan sangat berbeza dengan zaman sekarang. Kebanyakkan resipi yang ada telah banyak diolah disebabkan masa dan jenis bahan yang sukar didapati di bandar-bandar besar.
Bagi yang rindukan kuih tradisi orang dulu-dulu boleh ikuti resipi karipap rangup di luar tetapi intinya basah di dalam yang dikongsi oleh Puan Azlina Ina ini. Selamat mencuba!
Gerenti sedap sumpah.
Saya memang suka karipap rangup kat luar inti die melt dan tak kering mcm gini.Arwah mak mmg teror betul buat karipap. Tekstur karipap org dulu-dulu ni dia nampak tebal tp kulit die rangup dan kalau mak🤣suke makan kelim yang tepitepi tu abis semua karipap botak tepi hahaha
Karipap orang lama-lama
Bahan-bahan inti kena ikut betul-betul inti karipap kalau tak sedap spoil semua. untuk 1kg tepung ya
Kentang 1 kilo setengah (kupas dan potong dadu rendam sekejap tos)
6 ulas bawang merah india
4 ulas bawang putih
Hiris nipis dan tumis dengan minyak sederhana jangan banyak sgt dalam 1/2 cawan mcm tu. Bila dah agak garing masukkan 2 peket kecil rempah kari babas yang gambar ikan warna kuning, tumis sekejap dan masuk kan air sikit kacau2 sampai naik minyak.
Masukkan daun kari dan kacau sebati. Ok masukkan daging atau ayam kisar (cincang) kalau taknak pun tak apa. Dah sebati dengan rempah masukkan kentang tadi tambah air agak-agak ikut kentang jenis apa kalau mak suka tambah sikit demi sikit sampai empok kadangkan ada jenis kentang cepat empuk. So kurang air tambah dan korang picit-picit la tgk empuk ke belom.
Kalau dah empuk perisakan dengan garam dan bahan perasa,mak tambah juga 4-5 sb gula mak suka letak gula manis2 sket sedap. bia kering sket tp jgn kering sgt tau tak sedap. Ceduk dan masuk chiller sekejap nanti dia bile sejuk dia tak kering.
Bahan doh;
1kg tepung gandum
Masuk dalam bekas besar dan lubangkan di tengah. Letak 1 biji telur 3 sb majerin (boleh ganti shortening juga mak ikut betul-betul resepi arwah mak dah dulu mana ade shortening bagaikan😂)dan sedikit garam
Sementara tu panaskan 1 cawan minyak masak panaskan betul-betul tau. Tuang dalam lubang yang korg buat tadi kacau laju2 jangan pulak guna tangan🤣 melembong nanti. Ok dah setel kacau elok dah tu korg tambah air sket2 sambil uli klau mak td dalam 1 cawan setengah air.kire cawan korg mak xtau saiz jd selamat korg tambah air sket2 dan uli.
Korg bia kan sekejap ttup la dgn piring ke dgn tudung periuk ke dalam 10 mnt. pas tu baru bentuk kan dan isi inti.goreng dgn api sederhana🥰🥰 kalau nak buat frozen korg boleh la goreng sekejap dan simpan🥰🥰🥰
Semoga bermanfaat dgn bahan2 yg mudah tau🥰🥰mak kelim pn pakai tgn je hahaha sebab tu besar2 sket😂😂 makan satu kenyang hahhahaa. Tips kelim kalau taknak tebukak korg kene tarik tepi2 dia tu bila dah cantum dua dan tekan2 bg tejuih mcm tu hehe baru tekan dan kelim jarang tebukak masa goreng.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Tapi ia tidaklah semudah disangka. Usah bimbang, ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.
Antara cabaran utama ibu-ibu dalam melakukan penyusuan eksklusif adalah untuk memastikan bekalan susu mencukupi bagi memenuhi keperluan si manja.
Tetapi, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengambilan makanan penggalak susu yang sihat dan berkhasiat.
Dalam perkongsian artikel ini, ikuti resipi yang sedap dan paling penting berkhasiat untuk ibu. Dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan bekalan susu badan untuk bayi.
5 resipi makanan penggalak susu sedap
1. Smoothie epal beri
Minuman ini boleh diambil sebagai sarapan atau snek minum petang. Ia dipenuhi dengan buah-buahan yang kaya protein dan nutrien.
Yogurt Greek adalah sumber kalsium yang hebat dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lama. Ia mengandungi bakteria dan probiotik sihat yang bagus untuk sistem pencernaan ibu dan bayi.
Bahan-bahan:
3 cawan jus epal
2 biji epal, dicincang halus
2 pisang beku, dipotong dua
2 cawan beri biru beku
2 cawan strawberi beku
1⅓ cawan yogurt Greek kurang lemak
Cara membuatnya:
Campur semua bahan dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
Tuangkan smoothie dalam bekas minuman kecil. Sejukkan semalaman dalam peti ais sehingga pekat.
Jangan lupa goncang sebelum minum.
2. Tauhu cili manis dan bijan
Bagi ibu yang sedang mencari menu untuk makan tengah hari, mungkin boleh cuba idea resepi makanan penggalak susu ini.
Ads
Tauhu adalah alternatif daging yang baik dan merupakan sumber kalsium. Biji bijan juga tinggi kalsium, selain menjadi sumber serat dan zat besi.
Sebagai penyeri masakan, anda juga boleh menambah lada benggala. Haa, jangan tak tahu lada ini mengandungi lebih banyak vitamin berbanding buah sitrus!
Bahan-bahan:
600g tauhu lembut, dibasuh dan dikeringkan
2 sudu besar biji bijan
1 sudu kecil bawang putih dicincang halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili manis Thai
1 sudu kecil minyak bijan
¼ cawan daun bawang, dipotong
Cara membuatnya:
Masukkan tauhu ke dalam periuk bersama air sehingga menutupi permukaan tauhu. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api untuk mengekalkan kepanasan tauhu. Panaskan periuk kecil pada suhu sederhana. Masukkan biji bijan dan masak selama 2 hingga 3 minit sehingga dipanggang dengan baik.
Tumbuk menggunakan lesung batu atau lenyekkan biji bijan yang telah dipanggang sehingga menjadi separuh serbuk. Lakukan kaedah yang sama dengan bawang putih.
Satukan biji bijan, bawang putih, kicap, sos cili dan minyak di dalam mangkuk kecil. Angkat tauhu dengan berhati-hati daripada air rebusan dan potong. Letakkan di atas pinggan dan tuangkan sos yang disediakan tadi. Jangan lupa taburkan daun bawang yang telah dipotong. Sedia untuk dimakan!
3. Daging bersama brokoli tumis
Makanan ini penuh dengan nutrien yang menyokong kesihatan ibu dan bayi. Daging lembu dapat meningkatkan tenaga dan merupakan sumber protein dan zat besi yang hebat. Brokoli pula adalah sumber kalsium dan vitamin A yang bagus.
Resepi ini juga sedap dimakan bersama nasi panas!
Ads
Bahan-bahan:
500g daging lembu, dihiris nipis
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
2 sudu besar kicap, dibahagi 2
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu teh halia, dicincang
6 cawan brokoli
2 sudu besar stok ayam/ boleh gantikan dengan campuran air bersama mentega cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 1 sudu besar air
¼ cawan air
Cara membuatnya:
Campurkan daging bersama jus lemon atau limau nipis bersama 1 sudu besar kicap. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Ratakan seluruh permukaan kuali dengan minyak.
Masukkan daging dan biarkan selama 1 minit sehingga bertukar kecoklatan tetapi tidak masak sepenuhnya. Keluarkan daging ke dalam pinggan dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan halia ke dalam kuali, tumis selama 30 saat atau sehingga naik bau wangi. Campurkan brokoli dan tumis untuk tempoh seminit atau sehingga warnanya bertukar menjadi hijau terang.
Kemudian, masukkan ¼ cawan air dan tutup kuali. Biarkan selama 2 minit atau sehingga brokoli menjadi lembut.
Campurkan 1 sudu besar kicap, stok ayam dan sos tiram ke dalam kuali. Biarkan ia mendidih dan masak selama 1 minit atau sehingga perisanya bergabung.
Masukkan daging yang telah diketepikan awal tadi ke dalam kuali. Kacau adunan air bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam kuali. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dinikmati!
4. Puding coklat chia
Puding ini sesuai dijadikan sarapan pagi yang lazat atau pencuci mulut enak. Ia juga makanan penggalak susu terbaik untuk dimakan. Makanan ini turut tinggi kandungan protein dan dapat membuat ibu berasa kenyang.
Bahan-bahan:
Ads
1 cawan susu lembu
6 sudu besar biji chia
¼ cawan madu
2 sudu besar serbuk koko
⅛ sudu kecil garam
1 sudu kecil ekstrak vanila
Pilihan untuk topping: buah beri, cip coklat atau kacang
Cara membuatnya:
Masukkan susu, biji chia, madu, serbuk koko, vanila dan garam ke dalam mesin pengisar. Mulakan kisaran tahap rendah sebelum menukar kepada kisaran lebih tinggi, sehingga campuran bahan-bahan menjadi halus dan sebati.
Puding ini harus mempunyai konsistensi pekat dan ia sedia untuk dinikmati bersama pilihan topping anda.Jika mahukan puding yang sejuk, tuang kisaran ke bekas dengan penutup dan sejukkan dalam peti ais. Sejukkan untuk tempoh 3 hingga 4 jam sebelum dimakan.
5. Booby bites
Snek ini bagus sebagai makanan peningkat tenaga segera. Tambahan pula ia mengandungi bahan seperti oat dan biji rami yang dapat menggalakkan susu.
Bahan-bahan:
1 cawan oat
½ cawan mentega kacang
½ cawan biji rami
⅓ cawan madu
½ sudu besar ekstrak yis
1 sudu kecil ekstrak vanila
½ cawan cip coklat mini
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan kering: oat, biji rami, cip coklat dan ekstrak yis. Masukkan mentega kacang, madu dan vanila. Gaul rata. Sejukkan adunan untuk tempoh sejam.
Keluarkan daripada peti ais dan bentukkan menjadi bebola kecil. Sudah boleh makan!
Baki bebola itu boleh disimpankan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan kembali ke dalam peti ais. Snek ini boleh tahan sehingga 2 minggu!
Selamat mencuba resepi yang dicadangkan di atas. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang berusaha melakukan penyusuan eksklusif!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang suka makan bihun sup? Dihidangkan pula dengan hirisan daging dan sambal kicap. Sememangnya kombinasi yang cukup padu. Jika dah bosan makan nasi, ini antara pembuka selera seisi keluarga.
Resipi kali ini adalah bihun sup tumis darat. Cara buatnya ringkas je tapi rasanya sangat kaw. Tabur pula dengan bawang goreng yang dibuat sendiri, lagi bertambah sedap.
Nak tahu macam mana buatnya, ini resipi yang dikongsikan oleh Teratak Eja. Jemput la mencuba.
Resepi kuah sup tumis darat
Dalam periuk
Sekilo daging potong besar-besar
2 inci halia
1 inci Lengkuas
3 biji bawang merah dimayang
10 biji bawang putih
Rempah bunjut sup tulang
Air secukupnya. Masak macam biasa sampai daging empuk.. Guna api perlahan je. Reneh sup sampai daging cukup masak.. Boleh letak garam, aji, asam keping dan cukup rasa.
Potong nipis-nipis daging bila dah betul-betul empuk.
Sambal kicap
Dalam ni ada.. Kicap, garam, gula, cuka, cili, bwg merah dan bwg putih yang dah siap digoreng sampai layu..
Untuk tumis darat
Minyak untuk menumis
3 biji bawang merah mayang
1 labu bawang putih mayang
4 sekawan, yang ni dah ada dalam rempah sup tulang tu.. Amik je tumis sekali dengan bawang nanti.. Goreng sehingga warna perang.. Angkat dan masukkan dalam periuk berisi daging tadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Selain nasi, lempeng adalah makanan yang mudah disediakan buat anak. Malah struktur lempeng juga lebih mudah dipegang membuatkan anak lebih selesa untuk makan sendiri.
Bukan lempeng pisang biasa tetapi Lempeng Berlauk yang dikongsikan oleh ibu, Rarra Sakura ini buat anak kembarnya memang awesome. Ilham kreatif bagi anak yang tidak mahu makan nasi.
Lempeng Nasi Berlauk namanya. Hari-hari mommy perah idea tau. Arini mommy terpikir nak buat lempeng nasi tapi full nutrien. Mommy rasa nak lompat tinggi sebab lempeng abis twins makan.
Sebenarnya twins suka je nasi tapi depa reject bila nasi yang solid molid tu dihidangkan depan mata. Dia punya geram nak sepahkan. Bila suap dia luahkan dan kutip balik sebab nak suap sendiri. Tapi tak pe, bila nasi tu kita kreatifkan…elok je depa makan. Ok jom tengok cara mommy tipu twins.
1 cawan nasi
1 cawan tepung
1 cawan 1/2 air diblend (tak perlu hancur sangat)
Rebus brokoli dan karot sekejap je. Pastu potong-potong. Manakala baby spinach just potong-potong je.
Sediakan jugak ayam rebus atau ayam goreng atau daging. Potong halus. Bagus guna part dada.
Campur semua bahan dan gaul sebati. Panaskan kuali, leser minyak sikit. Ambil sesenduk batter, buat macam lempeng.
Lepas tu bila dah masak, potong halus or dadu. Bagi je anak makan sambil di pantau oleh parent. Insyaallah dia suka, tak luah dan HABIS..
Selamat mencuba mom & dad.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.