Bersempena dengan musim cuti persekolahan, Pusat BeliBelah Alamanda Putrajaya akan menganjurkan Karnival VIKids yang bakal berlangsung mulai 18 Februari sehingga 12 Mac. Karnival ini bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan yang menyeronokkan selain dari aktiviti fizikal untuk kesemua ahli VIKids.
Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunya tema yang berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda. Ruang legar utama tersebut bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana yang selaras dengan tema sesi cuti persekolahan.
Banyak Aktiviti Menarik, Dapat Gula-Gula Kapas Percuma!
Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” selain dari peluang untuk bermain permainan arked dan taman tema seperti bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan.
Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang akan diedarkan secara percuma.
Ahli VIKids Berpeluang Menang Hadiah Wheel of Prizes
Ads
Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada. Tebusan pas juga adalah terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari. Setiap Pas Karnival akan di label setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”.
Terdapat banyak hadiah yang sedia untuk dibawa pulang. Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas.
Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas yang boleh dibuat di mana-mana kedai terpilih, ibu bapa boleh membuat tebusan hadiah kejutan untuk anak-anak mereka. Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.
Pelbagai Persembahan Menarik Menanti
Ads
Karnival VIKids juga akan dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda apabila persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan kepada para pengunjung pada hujung minggu. Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata, selain dari aktiviti ukiran belon yang bakal dibentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti. Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu.
“Ekoran sekatan yang disebabkan oleh Covid-19, pihak kami terpaksa menamatkan tempoh karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 yang lalu selepas 5 hari. Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah yang berganda yang mana kesemua pengunjung kanak-kanak akan menjalankan aktiviti yang disediakan dalam suasana sebuah karnival.
Ads
Karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan. Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini akan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan,” tambah Brien.
Terbuka Untuk Kanak-Kanak 5-12 Tahun
Keahlian VIKids percuma untuk setiap perbelanjaan serendah RM50! Kanak-kanak yang belum mempunyai keahlian VIKids boleh membuat pendaftaran melalui perbelanjaan yang dilakukan dengan nilai serendah RM50 melalui mana-mana dua resit di kedai-kedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya.
Selain daripada menjadi satu medium khusus untuk menggalakkan aktiviti fizikal yang sihat dikalangan kanak-kanak, Kelab VIKids juga komited untuk meningkatkan tahap pencapaian ilmu pengetahuan disamping menjadi ruang untuk kanak-kanak menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. Keahlian VIKids terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun.
Sebarang informasi terkini yang akan dijalankan di Pusat Beli-Belah Alamanda, hadiah alu-aluan serta hadiah promosi hari jadi selain dari promosi eksklusif pusat beli belah akan diwartakan kepada setiap ahli yang berdaftar.
Dengan ini pihak pengurusan Alamanda menjemput kesemua pengunjung untuk berkunjung ke pusat beli belah sewaktu tempoh Karnival VIKids! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kaunter pertanyaan di talian 03-8888 8882 atau layari laman sesawang www.alamanda.com.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merajuk sudah umpama perkara biasa bagi seorang anak kecil yang bila kemahuannya tidak dituruti. Seorang kanak-kanak lelaki yang mahu lari dari rumah gara-gara merajuk dengan ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya anak kecil itu yang membawa beg sandang terus menaiki basikalnya di hadapan rumah dan mengugut ibunya untuk keluar.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna Tik Tok @yusmalisa_shazrenda, gelagat anak kecil itu yang sedang mengemas pakaian di dalam begnya konon ingin lari dari rumah amat menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian dari video ibunya, ini merupakan kali ketiga drama anaknya mahu lari rumah dalam minggu yang sama. Comel!
“Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia,” tulis ibunya di kapsyen.
“Can you not make fun of me” kata anak kecil itu.
Paling menarik perhatian pastinya beberapa pesanan ibunya ketika hendak keluar rumah. Bukan itu sahaja, bahkan gelagat ibunya yang memujuk anak kecil itu dalam pelbagai cara menarik perhatian ramai. Memang kelakar.
Anak kecil itu yang dikenali sebagai Qasy Qaider dilihat nekad menaiki basikal di hadapan rumah dan membuatkan ibunya mengejar sambil merakam gelagat anaknya.
Selepas pujukan demi pujukan serta bermacam-macam janji yang ditaburkan termasuklah membelikan PlayStation 5, akhirnya drama lari dari rumah berjaya ditangani. Si cilik akhirnya berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.
Video drama lari dari rumah ini sehingga kini mendapat 748K jumlah tontonan, dengan 60K tanda suka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat drama dua beranak itu yang menarik perhatian ramai.
Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi, tentu ibu ayah merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti.Tentu kena fikir bajet sekali. Baru-baru ini, Pusat Sains Negara telah mengumumkan memberikan kemasukan secara percuma kepada orang ramai yang datang ke sini. Jika sebelum ini dikenakan bayaran tertentu, promosi ini dikatakan bakal menggamit kedatangan pengunjung yang ramai setelah cuti sekolah bermula!
Kepada yang belum pernah datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menjelajah bersama anak-anak di bangunan yang merupakan sebuah mercu tanda kebangsaan melalui rekabentuknya yang unik dan saintifik.
Apa yang menariknya aktiviti seumpama ini dapat menyumbang kepada perkembangan kognitif, sosial dan kesihatan emosi anak. Terdapat ruang khas iaitu aras satu untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah melakukan aktiviti ‘hand on’ yang memberi pengalaman yang berharga kepada anak anda. Selain ia aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada anak, ia akan merangsang daya kreativiti anak anda. Malah, persekitaran yang nyaman dan luas membuatkan anda dan anak-anak selesa bergerak.
Apa itu Pusat Sains Negara?
Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasminya pada 29hb November 1996 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Lokasinya di kelilingi kehijauan semulajadi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bangunan Pusat Sains Negara menyerupai sebuah kon yang terpotong di kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesi. Ia Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, institusi ini diharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah masyarakat termasuk kanak-kanak.
Bahan pameran yang terdapat di Pusat Sains Negara ini terdapat dua bahagian utama iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai keagamaan, alam sekitar, dan aspek-aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.
Pusat Sains Negara menyediakan beberapa jenis aktiviti/eksperimen “hands-on” yang berasaskan permintaan dan tempahan daripada sekolah atau tadika.Ia antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak bawah usia enam tahun.Terdapat beberapa program untuk anak-anak termasuk Program Prasekolah, Program Sekolah Rendah dan Program Sekolah Menengah.
Program Pra Sekolah untuk anak usia empat hingga enam tahun
Ia memberi pendedahan melalui beberapa aktiviti sains yang mudah serta pengenalan dalam bidang sains kepada kanak-kanak tadika yang berumur empat hingga enam tahun. Ini akan merangsang minat anak-anak kecil dalam bidang sains serta memahami konsep sains sambil belajar, bermain dan berfikir.Ia dijalankan dengan konsep lakukan, perhatikan, menerangkan konsep dan belajar terma-terma sains. Program ini dijalankan dalam persekitaran yang menarik serta cara pembelajaran yang tidak formal dan menyeronokkan.
Waktu beroperasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu hingga Khamis / tutup pada hari Jumaat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
6 Jun 2025 Sejak dua hari lalu, nadi Malaysia mula bergetar dengan rasa rindu dan cinta tanpa syarat. Aidiladha semakin dekat, dan seperti biasa, jutaan anak perantauan mula bergerak pulang ke kampung halaman. Bukan sekadar untuk menyambut perayaan, tetapi untuk memeluk ibu, mencium tangan ayah, dan menjejak kenangan yang selalu hidup dalam ingatan.
Lebuh raya utama seperti PLUS, LPT, dan Pantai Timur Expressway mula mencatat kesesakan luar biasa sejak malam 5 Jun, menurut laporan media tempatan. Ramai yang sanggup memulakan perjalanan seawal jam 3 pagi, hanya untuk mengelak kesesakan. Tetapi tahun ini, nampaknya jalan tetap sesak walau pukul berapa pun keluar. Ada yang tersangkut lebih 7 jam, tapi wajah tetap tenang kerana setiap kilometer yang dilalui, membawa mereka lebih dekat kepada pelukan keluarga.
🛣️ Jalan Sesak, Tapi Rasa Berbaloi
Di stesen minyak, perhentian R&R, dan gerai pinggir jalan, suasana penuh dengan senyum letih, tapi puas.
“Dari Johor ke Taiping ambil masa 9 jam, tapi bila sampai rumah, mak tunggu kat depan dengan air tangan dia… terus hilang semua letih.”
Gerai lemang dan rendang juga tak menang tangan. Di Hulu Langat, Gombak, dan Kuala Pilah, penjual lemang melaporkan peningkatan jualan hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu. Rakyat Malaysia mungkin sibuk, tapi bila tiba bab lemang, ketupat dan daging korban, semuanya tak kedekut masa atau duit.
💖 Aidiladha: Tentang Korban, Tentang Kembali
Aidiladha bukan sekadar perayaan sembelihan. Ia tentang korban yang kita buat setiap hari masa, jarak, kerjaya untuk orang yang kita sayang. Bagi sesetengah anak, inilah satu-satunya masa setahun mereka boleh pulang, duduk di tikar ruang tamu yang sama sejak kecil, makan dari pinggan yang pernah dipegang masa zaman sekolah dulu.
Ada yang pulang tanpa ayah yang dulu menunggu di pagar, atau ibu yang biasa sambut di dapur. Tapi semangat Aidiladha tetap menyatukan, dalam bentuk tahlil, doa, dan kenangan yang hidup selamanya.
🎒 Dari Kota ke Desa: Sebuah Kembara Jiwa
Anak-anak kecil turut teruja. Mereka mungkin tak faham makna korban sebenar, tapi mereka lihat bagaimana ayah dan ibu bersusah payah, mengheret beg besar, memasang Waze, tahan lapar dalam trafik dan dari situ mereka belajar satu perkara: erti keluarga.
Aidiladha 2025 ini, walau jalan sesak, ramai yang setuju: perjalanan balik kampung adalah antara ‘korban’ paling manis yang kita sanggup lakukan. Kerana akhirnya, bukan destinasi yang buat kita bahagia tetapi siapa yang menyambut kita di hujung jalan itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.