Anak-anak ibarat kain putih, jika didikan yang baik bermula dari rumah pastinya mereka akan membesar menjadi anak penyejuk mata hati. Sebab itu dalam Islam digalakkan ibu bapa menjadi contoh dalam semua perkara.
Begitu juga dalam bab mengajar tanggungjawab kepada anak-anak. Jika anak yang besar mereka perlu dilatih bertanggungjawab menjaga dan menyayangi adik beradik. Ikatan kasih sayang ini akan menjadi landasan perhubungan kekal walaupun kedua ibu bapa sudah dijemput ilahi.
Situasi ini dapat dilihat pada beberapa gambar yang dikongsikan di FB Masjid Sharifah Fatimah dimana terlihat seorang abang yang begitu setia menjaga adik ketika ayah menunaikan solat. Sebak sungguh lihat kasih sayang dua beradik ni!
Kasih seorang Abang pada adik.. Sepanjang solat tarawih berlangsung, si abang sentiasa berada di sisi menjaga dan menenangkan adiknya sementara menunggu ayahnya selesai solat.
Semoga Allah mengurniakan si anak dengan kebaikan dan keberkatan mendengar ayat-ayat suci Al Quran dan berada di rumah Allah SWT.
Berikutan ramai yang risaukan mengenai keselamatan anak ini, pihak masjid memaklumkan pihak unit keselamatan masjid ada di setiap belakang saf memantau keadaan dalam masjid manakala di luar masjid di setiap pintu ada anggota rela yang menjaga keluar masuk jemaah.
Pihak media juga mengawal melalui CCTV di kawasan masjid. Dan pada waktu ini juga, ayah kepada anak-anak berada di sebelah bayi tersebut semasa bersolat.
Sejuk tengok kasih sayang abang pada adiknya yang begitu setia menjaga adik. Adik pula baik sangat dan seolah-olah memahami situasi pada waktu itu. InsyaAllah jika niat yang baik, pasti Allah mempermudahkan urusan.
Moga anak-anak kita juga boleh membesar dalam suasana yang baik dan sentiasa dibiasakan ke masjid sejak kecil dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin Ya Allah..
Kredit: FB Masjid Sharifah Fatimah
BACA [Anak Membesar Dengan 4 Gaya Parenting Ini, Beri Kesan Pada Masa Depannya!]
BACA JUGA [Pakar Ingatkan Marah Sekalipun Dengan Anak, 10 Pantang Larang Ini JANGAN Buat!]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI