Pada musim cuti sekolah inilah masa yang sesuai bagi melakukan pelbagai aktiviti kerana anak yang bersekolah bercuti panjang. Biasanya kebanyakan ibu bapa mengambil kesempatan untuk sunatkan anak lelaki.
Sebelum pandemik Covid-19, ramai ibu bapa akan daftar anak lelaki dalam program sunat beramai-ramai di surau atau masjid di kawasan perumahan. Namun, kini mungkin lebih baik anak bersunat di klinik sahaja.
Apa yang menarik perhatian ramai, video dikongsikan oleh erniealwin menunjukkan abang yang bersunat itu dijaga oleh adiknya. Paling sebak apabila melihat abang menangis, adik pun turut sama menangis.
Bukan itu saja, si adik seolah-olah faham kesakitan yang dialami oleh abangnya. Siap ambil sapu tangan lap air mata abang. Nampak begitu akrab sekali mereka berdua. Kita yang tengok pun boleh menitis air mata.
“Orang kata cubit peha kanan, peha kiri terasa kan..dan bila abang yang sakit baru lepas bersunat menangis, si adik pun menangis sama. Tak nak berganjak nak jaga abang dia.”
Tips Luka Bersunat Cepat Elok
Jika anda salah seorang ibu bapa yang bakal membawa anak sunat tidak lama lagi, tips ini mungkin dapat membantu anda. Hari ini kami akan kongsikan beberapa tips penjagaan anak lelaki sunat supaya cepat sembuh yang boleh diamalkan di rumah. Ada 3 tips yang anda perlu tahu iaitu:
- Buka balutan selepas 2 hari- Namun, ibu bapa perlu pastikan hujung lubang zakar anak dibasuh dengan bersih setiap kali selepas membuang air kecil.
- Cuci luka selepas 2 hari -Selepas buka balutan sunat, lukanya perlu dicuci dengan rapi. Pastikan anda mencuci luka menggunakan cecair normal saline dan cucian haruslah dibuat 3 hingga 4 kali sehari. Selepas cuci, pastikan luka dilap kering untuk kurangkan risiko jangkitan.
- Jangan kopek atau tanggalkan keruping luka -Semasa mencuci luka, pastikan ia tidak digosok atau disental dengan kuat. Keruping luka akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci atau terkena air semasa mandi.
Selain itu, salah satu masalah yang sering timbul sehingga merunsingkan ibu bapa selepas anak bersunat ialah zakar anak membengkak. Selepas sunat, ia menjadi kebiasaan untuk zakar anak bengkak sedikit. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu peka dengan beberapa perkara ini untuk menilai sama ada anak alami jangkitan atau tidak iaitu:
- Bengkak yang telalu besar
- Ada cecair likat seperti nanah
- Anak mengadu rasa sakit dan berdenyut
- Terasa sakit semasa buang air kecil
- Kawasan luka berdarah
- Demam
Jika anak ada tanda-tanda berikut, ibu bapa perlulah bawa anak segera jumpa doktor bimbang ia adalah jangkitan.
Kredit: erniealwin via Kepala Berputar & rumahkhatan.com
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI