Mawar Rashid baru melahirkan bayinya, Raden Muhammad Rafael. Setelah melalui sendiri proses kehamilan & kelahiran, fasa baru menjadi ibu menjadikan dia begitu bahagia.
Mawar dalam Instagram memuatnaik gambar dia dan suaminya bersama bayi mereka, Raden Muhammad Rafael yang lahir pada 13 Mac 2019 yang lalu.
Mawar juga bersyukur kehadiran suaminya, Raden Ahmad Faizal sebagai suami dan bapa kepada anaknya. Dia mengakui setelah memiliki anak bersama, rasa kasih dan sayang terhadap suaminya makin mendalam.
SUAMI DI SEBELAH KANAN & IBU DI SEBELAH KIRI SEMASA PROSES KELAHIRAN
Mawar juga turut menyampaikan penghargaan buat ibu dan suaminya yang sentiasa ada disisi memberikan sokongan dan semangat sepanjang proses kelahiran Raden Muhammad Rafael dari awal hingga akhir.
Ads
FAMILY OF 5
Mawar juga kelihatan sangat bahagia penuh kesyukuran selepas pulang ke rumah. Akhirnya keluarga yang dibina bersama Raf Yaakob kini sudah berlima termasuk dua anak Raf daripada perkahwinan pertamanya iaitu Raden Ahmad Rayyan 8, Raden Seri Raysaa Chanela, 4.
Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui.
Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi.
Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
Muka menjadi merah.
Mata berair, bengkak kelopak mata.
Mulut gatal, bengkak bibir.
Tekak perit.
Hidung berair.
Nafas termengah-mengah, batuk.
Loya dan muntah.
Sakit perut.
Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit.
RAST (Radio Allergosorbent Test).
Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
Berasa takut.
Muka menjadi merah.
Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
Tekak berasa perit.
Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
Loya dan muntah.
Sakit perut.
Pening.
Tekanan darah rendah.
Denyutan jantung cepat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera.
Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
Antihistamines.
Adrenaline.
Steroid.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.
Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta. Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk).
Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.
Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan.
Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.
Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak.
Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.
Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Contohnya:-
Albumin.
Globulin.
Ovalbumin.
Vitellin.
Lysozyme.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama walaupun masih belum mampu mengangkat dan memegang Muhammad Syahmi tetapi air mata dah membuktikan segalanya. Walaupun tak mampu nak ucapkan sayang hanya linangan air mata dah mengambarkan kerinduan yang tak tertanggung oleh Nur Fadilla.
Detik ini antara yang sentiasa ditunggu oleh seorang anak dan ibu untuk berjumpa. Betullah orang kata kasih sayang seorang ibu segala-galanya buat seorang anak.
Walaupun mama Syahmi hanya baring di katil tetapi setiap kali melihat anaknya seolah-olah Fadila dapat satu kekuatan dalam dirinya.
Menerusi perkongsian kakak Nur Fadila, Hasirah Nujiey menurut doktor yang merawat Nur Fadilla di ICU, tangisan Syahmi mungkin boleh memberi kekuatan pada mamanya untuk kembali sembuh biarpun ambil masa yang lama.
Setakat ini Fadilla menunjukkan perkembangan positif dan mula melakukan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya.
Walaupun nampak seperti susah sedikit tetapi semangat dalam diri Fadilla kuat untuk melawan sakitnya.
Berikut perkongsian Hasirah mengenai keadaan Fadilla
09.04.2019 ( hari ke 145 )
PERTEMUAN KALI KEDUA
Alhamdulillah..
Moklaa tunjuk kan perkembangan positif…
Hari ni biar kan muhammad Syahmi meratapi dgn tangisan disisi mama… Agar mokla kuatkan semangat utk sembuh… Kedua2 mereka menangis tnpa batasan…
Dengarlah tangisan ank mu moklaa.. Die perlukan dakapan dan ciuman dari mu… Kuatkanlah diri mu utk kesembuhan…
Seminggu sekali Muhammad syahmi kena peluk mama.. Sbb doc nk tgkk reaksi otak moklaa bila selalu berjumpa anknya…
Semoga Allah turunkan keajaiban utk kesembuhan moklaa..
16.04.2019 ( hari ke 152 )
PERTEMUAN KALI KETIGA
Ibu & anak…
Syukur yA Allah… Terima kasih pd semua yg tak putus2 mendoakan kesihatan mokla….
Perkembangan positiff mokla tunjukkan… Alhamdulillah sgt2… Mokla masih lg kat wad ICU INTAN.. Doc masih nak pantau kesihatan moklaa..
Hari ni adik ikut mama kebilik fisio.. Sampai adik tertido.. Moklaa still ngan air mata… Setiap minggu ada saje perubahan dari moklaaa…
First time mokla berdiri ( guna katil khas) Berusaha la duhai adikku.. gagahilah dirimu utk kau memeluk anakmu… Kami sentiasa disisimu… Kuatlah demi ank dan suami mu…
Semoga mokla cepat sembuh…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Garam epsom memang bagus untuk anak yang kurang sihat. Bila anak demam, batuk dan selesema sesuai sangat buat. Kalau anak susah makan ubat ada usaha lain yang boleh kita lakukan untuk merawat masalah ini.
Antara caranya adalah dengan rendam anak dalam air garam epsom atau epsom salt. Garam mineral ini sebenarnya punya banyak manfaat untuk kesihatan. Kalau nak anak cepat tidur, kurang meragam pun boleh guna kaedah ini.
Garam Epsom Bagus Untuk Anak Tak Sihat
Tapi jangan makan ya, sebaliknya berendam dalam air garam ini. Kalau tiada bath tup guna baldi pun boleh. Khasiat garam epsom ini dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan.
Banyak manfaat garam epsom, semua rumah kena ada. Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam. Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selesema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Rendam Anak Dalam Air Garam Ini
Dalam garam epsom ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu. Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak.
Magnesium penting untuk;
1. Tidur anak yang baik 2. Perbaiki mood anak 3. Lebih fokus 4. Kuatkan tulang dan gigi 5. Berikan energy secukupnya untuk anak 6. Sihatkan otot dan saraf 7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain 8. Tingkatkan imuniti badan anak
Selepas anak bermain waktu petang, rendam anak dalam bath tub. Kalau tak ada bath tub boleh guna baldi. Kalau biasanya anak meragam tapi lepas rendam dalam garam epsom laju sahaja anak masuk tidur. Anak sudah kurang meragam.
Garam epsom ini untuk 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.