Meskipun bukan anak kandung sendiri, namun kasih sayang yang ditunjukkan oleh penyampai radio, Issey tidak pernah berbelah bagi buat tiga anak tirinya.
Malah keikhlasan yang ditunjukkan Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 34, buat ketiga-tiga anaknya seringkali mendapat pujian ramai.
Malah menurut kata Issey, dia tidak pernah membezakan-bezakan anak kandung dengan tiga anak tirinya kerana sudah merasakan mereka sebahagian darah daging sendiri.
Kasih dan sayangnya buat tiga cahaya matanya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah tetap sama seperti anak kandungnya sendiri, Faaeq Fathian.
“Saya tak pernah anggap mereka anak tiri, saya anggap macam darah daging sendiri. Mereka tiada bapa dan sayalah ayah mereka malah saya sentiasa ingatkan untuk doakan ayah kandung mereka.
“Kasih sayang pula saya bagi sama rata, memang tak ada beza langsung.
Artikel menarik: Budak Ni La Selalu Panjat Muka Daddy, Issey Kongsi Wajah Anak, Tahu-Tahu Dah 7 Bulan
“Alhamdulillah ini anugerah Allah yang sangat saya syukuri,” katanya berkongsi dalam satu temubual ringkas mengenai anaknya.
Malah meninjau di Instagram, bapa penyayang ini seringkali berkongsi keakrabannya bersama empat anaknya yang sentiasa menjadi peneman setianya.
“Kenalkan. Kawan baik saya. Qasyah, Qayyum, Umai dan Fathian,” tulisnya dalam satu entri tidak berapa lama dulu.
Keempat-empat peneman inilah yang membuatkan kehidupan penuh warnanya bersama isteri tercinta, Noor Aimi Jamel.
Terdahulu, Issey mendirikan rumah tangga bersama Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 yang juga seorang ibu tunggal dengan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan allahyarham suaminya.
Issey dan Aimi kemudiannya dianugerahkan dengan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 31 Ogos 2021.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Mstar