Batuk dan selesema adalah dua masalah yang pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi.

Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus. Disebabkan masalah ini ia boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.Pasti ibu bapa akan berasa risau kerana bayi masih belum pandai untuk mengeluarkan kahak sendiri.

Jadi, sebab  itulah ada ibu bapa yang sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas dan lemas.

Kasihan Anak Asyik Batuk, Selesema. Perkara Pertama Pastikan Rumah Bebas Habuk Dulu

Cara Keluarkan Kahak Bayi

IKLAN

Mandikan bayi dengan air suam untuk memberi keselesaan pada bayi anda.

Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.

Sedut menggunakan tiub penyedut hingus. Boleh di dapati di farmasi.

IKLAN

Wapkan bayi. Caranya, masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.

Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-perlahan sambil menepuk seluruh kawasan badan bayi anda.

Pencegahan

IKLAN

Hidung bayi sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi.

Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi  anda dengan baju yang lebih tebal.

Bayi memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi daripada bau asap rokok dan asap lain.

Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk. Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.

Sumber: www.wom.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI