Benar, ada diantara kita yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari. Semuanya kerana terpaksa bangun awal untuk sampai tepat masa ke sekolah sekitar jam 7.30 pagi.
Hal inilah yang dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk memulakan sesi persekolahan sedikit lambat iaitu sekitar jam 8 pagi.
Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Katanya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi.
“Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal pukul 6 pagi untuk ke sekolah.
“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah katanya lagi, langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini lebih kepada bergegas ke sekolah.
“Sekiranya kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi,” katanya.
Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula pukul 7.30 pagi.
Pun begitu, cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada ibubapa. Ada yang menerima saranan positif itu malah memberi lebih ruang yang lebih selesa untuk ibubapa sebelum bergegas ke tempat kerja.
Namun ada pula yang kurang bersetuju untuk dengan alasan akan memberi kesan kepada waktu bekerja ibu dan bapa. Ini pula diantara reaksi ibu bapa yang meninggalkan pelbagai komen di Kosmo Online.
Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Kredit: Kosmo Online