Ternyata ibu bapa yang ada anak bersekolah masing-masing teruja di hari pertama sesi persekolahan setelah sekian lama anak belajar di rumah. Walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan mengikut SOP, semuanya berjalan lancar.

Mungkin sebelum ini kita boleh lihat pelbagai gelagat anak dan ibu bapa menunggu di luar kelas anak Tahun 1 atau tadika, namun kali ini sangat berbeza dan hanya diuruskan oleh guru saja kerana tidak boleh berkumpul.

Bagaimanapun, dalam satu status yang dimuat naik oleh seorang ibu, Siti Nor Fadhilah di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? ceritanya pula berbeza. Bukan adik yang pergi sekolah menangis tetapi abangnya pula yang menangis.

Abang yang sedih adik sekolah

Menurut Siti Nor Fadhilah, anaknya yang sulung memang seorang yang penyayang dan lembut jiwanya. Bila dengan adik dia selalu mengalah. Memang apa yang adik buat, semua boleh dan jaranglah dia nak balas semula.

“Mereka berdua juga rapat kerana masing-masing berkongsi minat yang sama iaitu ultraman.

“Adik biasalah bila kali pertama nak ke sekolah dia teruja walaupun awal-awal rasa takut. Bila kami bagi semangat, terus hilang rasa berdebar tu.

IKLAN

“Tapi tak sangka pula Haikal (9 tahun) boleh sebak dan menangis sampai macam tu sekali apabila adiknya, Aisya (5 tahun) ke sekolah. Adik tak nangis pun tapi abang yang sedih macam nak berpisah lama dengan adik,” katanya.

Kongsi Siti Nor Fadhilah lagi, yang lucunya baru je adik masuk sekolah, si abang dah  bertanya pukul berapa adik nak balik. Siap beritahu lagi Haikal rasa sunyi adik tiada di rumah.

Waktu ambil adik balik sekolah, abang yang beriya-iya. Nampak adik keluar terus dipeluknya sambil menangis. Siap buat drama peluk adik lagi. Tapi adik tetap tenang.

“Kalau di rumah pun, abang memang lembut hati dan cepat mengalah. Adik pula jenis tegas dan agak garang. Ada ketikanya bergaduh juga nak itu nak ini. Cumanya sebab abang banyak mengalah jadi tak adalah berpanjangan. Huru-hara tetap juga berlaku,” ujarnya.

Tambah Siti Nor Fadhilah, memang dia dah dapat jangkakan si abang akan menangis kalau adik dah mula bersekolah. Ini kerana setiap kali apa-apa yang berlaku pada adiknya, abang yang akan menangis dulu.

IKLAN

Tak kisahlah apa pun, memang kalau melibatkan adik, abang yang lebih cepat terasa dan mengalir air mata. Kebetulan juga si abang akan mula sekolah minggu depan, jadi bila dia hantar dulu adik masuk sekolah lagi bertambah sebaklah.

Mungkin juga sebab mereka dua beradik, tak pernah berjauhan, hubungan tu lebih rapat. Itulah teman bermain, bergaduh dan berbaik.

Kredit: Siti Nor Fadhilah

**Beli barangan anak pada harga yang sangat berbaloi hanya di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN