Bagi sesetengah individu, kemewahan bukan pengukur kebahagiaan. Jika dapat itu dikira satu bonus namun kasih sayang adalah segalanya. Bagi seorang kanak-kanak ini, dia sememangnya sangat beruntung kerana dibesarkan oleh bapanya yang cukup mengambil berat dan penyayang.
Walaupun tidak bergaji besar, tetapi bapa kanak-kanak ini syukur rezekinya sebagai pengawal keselamatan dan boleh lihat anak depan mata.
“Alhamdulillah syukur.
“Saya kerja sebagai sekuriti di sekolah anak saya. Anak saya bersekolah di tempat kerja saya,” tulis pengawal keselamatan bernama Hassan menerusi keterangan video.
Video yang tular di media sosial itu menunjukkan lelaki berkenaan yang berpakaian seragam pengawal keselamatan tekun menyikat rambut anak perempuannya.
Bukan sekadar menyarungkan tudung, malah lelaki itu juga memastikan pakaian seragam anaknya dalam keadaan kemas.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka atas tanggungjawab bapa itu dalam membesarkan anak perempuannya dengan mementingkan pendidikan.
Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan sikap bapa ini yang sangat prihatin.
“Itu pun salah satu rezeki. Rezeki senang urus anak depan mata sambil kerja.”
“Super daddy, jangan mengalah. Teruskan berjuang untuk anak.”
Dalam pada itu, ruangan komen pada video yang meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok itu turut mendapat doa yang baik-baik buat dua beranak ini.
@black12o4 alhamdulillah syukur 🤲✅ #budakjb❤️💙 #jbstyle #budaksekolah #security #fypシ #fyp ♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG
“Belajar pandai-pandai sayang. Dah besar nanti bahagiakan dan mewahkan ayah ibu.”
Menerusi satu komen, ada yang memuji pengawal keselamatan itu yang sangat baik terhadap pelajar, guru termasuk ibu bapa pelajar lain.
“Hebat sekuriti sekolah ni. Semua pelajar dan guru dia kenal. Ibu bapa yang datang ambil pun dia kenal. Kerja yang mulia,” katanya.
Kasih sayang pengawal keselamatan itu terhadap anaknya turut diluahkan dalam video berasingan di TikTok menunjukkan hubungan mesra bapa ini dan anak perempuan dengan kata-kata yang menyentuh hati.
“Anak perempuan saya adalah nyawa, senyuman, kegembiraan, kekuatan, anugerah dan segala-galanya buat saya.
Kredit: TikTok black12o4 ; mStar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI