Pelakon Ozlynn memuatnaik gambar gelagat Johan Raja lawak dan anak-anak ketika tidur. Menurut Ozlynn, beliau meminta suaminya, Johan untuk menjaga anak sebentar, namun lain jadinya bila dia kembali selepas urusan didapur selesai.
Gambar yang lucu tersebut mendapat hampir 83ribu tanda suka di instagramnya. Ozlynn dan Johan yang berkahwin pada 2009 dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantik dan Moleiq.
Kasihnya isteri taat pada suami, kasihnya ibu membesarkan anak, kasihnya ayah… haaaaaa tu diaaaaaa…. dia sedap membutaaaa atas tilam smp x sedar anak kecik terpelanting jaaaaaoooooooooohhh dr tilam…. mangkaqqqqqqq!!
La nih trus rasa kasihnya isteri elok pelangkong suami… hareyyyyyy tol.. aku ilang kejapppp jek… mintak tlg jaga n tdokan anak2… aku nk kemas dapor.. dan nih hasilnya.. sape penah kena mcm nih?? Laki yg kita harapkan rupanya xleh harap x tau la nak libas dulu ke nak gelak ke nak nangis
Gambar lucu ini mendapat riaksi ramai pengikut mereka di instagram. Rata-rata netizen yang sudah berkahwin mengakui cara suami menjaga anak berbeza berbanding isteri. Namun yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen ialah baby Moleiq Hanania yang jauh tergolek kebawah semasa tidur.
Samalah kita semalam tengah basuh pinggan mangkuk di dapo, anak tidur sebelah suami, last2 dengar anak nangis kuat
Samalah kak, saya tengah solat minta suami jaga anak, nasib tak jatuh
Lawak laa..
Sumber: Jozlynnhanania
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Ibu Sayang…Ibu Gagal Lindungimu.” Kanak-Kanak 2 Tahun Ditembak Perompak
Beberapa hari lalu satu kejadian rompakan bersenjata telah berlaku di sebuah pusat beli- belah, Robinson Mall, Thailand. Tragedi yang tular itu memaparkan seorang lelaki melepaskan beberapa tembakan, sebelum merompak sebuah kedai emas.
Tembakan rambang perompak tersebut telah mengakibatkan tiga orang awam terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, dan lima orang tercedera.
Meraung ibu tengok kepala anak kena tembak
Tersentak melihat rakaman ketika kejadian, ibu kepada mangsa kanak-kanak berusia 2 tahun meraung meminta pertolongan setelah kepala anaknya terkena tembakan perompak, ketika mereka sedang berjalan-jalan di pasaraya tersebut.
Maafkan ibu sayang..
Masih trauma dengan apa yang menimpa anak kecilnya, ibu kepada mangsa telah membuat satu hantaran di Facebook meluahkan rasa pilu dan kecewa atas kehilangan anak di tangan seorang perompak.
Ibu gagal lindungi kamu anak
Dalam entrinya, dia tidak pernah menyangka perkara itu akan berlaku terhadap keluarganya dan menzahirkan rasa kesal kerana telah gagal melindungi anaknya.
“Tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku kepada kita, ia berlaku begitu pantas. Ibu dan ayah akan sentiasa sayangkan kamu. Maafkan kami gagal lindungi kamu anak…”
Kini ibu dan bapa kanak-kanak itu hanya mampu meratap sayu atas pemergian anak kecil mereka. Diharapkan, akan ada keadilan buat kematian anak yang tidak berdosa ini dan penjenayah kejam tersebut dikenakan hukuman setimpal.
Sumber: borakdaily.com & I’wi Wilaiwan Triton
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terkeluar Dari Rahim” Ibu Hamil Dihempap Lori Lahirkan Bayi Pramatang
Bayi ajaib! Ya itu yang boleh dikatakan kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan ibunya ketika nazak dalam satu kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia dihempap sebuah lori.
Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ dari rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.
Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.
Menurut pihak polis di Narkhi, kemalangan maut itu melibatkan seorang wanita yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.
Dalam pada itu, saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.
Lebih memilukan lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ajaib ketika sedang nazak di tempat kemalangan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.
Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.
Ujarnya, melihat kepada foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“1 Hingga 11 Semuanya Boy.” Jangan Stres Kalau Sederet Anak Lelaki, Kisah Ibu Ini Menginspirasikan
Menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila pasangan memiliki anak lelaki, antara soalan yang sering ditanya bila pula nak memiliki cahaya mata perempuan.
“3 orang semua boy. Bila pula nak dapat gegirl ni?”
“Kamu ni kena ada anak perempuan, barulah boleh nak tolong-tolong kat dapur bila besar nanti.”
Kalau anak berderet sama jantina, maka makin banyak akan menerima soalan-soalan dan ayat seumpama ini.
Buat mama papa, jangan mengeluh dan berputus harapan. Kisah yang dikongsikan bapa ini yang menceritakan kembali perjuangan ibunya membesarkannya dan 15 adik beradik yang lain sungguh memberikan inspirasi.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki .
Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
AYAH DISERANG STROKE DAN LUMPUH
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.
ANAK-ANAK BERDIKARI
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
MAK TAK PERLU KELUH KESAH DEPAN ANAK
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
MEMASAK DENGAN DAPUR KAYU JIMAT GAS
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
“TIDAK GUNA BELAJAR TINGGI DAN PANGKAT TINGGI TAPI SOLAT JEMAAH TIDAK DIJAGA”
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
ANAK LELAKI PERLU DIBIASAKAN SOLAT BERJEMAAH
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
Ini kisah survival keluarga suami saya.
Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle.
Kita ibubapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.
Sumber: Widyana Ali
Artikel berkaitan: [Tak Kisah Cuti Setahun Asalkan Isteri Menyusu Kembar. Kisah Pengorbanan Suami Ini Menyentuh Hati]
[Mak Pegang Mop, Anak Pun Sibuk Nak Mop. Jangan Rimas, Biar Dia Belajar]
[Lebih Setahun Ekzema Bergantung Ubat, Saeed Makin Pulih Lepas Ibu Amal Pemakanan Sihat]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI