Kasih seorang ayah memang tidak dapat dinafikan. Bagi Adam Corrie Lee, menguruskan Fateh dengan baik adalah tanda syukurnya kepada Allah bila doa dikabulkan setelah 10 tahun berusaha mendapatkannya.
Kehadiran si comel Adam Fateh Lee, 2 bulan selepas 10 tahun berusaha benar-benar memberikan kesan kepada lelaki ini. Fateh adalah kurniaan yang amat didambakan selama ini buat Adam Corrie Lee & isteri.
Rasa sayang dan tanggungjawab pelakon ini kepada anaknya itu tidak berbelah bahagi. Katanya selepas habis urusan kerja, dia segera pulang ke rumah untuk berjumpa Fateh.
Alhamdulillah selepas habis kerja di luar.. saya pasti akan balik rumah segera. Nak jumpa si cilik @adamfatehlee .. saya ambil tugas mandikan fateh sampailah pakaikan baju dia..
Ads
Yang ni saya trimkan kuku dia.
Allah kabulkan permintaan saya inginkan zuriat, jadi saya kena hargai dan bersyukur atas nikmat yang diberikanNya.
Para peminat dan netizen memberikan memuji Adam Corrie kerana memberikan prioriti kepada keluarga dan rajin menguruskan anaknya, Fateh. mereka juga turut memuji kecomelan Fateh dan mendoakan bayi kecil ini menjadi anak yang soleh.
Saksikan Pa&Ma pada 25 September 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kali ini tajuk menarik yang akan dibincangkan ialah Si Genius Disleksia. Banyak info telah dirangkumkan iaitu tip daripada juruterapi serta perkongsian info daripada ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruam lampin merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh bayi. Perkara ini sering dan normal terjadi bagi bayi yang berumur 12 bulan ke bawah. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung dan bahagian kemaluan.
Ruam lampin boleh dirawat di rumah sahaja, dan boleh sembuh dengan cepat jika dirawat dengan betul dan baik.
Ruam lampin sering terjadi kerana kerengsaan. Pendedahan terhadap air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi terutamanya jika bayi menggunakan lampin yang kurang penyerapan.
Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa akibat bergeser dengan kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan menyebabkan ruam.
Menurut Dr Samhan, 1/3 bayi akan mengalami ruam lampin. Ibu bapa pasti akan berasa sayu dengan apa yang dihadapi bayi mereka. Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk elakkan bayi daripada terkena ruam lampin. Mari lihat video perkongsian mengenai tip elakkan ruam lampin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempoh berpantang bukan sekadar waktu untuk berehat, tapi masa paling penting buat seorang ibu memulihkan semula tenaga, emosi dan tubuh selepas melalui proses kelahiran yang panjang serta mencabar.
Dalam fasa ini, apa yang ibu makan memainkan peranan besar dalam menentukan cepat atau lambat tubuh kembali pulih. Pemilihan buah untuk ibu berpantang sangat penting kerana nutrisi daripada buah boleh mempercepatkan pemulihan dan menguatkan tubuh dari dalam.
Ramai ibu berpantang masih ragu-ragu nak makan buah. Takut “sejuk”, takut angin, malah ada yang percaya buah boleh buat luka lambat sembuh. Tapi sebenarnya, buah-buahan ialah makanan semula jadi yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat dan semuanya penting untuk penyembuhan luka, penghasilan susu badan, serta kesihatan usus dan kulit.
Buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat penting untuk meningkatkan sistem imun dan membantu penyembuhan luka dalaman. Ia juga memberi tenaga serta membantu penghasilan susu badan untuk ibu menyusu. Antara buah untuk ibu berpantang yang paling mudah didapati dan berkhasiat.
Buah kegemaran Nabi SAW ini bukan sekadar manis, tapi ‘superfood’ untuk ibu pantang! Kaya dengan zat besi, folat dan serat, kurma membantu memulihkan tenaga, menstabilkan hormon serta mengelakkan sembelit — masalah biasa selepas bersalin.
Kaya dengan vitamin C dan antioksidan, strawberi bantu penyerapan zat besi dalam badan ibu dan menyokong pertumbuhan bayi yang menyusu. Rasanya yang masam manis juga boleh mengurangkan rasa loya atau tidak selera makan semasa tempoh berpantang.
Epal merah bukan sahaja sedap dimakan, malah tinggi serat, vitamin A dan C. Kandungan pektin dalam epal bertindak sebagai prebiotik semula jadi yang membantu sistem pencernaan ibu kembali sihat dan lancar. Ia juga sesuai dijadikan snek sihat semasa berpantang.
Buah ini menjadi rahsia kecergasan wanita dalam amalan berpantang masyarakat Cina. Ia mengandungi antioksidan tinggi yang membantu menguatkan hati, melancarkan peredaran darah dan mengembalikan tenaga selepas kehilangan banyak darah ketika melahirkan.
Buah tin kaya dengan zat besi, kalsium dan kalium yang membantu mengawal tekanan darah serta mempercepatkan proses pemulihan. Ia juga bagus untuk mengelakkan sembelit kerana tinggi serat semula jadi — sesuai sebagai buah untuk ibu berpantang yang ingin kekal cergas.
Blueberry adalah buah kecil penuh khasiat. Ia kaya dengan vitamin K dan karbohidrat sihat yang membekalkan tenaga berpanjangan buat ibu yang kurang tidur atau sering berjaga malam menjaga si manja.
Anggur membantu memperkuat sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan. Kandungan antioksidan seperti flavonol dan tanin di dalamnya membantu melancarkan peredaran darah serta memulihkan tenaga dalaman ibu.
Buah kering ini mengandungi tenaga semula jadi yang tinggi serta kaya zat besi. Ia sangat baik untuk membantu pembentukan darah merah dan mengurangkan rasa letih selepas bersalin.
Buah prun mengandungi vitamin A, beta-karoten dan serat yang tinggi. Ia membantu melancarkan sistem pencernaan, mengelakkan sembelit dan memperbaiki kesihatan kulit serta mata ibu yang kurang tidur. Prun juga disyorkan sebagai salah satu buah untuk ibu berpantang paling berkesan.
Buah-buahan bukan musuh ibu berpantang, malah ia sahabat baik untuk pemulihan semula jadi. Dengan pengambilan yang betul, tubuh lebih cepat segar, luka pun cepat sembuh, dan yang paling penting ibu lebih kuat untuk menyusukan dan menjaga si kecil dengan penuh kasih sayang.
Sedang ramai antara kita yang mungkin masih rasa selamat dengan keadaan penularan wabak pandemik Covid-19 dengan berada di luar rumah, lepak di kedai makan dan sebagainya, perkongsian yang dibuat oleh seorang pakar perubatan yang merupakan barisan hadapan dalam menanggani pesakit positif Covid-19 ini diharap dapat membuka mata semua.
Seperti semua sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan hari ini namun masih ada segelintir yang mengambil ringan perintah tersebut. Tular hari ini ada yang tidak rasa bersalah makan dan lepak di gerai walhal sudah diberitahu hanya boleh beli dan bungkus sahaja. Ramai juga yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung apabila ramai berasak-asak di Balai Polis semalam untuk mendapatkan borang rentas negeri.
Melalui perkongsian seorang doktor, Faiqah Natasha di Facebook, beliau berkongsikan tekanan yang terpaksa dilalui sewaktu bertindak sebagai benteng berhadapan dengan virus pembawa maut Covid-19. Berada dalam pasukan tersebut memerlukan dia dan rakan yang lain memakai sut khas bagi mengelakkan jangkitan terhadap diri sendiri.
Lebih menyentuh hati apabila dia yang masih memberikan susu ibu kepada anak terpaksa mandi berkali-kali sebelum mengepam susu untuk bekalan anaknya yang masih kecil. Berhadapan dengan saat genting dan mencabar, membuatkan doktor wanita ini menjadi paranoid terkenangkan risiko yang mungkin boleh berlaku.
Perlu sentiasa bersedia dengan kes-kes yang melibatkan virus pembawa maut ini, hinggakan tidak berkesempatan untuk mengeringkan rambutnya yang mungkin panjang. Lantas doktor wanita ini nekad memotong rambutnya sendiri. Hasilnya sudah pastilah kurang menarik yang mana menurutnya seperti ‘Ronald McDonald.
Namun wanita ini mempunyai keluarga yang sangat menyayangi dan mencintainya. Pulang sahaja ke rumah, suami yang mengerti dengan perjuangan isteri tercinta terus memberikan sokongan moral agar isteri tersayang terus kuat dalam menjalankan tugas itu. Malah pujian dari salah seorang anaknya juga membuatkan hati ibu ini terubat.
Semoga barisan hadapan petugas kesihatan yang mengendalikan kes postif Covid-19 ini akan terus diberikan kesihatan dan dilindungi yang Maha Esa. Untuk orang ramai di luar sana, sahutlah saranan kerajaan dengan mematuhi apa yang telah diperintahkan. Semoga dengan kerjasama semua, penularan pandemik Covid-19 ini akan berkurangan dan seterusnya berakhir di Malaysia dan seluruh dunia.