Keibubapaan

Kasihnya Seorang Ayah, Walau Pekak Dan Bisu Tetap Luah Rasa Sayang Pada Bayinya Guna Bahasa Isyarat

Share

Setiap pasangan yang berkahwin pasti teruja setiap kali dikurniakan anak. Lebih-lebih lagi jika anak pertama. Anak adalah pelengkap kehidupan untuk alam rumah tangga yang dibina atas dasar cinta Bersama pasangan tersayang.

Kegembiraan dan keseronokkan itu dikongsi dalam satu posting di Twitter yang memaparkan video seorang ayah yang bisu dan pekak cuba berkomunikasi dengan bayinya yang baru dilahirkan.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Bagaikan kena dengan perkongsian tersebut. Ayah dan ibulah merupakan orang pertama yang akan menyayangi anak-anak tanpa syarat dan sampai akhir hayat.

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki bisu dan pekak itu berkomunikasi dengan bayi yang diribanya menggunakan Bahasa isyarat. Sungguh menyentuh hati para warga net yang menontonnya. Lebih membuatkan perkongsian video ini terkesan apabila bayinya yang masih kecil seakan mengerti apa yang dikatakan oleh bapanya itu apabila pandangannya tidak beralih sedikitpun sepanjang perbualan berlangsung.

Warga Net terjemahkan maksud Bahasa isyarat

Lelaki tersebut yang bisu telah menggunakan bahasa isyarat untuk menyatakan rasa sayangnya terhadap anak yang baru lahir itu.

Bagi memudahkan warganet memahami apa yang disebutkan oleh lelaki itu, seorang pengguna Twitter telah menterjemahkannya dan ternyata ayat-ayat yang disampaikan adalah luahan rasa sayang terhadap bayi tersebut.

Perkongsian itu terlihat begitu indah kerana jelas menunjukkan kasih sayang yang terpancar di riak wajah bapa bayi walaupun tidak boleh meluahkan rasa sayang melalui percakapan.

Sumber: Borakdaily & Rex Chapman

 

 

Published by
SAHR