Kaum Melayu paling ramai lahirkan bayi. Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran pada suku kedua tahun ini berbanding 112,197 kelahiran pada tempoh sama tahun lalu.
Kaum Melayu Paling Ramai Lahirkan Bayi
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran.
Beliau berkata nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku kedua 2024,” katanya.
Mohd Uzir berkata, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 324 kelahiran.
Beliau berkata, etnik Melayu menyumbang 67.4 peratus atau 67,859 kelahiran hidup daripada jumlah keseluruhan pada suku kedua 2024 berbanding 67.1 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.
Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India pula masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus bagi suku kedua 2023,
Sementara itu, Bumiputera lain mencatatkan peningkatan kelahiran hidup kepada 12.9 peratus berbanding 12.5 peratus untuk tempoh sama.
Ads
Mohd Uzir berkata, sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku kedua 2024, iaitu penurunan 5.4 peratus berbanding 51,234 kematian bagi tempoh sama 2023.
Katanya Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,459 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 65 kematian.
Secara purata, Mohd Uzir berkata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 538 kematian sehari pada suku kedua 2024.
Beliau berkata, penduduk Malaysia pada suku kedua tahun ini meningkat 1.9 peratus iaitu 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada suku kedua 2023.
“Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta warganegara dan 3.4 juta bukan warganegara,” katanya.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk bekerja berumur 15-64 tahun dan penduduk tua berumur 65 tahun ke atas masing-masing meningkat kepada 23.9 juta dan 2.6 juta, berbanding 23.3 juta dan 2.5 juta pada suku kedua tahun lalu.
Sakit yang tak tertanggung. Satu-satunya ayat yang boleh digambarkan ketika menanti detik bersalin. Pun begitu ia bukan alasan untuk bakal ibu tidak mengerjakan solat lima waktu.
Perkongsian saudari Yasmine Hanani Muhammad Sufyan menerusi Facebooknya ini benar. Ramai wanita yang rupanya meninggalkan solat, lebih-lebih lagi ketika bakal berdepan kesakitan melahirkan anak.
Ramai perempuan tak solat?
Dulu saya macam tak percaya ramai perempuan tak solat, tapi bila macam-macam isu melibatkan perempuan baru saya tahu masalah ini bukan kecil.
Pakai tudung dan tak solat, juga tak pelik. Tudung tu uruf sahaja.
Dalam satu kajian oleh sekumpulan penyelidik di hospital, mendapati ramai wanita mengandung yang ditahan di wad tidak solat.
Lantas saya teringat pengalaman saya sendiri di wad setiap kali bersalin. Bila tiba waktu solat, memang tak ramai ibu hamil yang solat.
Biasanya cuma saya dan cleaner. Wanita hamil masih wajib solat sehinggalah melahirkan anak melainkan anda tidak sedar atau pengsan.
Sedih sebenarnya pada saat akhir kehamilan, waktu kita paling memerlukan Tuhan pun, kita tidak ingat Tuhan, bagaimanakan pada waktu lain?
Gambar: Surau sebuah mall di Cairo, seorang makcik cleaner sedang membaca Quran.
Zaman sekarang ni bukan lagi zaman kita boleh sandarkan hidup pada harta mak bapak. Mak bapak kita, tak macam orang dulu, bukan jenis yang ada tanah berbatu-batu, yang boleh diwariskan sampai ke anak cucu.
Generasi mereka ni, kebanyakannya masih berjuang untuk cukupkan keperluan keluarga sendiri – ada yang masih berhutang dengan bank, rumah pun ada yang masih menyewa, hutang tak habis walaupun usia makin lanjut.
Sebagaimana perkongsian saudara Firdaus Shakirin ada benarnya untuk kita muhasabah diri.
Zaman sekarang bukan zaman mengharapkan harta mak bapak. Mak bapak kita tak berharta sangat pun mcm orang dulu.
Generasi dulu boleh la ada 2, 3 bidang tanah…tanah kebun, tanah sawah, tanah kiri kanan depan belakang rumah. Generasi mak bapak kita ni, tanah yg dok sekarang pun masih nama beberapa orang…ada juga mak bapak yg rumah masih hutang bank, bulan-bulan bayar ansuran…ada mak bapak yg rumah pun masih menyewa.
Umur dah 50, dah 60, hutang tak setel lagi. Kita yang anak-anak ni, andai sihat tubuh badan, andai dah meningkat dewasa, maka carilah kerja, buatlah harta sendiri walaupun harta tu sebiji motor, sebiji kereta.
Jangan letak sedikit pengharapan pun utk mewarisi harta mak bapak kita…Jangan… Org tua sekarang tak banyak harta yg nak ditinggalkan utk anak-anak kongsi dan guna bersama.
Kita cari sendiri, buat harta sendiri. Nanti Tada de apa-apa kekecewaan atau konflik bila kita tak dapat apa-apa daripada mak bapak. Kita sendiri sedar dan tahu yang diorang tu tak ada apa-apa unguk direbutkan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Bila anak bertanyakan tentang seksualiti seperti bercium dan sebagainya, mak ayah jangan matikan begitu sahaja ayat anak. Sebaliknya usahakan untuk menjawab dengan baik dan berilmu.