Semua ibu pasti mengimpikan untuk menyusu anak mereka dengan susu badan lancar tanpa sebarang masalah. Namun realitinya, setiap perkara mesti ada dugaan. Termasuklah permulaan untuk menyusukan anak.

Mungkin pengalaman setiap ibu berbeza-beza. Cuma bagaimana ibu menghadapinya itulah dianggap pengorbanan besar dalam diri seorang wanita. Sebab itu kekuatan dan rasa tanggungjawab itu perlu selari agar matlamat penyusuan anak dalat diteruskan sehingga dua tahun.

Kaunselor Laktasi Kongsi Caranya Menyusu Eksklusif. Tak Ada Istilah Top Up Susu Formula, Tiada Masa PamPerkongsian pengalaman dari Kaunselor Laktasi, Nad Masrom boleh dijadikan inspirasi walaupun dalam masa yang sama melalui cabaran sama seperti ibu lain yang bekerja dan menguruskan rumah tangga.

Alhamdulillah. Pengalaman menyusukan Nur Khadijah selama 2 tahun tak pernah dilupakan. Banyak juga liku yang saya lalui sebenarnya.

Pernah lalui fasa stok susu 500oz cair gara-gara tertutup suis deep freezer, fasa mengais, fasa pam hari ni untuk esok, fasa susu sikit, fasa menangis dan macam-macam lagi.

Kaunselor Laktasi Kongsi Caranya Menyusu Eksklusif. Tak Ada Istilah Top Up Susu Formula, Tiada Masa Pam

Tapi alhamdulillah dalam banyak cabaran itu, penyusuan susu ibu itu berlangsung juga selama 2 tahun sepenuhnya.

Perjalanan penyusuan diteruskan pula untuk Nur Fatimah. Rutin mengepam bermula semula. Stok frozen ebm taklah banyak seperti Nur Khadijah dulu.

Tapi alhamdulillah hasil masih cukup. Dan belum pernah guna lagi stok frozen setakat ni. Cuma saya dah pernah sedekahkan stok frozen ini kepada seorang anak susuan ketika ibunya sangat memerlukan.

Ajaibnya, bila didermakan susu itu, stok tidak pernah susut dan sentiasa bertambah, walaupun mungkin tak sampai tahap penuh peti.

Kali ni, masa sangat ‘mahal’ nilainya dan saya juga semakin sibuk. Tak se’free’ dahulu. Saya hanya rutinkan diri mengepam 3 kali sahaja sewaktu bekerja.

Perlu bahagikan masa sebaiknya untuk bekerja, handle sesi kaunseling, dan urusan lain-lain yang melibatkan penyusuan.

Selepas tu kena bahagikan masa untuk saya spend quality time dengan anak-anak pula.

IKLAN

Percayalah, setiap hari saya rasa rindu nak peluk mereka lama-lama apatah lagi bila saya perlu bekerja.

Saya tak boleh nak mengeluh untuk mengepam kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang saya perlu laksanakan untuk anak-anak saya.

Kaunselor Laktasi Kongsi Caranya Menyusu Eksklusif. Tak Ada Istilah Top Up Susu Formula, Tiada Masa Pam

Balik sahaja ke rumah, saya akan ambil masa berehat sambil menyusukan kedua-duanya. Saya peluk dan cium anak-anak sepuasnya waktu menyusukan mereka.

Saya tahu mereka sangat rindukan saya. Jadi saya akan guna peluang itu untuk bina ‘bonding’ bersama mereka.

Menyusu secara direct itulah peluang saya untuk ‘bina’ hubungan yang lebih dalam dengan anak-anak saya. Waima di rumah atau di luar, bila bersama mereka, saya akan menyusu secara terus dan bukan melalui botol.

Saya perlu bersyukur dan tidak boleh mengeluh setiap kali anak nak menyusu sebab ada ibu-ibu yang tak berpeluang untuk menyusukan anak secara direct dan ada pula yang terpaksa mengepam setiap masa walaupun bersama anak di depan mata.

IKLAN

Penyusuan susu ibu adalah suatu fitrah?

Ya betul. Ia fitrah untuk menzahirkan keperluan nutrisi terbaik dari seorang ibu kepada anaknya. Fitrah untuk melahirkan rasa cinta seorang ibu buat anaknya dan fitrah dari seorang manusia kepada manusia.

Tapi kenapa tak ramai yang mampu melakukannya?

Kerana penyusuan itu dilakukan dalam keadaan kurangnya ilmu dan kemungkinan ibu-ibu ini tidak berpeluang untuk menuntut ilmu disebabkan oleh kurangnya supportive system di sekeliling mereka.

Kaunselor Laktasi Kongsi Caranya Menyusu Eksklusif. Tak Ada Istilah Top Up Susu Formula, Tiada Masa Pam

Saya sendiri pernah melaluinya ketika anak pertama saya, Najla Batrisya. Kedangkalan ilmu waktu itu sangat menyedihkan dan menyebabkan saya gagal dalam penyusuan susu ibu hingga kehilangannya.

Apakah ia sesuatu yang terpaksa dilakukan?

IKLAN

Jawapannya YA dan TIDAK.

YA ibu-ibu akan merasa terpaksa bila tidak jelas dengan matlamat penyusuan atau kerana anak tidak boleh menerima susu lain selain susu ibu.

TIDAK bila ibu-ibu melakukannya dengan persediaan dan mental serta jiwa yang ‘rapi’ untuk menjayakannya sehingga 2 tahun dengan matlamat yang jelas.

“Breastfeeding is not a choice but a responsibility” – satu pepatah bahasa inggeris yang sering diungkapkan.

Kaunselor Laktasi Kongsi Caranya Menyusu Eksklusif. Tak Ada Istilah Top Up Susu Formula, Tiada Masa Pam

Bukanlah bermakna ibu-ibu yang memberi susu formula itu melepaskan tanggungjawab mereka. Saya yakin setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka.

Cuma jika difahami maksud ayat ini dengan hati dan fikiran yang terbuka ialah tentang bagaimana kita mengutamakan hak anak dalam mendapatkan susu ibu itu sendiri. Jika tidak mampu, usahakan dalam mencari ibu susuan.

Jika ada peluang untuk mencari ilmu, carilah dari sekarang. Biarlah pernah gagal sebelum ini tapi kita bersedia untuk masa-masa akan datang.

“Better late than never” yang telah menemukan saya dengan ramai ibu-ibu yang ingin belajar tentang penyusuan susu ibu dikala usia sudah menginjak 40an dan anak dah pun 4 atau 5 orang.

Kerana mereka pernah sesal sekali dan tidak mahu melalui penyesalan lagi.

Sumber: Nad Masrom

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI