Kaunter Permohonan Rayuan BPN Dibuka Hari Ini & Ahad

Share

Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada hari ini (Sabtu) dan Ahad.

LHDN dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan, ia dikecualikan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berikutan cuti umum Pesta Kaamatan pada tarikh berkenaan.

ARTIKEL MENARIK [Untung Bayi Menyusu Badan! Dapat Pelbagai Rasa Susu Ibu Walaupun Belum Dapat Makan]

“Kaunter rayuan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.

“Langkah ini bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan,” katanya.

Agensi itu memaklumkan, pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Pijak Pasir, Pegang Benda Lembik Geli, Tandanya Anak Kurang Rangsangan. Kena Bertindak Cepat!]

“Atau melalui e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Published by
Wan Amalia Mohd Daud