Pelakon, Hanis Zalikha mendedahkan beliau bakal berpantang lagi pada hari raya kali ini. Beliau dijangka akan melahirkan anak keduanya pada bulan Ramadhan atau Hari Raya.
Rakan-rakanya datang dengan membawa juadah raya untuk meraikan baby shower Hanis Zalikha. Yang menariknya baby shower tersebut bertemakan hari raya.
Mereka juga turut mengenakan baju raya bersempena baby shower tersebut. Mungkin untuk memberikan rasa suasana hari raya dan memeriahkan majlis. Gambar juadah raya yang dibawa rakan-rakanya dimuatnaik di Instagram.
Happy breakfast, Potluck baby shower tema Raya haha siapa selalu beranak time puasa/Raya pasti memahami
Terima kasih kawan-kawan yang melayan weekend lepas, datang bawa juadah Raya untuk sahabat mereka yang insyaAllah bakal berpantang (lagi) time Raya
Hanis Zalikha yang mendirikan rumah tangga Bersama Hairul Azreen dikurniakan seorang cahaya mata yang kini popular di Instagram iaitu Yusuf Iskandar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Selalu Teman Isteri Hamil Jalani Check Up, 4 Faktor Ini Bantu Lancarkan Proses Kehamilan
Apabila disahkan hamil, rutin wajib setiap bulan ialah menjalani pemeriksaan antenatal. Hal ini penting untuk dilakukan kerana dapat memantau tahap kesihatan diri dan bayi yang dikandungi. Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami.
1. Mempermudahkan urusan isteri
Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
2. Tambah ilmu tentang kehamilan
Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
3. Beri sokongan moral
Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
4. Persediaan menghadapi kelahiran
Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nama Itu Memang Sesuai..” Sheila Rusly Dah Bagi Nama Untuk Cucu Pertamanya
Pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang dia dan suami telah pun mempunyai nama untuk bayi perempuan mereka yang bakal dilahirkan pada 16 Jun depan.
Elisya berkata, nama untuk anak sulungnya itu diberikan oleh ibu mentuanya, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly.
“Ketika usia kehamilan saya mencecah lima bulan, ibu mentua ada bermimpi mengenai nama untuk anak kami. Jadi, dia minta untuk berikan nama bagi cucu pertamanya. Saya dan suami terus bersetuju. Tambahan pula nama itu memang sesuai.
“Bagaimanapun, kami tidak bolehlah nak kongsikan nama itu sekarang. Tunggu lepas kelahiran. Cuma apa yang boleh dikongsikan, nama tersebut ada gabungan nama saya dan juga suami,” kata Elisya.
Bercerita lanjut mengenai proses kelahirannya kelak, Elisya berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara normal.
“Bagaimanapun, jika perlu melahirkan secara pembedahan, kami tidak kisah. Asalkan anak yang dilahirkan kelak selamat.
“Sepanjang kehamilan pula saya banyak membaca buku tentang parenting dan juga penyusuan ibu,” katanya lagi.
Elisya turut berkongsi yang dia bakal melalui proses berpantang di rumah Sheila Rusly.
Kredit: Gempak & IG Elisya Sandha
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulilah Rezeki Allah” Umum Isteri Hamil, Usop Teruja Bakal Jadi Bapa!
Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas mengumumkan kehamilannya isterinya.
Menerusi Instagram, Usop memuat naik video kejutan yang dibuat oleh isterinya ketika mengumumkan perkhabaran gembira itu malah amat bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah buatnya dan isteri.
“Alhamdulilah rezeki allah,” tulis Usop ringkas.
Pelantun lagu Selamanya ini yang selamat mengikat tali janji dengan pernikahan pada 4 Februari lalu turut meluahkan penghargaan buat isteri tersayangnya, Nur Fatihah Md Hashim sambil meninggalkan tanda pagar #usopjunior untuk mengumumkan kehamilannya isterinya.
“I love u sayangku, #usopjunior ❤️,” tulis Usop berkongsi.
Video kejutan yang dibuat isterinya ternyata mengundang rasa sebak buat pengikutnya. Nur Fatihah atau panggilan manjanya Teha meletakkan kit kehamilan di dalam sebuah beg yang kemudiannya baru disedari oleh Usop.
Lantas Usop terus memeluk isterinya dan keduanya turut sama mengalirkan air mata kerana terlalu gembira dengan rezeki Allah.
Dalam pada itu, laman Instagram rasmi Usop turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminatnya. Begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang turut sama mendoakan pasangan ini.
Semoga kehamilan isteri Usop dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Usop mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, pada majlis tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari lalu.
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI