Ibu dan ayah mana yang tidak merasa sedih dengan kehilangan anak. Tambah menyayat hati apabila kehilangan itu selepas lima hari dihantar ke rumah pengasuh. Satu kehilangan yang menyakitkan.
Mahu menuntut keadilan, pasangan suami isteri ini, Abdur Rahman Abdullah dan isterinya, Alynn Syaz berkongsi kisah kehilangan anak kembar mereka agar kes ini diberikan perhatian pihak berwajib.
Melalui laporan yang dikongsikan Astro Awani, polis sudah pun menahan suspek untuk siasatan.
Tambah Abdur Rahman lagi, suspek terbabit merupakan pengasuh yang dicari mereka melalui satu posting di media sosial.
“Anak saya meninggal di tempat pengasuh. Salam semua. Beberapa bulan lepas saya dan isteri saya, Alynn Syaz ada membuat satu posting untuk mencari pengasuh buat anak saya yang berusia 3 bulan lebih di kawasan Bandar Sunway.
Melalui posting saya, saya sudah bertemu dengan pengasuh di area berdekatan rumah saya. Kami ada berjumpa dengan pengasuh di rumah pengasuh tersebut untuk melihat disekeliling rumah pengasuh itu, kawasan dalam rumah nampak ok dan saya “DIBERITAHU” bahawa dia mengasuh bersama adiknya (2 baby termasuk baby saya).
Selepas 5 hari (tak termasuk 3 hari percubaan) saya menghantar baby ke rumah pengasuh dan pada 9hb May, anak saya telah meninggal dunia di rumah pengasuh itu.
Ads
Kehilangan anak saya sangat menyakitkan, lagi-lagi pada isteri saya. Kami telahpun membuat report polis dan kes ini dalam siasatan.
Semoga Allah menegakkan keadilan demi anak kesayangan kami, in shaa allah. Kami berharap perkara seperti ini tidak akan terjadi kepada orang lain.
P/S: Anak kami kembar. Adiknya meninggal dunia 9 hari selepas dilahirkan di Hospital di kelantan, disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Kes pengasuh ini adalah kakaknya pula
Nota kaki: Dikhabarkan suspek telah ditangkap oleh polis untuk siasatan lanjut.
Polis tahan pengasuh, disyaki melakukan pengabaian
Ads
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia, di sekitar Sungai Way di sini, pada 9 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pukul 3.56 petang, pada hari kejadian.
“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Ramai yang tahu, sejak dari bayi lagi, hubungan antara anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah dengan bekas pengasuhnya, Dayah Zubit begitu akrab sekali. Mana taknya, sejak Aafiyah lahir, Datuk Siti dan suami, Datuk Khalid, dah beri tanggungjawab pada Dayah untuk menjaga anak sulung mereka.
Namun tahun lalu, selepas usia Aafiyah 3 tahun, Dayah mengambil keputusan mengakhiri zaman bujangnya dengan pemain bola sepak pasukan Terengganu FC, Mohammad Ridzuan Razali.
Selepas bergelar isteri, Dayah terpaksa buat pilihan mengundurkan dirinya daripada tanggungjawab sebagai pengasuh Aafiyah untuk tinggal bersama suami di Terengganu.
Bagaimanapun, baru-baru ini dalam satu video yang dimuatnaik di Instagram Aafiyah Khalid, memaparkan aksi Aafiyah melepaskan kerinduan pada Dayah. Setelah sekian lama tak berjumpa, nampaknya Aafiyah begitu manja sekali dengan Kak Dayah.
Aksi Aafiyah yang menyuap kakak Dayah biskut dan mencium pipi nampak dia begitu sayang. Jelas terpancar di wajah Aafiyah keikhlasan dari hati kecilnya.
Manja sangat Aafiyah dengan kakak Dayah. Walaupun tak pandai lagi nak luah rasa rindu, melalui tindakan spontan itu dah mengambarkan Aafiyah rindu.
Perkongsian itu telah mendapat lebih 14 ribu tanda suka daripada peminat. Touching sungguh tengok aksi mereka berdua.
“Sayang sungguh dia kat pengasuhnya. Kakak yang jaganya penuh kasih sayang. Sebab tu Aafiyah sayang sangat.”
“Comel dua-dua. Dah lama nak tengok Aafiyah dan Dayah bersatu balik.”
“Mesti Aafiyah rindu sangat dengan kakak Dayah tu.”
“Budak-budak rindu tu tak boleh keluar dengan kata-kata..”
Manjanya Aafiyah, dapatlah lepas rindu kejap. Rindu nak tengok kak Dayah dengan Aafiyah together lagi.
Nampak pandangan Aafiyah pada Dayah pun dah tau dia rindu sangat, so sweet.
Kredit: IG Aafiyah Khalid
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pempengaruh media sosial dipuji ramai kerana membuat aktiviti amal dengan membersihkan sebanyak 30 surau selama 30 hari bulan Ramadan ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok @rusydi.official, antara surau yang akan dibersihkan oleh beliau seperti di stesen minyak atau mana-mana surau awam.
Bermula pada hari pertama puasa iaitu pada 2 Mac lalu, Rusydi dilihat telah memulakan misi terpujinya dengan begitu bersungguh-sungguh. Malah surau di sebuah stesen minyak di Nilai, Negeri Sembilan menjadi pilihannya diketika itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Rusydi terlebih dahulu menunjukkan keadaan surau yang kurang memuaskan kemudiannya mencuci surau berkenaan dengan rela hati.
Bukan itu sahaja, dia tidak lokek berkongsi kesemua alatan pembersihan malah menggunakan wangnya sendiri untuk membeli sabun mencuci.
“Kecuali air, saya telah minta izin terlebih dahulu untuk gunakan. Alhamdulillah, supervisor sini sambut usaha saya dengan sangat baik.
“Harapan saya agar usaha kecil saya dapat beri manfaat kepada semua,” katanya berkongsi.
Bukan hanya membersihkan ruangan solat serta kawasan wuduk, bahkan Rusydi turut membersih peralatan surau lain seperti karpet dan mengemas susun sejadah dengan baik.
Amalan mulia ini seharusnya diberikan pujian. Tidak hairanlah Rusydi dipuji wargamaya yang rata-rata menyukai niat ikhlas pempengaruh itu untuk membersihkan tempat awam orang ramai.
Ketika dijemput ke program TV Mingguan Wanita untuk bercerita tentang topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, pelakon cantik Elfira Loy dan ibunya Filzah Yusoff saling berkongsi perasaan tentang hubungan mereka anak beranak. Kata Elfira, dahulu jika terpaksa turutkan kehendak ibu, ada juga dia rasa marah. Tetapi semuanya dipendamkan dalam hati.
Tambah Elfira lagi, ada masanya dia marah dengan apa yang ibunya mita buat, tetapi selepas satu demi satu hikmah muncul, dia yakin keputusan ibunya adalah yang terbaik. Lama-kelamaan, Elfira merasakan lebih elok jika dia dimarahi ibu kerana dia akan tahu apa yang betul dan salah.
Mengakui yang tidak mungkin dapat dia membalas semua jasa ibunya itu, dia juga turut melahirkan rasa gementar kerana bakal bergelar seorang emak. Dia turut mengakui ada rasa takut jika tidak mampu menjadi ibu yang terbaik buat anaknya nanti. Menjawab soalan pengacara ketika itu, Elfira mengalirkan air mata kerana terlalu sebak mengenangkan pengorbanan ibunya untuk dia dan adik-beradiknya yang lain.
“Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah dibuat bukan untuk dirinya semata-mata tetapi juga demi anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, dia laksanakan demi berdoa untuk anak-anak. Semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita pula yang akan doakan dia.”
Ibu Elfira, Filzah, pula mengakui yang anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon walaupun sekadar untuk berbual kecil. Berhubung melalui aplikasi Whatsapp, tetapi katanya lagi ada juga masa dia terfikir juga mengapa anak-anak jarang menghubunginya.
Menjawab tentang caranya mendidik anak-anaknya, dia mengakui yang dia mengongkong mereka kerana tidak mahu merekalupa diri. Dia juga suka berkongsi perasaan dengan anak-anak agar mereka faham perasaan ibu ketika itu.
“Saya akan buat keputusan untuk anak-anak selalunya. Naluri kita kuat kerana kita ikhlas jaga mereka. Tak tahulah nanti macam mana pula mereka jaga kita.”
Pa&Ma doakan kasih sayang antara Elfira dan ibunya berpanjangan sehingga ke syurga. Semoga Elfira selamat bersalin dan menjadi ibu terbaik buat anaknya. Good luck, Elfira!
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...