Ibu dan ayah mana yang tidak merasa sedih dengan kehilangan anak. Tambah menyayat hati apabila kehilangan itu selepas lima hari dihantar ke rumah pengasuh. Satu kehilangan yang menyakitkan.
Mahu menuntut keadilan, pasangan suami isteri ini, Abdur Rahman Abdullah dan isterinya, Alynn Syaz berkongsi kisah kehilangan anak kembar mereka agar kes ini diberikan perhatian pihak berwajib.
Melalui laporan yang dikongsikan Astro Awani, polis sudah pun menahan suspek untuk siasatan.
Tambah Abdur Rahman lagi, suspek terbabit merupakan pengasuh yang dicari mereka melalui satu posting di media sosial.
“Anak saya meninggal di tempat pengasuh. Salam semua. Beberapa bulan lepas saya dan isteri saya, Alynn Syaz ada membuat satu posting untuk mencari pengasuh buat anak saya yang berusia 3 bulan lebih di kawasan Bandar Sunway.
Melalui posting saya, saya sudah bertemu dengan pengasuh di area berdekatan rumah saya. Kami ada berjumpa dengan pengasuh di rumah pengasuh tersebut untuk melihat disekeliling rumah pengasuh itu, kawasan dalam rumah nampak ok dan saya “DIBERITAHU” bahawa dia mengasuh bersama adiknya (2 baby termasuk baby saya).
Selepas 5 hari (tak termasuk 3 hari percubaan) saya menghantar baby ke rumah pengasuh dan pada 9hb May, anak saya telah meninggal dunia di rumah pengasuh itu.
Kehilangan anak saya sangat menyakitkan, lagi-lagi pada isteri saya. Kami telahpun membuat report polis dan kes ini dalam siasatan.
Semoga Allah menegakkan keadilan demi anak kesayangan kami, in shaa allah. Kami berharap perkara seperti ini tidak akan terjadi kepada orang lain.
P/S: Anak kami kembar. Adiknya meninggal dunia 9 hari selepas dilahirkan di Hospital di kelantan, disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Kes pengasuh ini adalah kakaknya pula
Nota kaki: Dikhabarkan suspek telah ditangkap oleh polis untuk siasatan lanjut.
Polis tahan pengasuh, disyaki melakukan pengabaian
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia, di sekitar Sungai Way di sini, pada 9 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pukul 3.56 petang, pada hari kejadian.
“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Abdur Rahman Abdullah & Astro Awani