Bagi ibu hamil, kontraksi dan menunggu bukaan servis serta proses meneran adalah fasa yang mencabar. 10 tip daripada doktor ini membantu.
Debaran makin terasa terutamanya bakal ibu yang menanti masa untuk melahirkan anak pertama tidak lama lagi.Perkongsian daripada Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital memberikan 10 tip yang boleh membantu mengelakkan masa yang lama semasa proses bersalin nanti terutamanya proses meneran dan kontraksi.
Memang tidak dinafikan proses bersalin terutamanya proses meneran dan kesakitan kontraksi adalah satu perkara yang menakutkan bakal ibu. Kontraksi disebabkan oleh otot rahim yang mengecut secara beritma yang bermula dari bahagian atas atau fundus rahim dan menolak bayi ke bawah. Kontraksi juga penting untuk proses mengeluarkan uri.
Kontraksi adalah satu proses fisiologi yang sangat penting semasa proses bersalin untuk memastikan bukaan pangkal rahim dan kepala bayi dapat turun ke dalam pelvis dengan lancar dan seterusnya melahirkan bayi. Kontraksi boleh berlaku selama beberapa hari sebelum kelahiran tetapi biasanya kurang kuat dan tidak kerap.
Kontraksi merupakan tanda yang puan sudah hampir mahu bersalin ialah apabila ia menjadi semakin kerap, semakin lama dan semakin kuat. Kontraksi juga biasanya semakin kuat sekiranya air ketuban telah pecah atau dipecahkan oleh doktor. Selalunya saya akan menasihatkan pesakit untuk datang ke hospital apabila kontraksi berlaku setiap 10 minit.
Hanya kontraksi yang cukup kuat dan kerap boleh memastikan bukaan pangkal rahim dan kepala bayi turun, sebab itulah sekiranya kontraksi puan tidak mencapai kekuatan atau kekerapan yang sepatutnya semasa di bilik bersalin nanti, doktor akan memasukkan ubat Pitocin atau Oxytocin.
Antara tip untuk membantu memudahkan kelahiran:
Ads
MENGHADIRI KELAS ANTENATAL
Di dalam kelas antenatal, ceramah berkenaan proses kelahiran akan diberi oleh pakar perbidanan dan puan juga akan diajar teknik pernafasan dan posisi semasa kelahiran. Kelas antenatal ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu untuk memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan keperluan untuk ubat tahan sakit nanti.
UBAT TAHAN SAKIT ATAU KAEDAH LAIN UNTUK KAWAL SAKIT BERSALIN
Ubat tahan sakit semasa sakit bersalin seperti suntikan Pethidine atau Epidural dan metod-metod lain seperti Entonox dan mesin TENS bukan sahaja mengurangkan rasa sakit kontraksi tetapi dapat menenangkan emosi puan. Apabila ibu tenang, kontraksi akan lebih berkesan dan mempercepatkan proses bersalin.
KEKAL AKTIF DAN MELAKUKAN SENAMAN
Biasanya wanita yang aktif lebih mudah untuk bersalin terutama pekerjaan yang banyak memerlukan berjalan seperti jururawat atau guru. Semasa di wad bersalin atau bilik bersalin adalah lebih baik sekiranya puan kerap berjalan kerana boleh mempercepatkan proses bersalin dan ia juga mengurangkan rasa sakit.
Senaman Yoga dikatakan boleh membantu terutama untuk fokus, kawalan pernafasan dan senaman pelvis.
Ads
URUTAN
Urutan yang dilakukan semasa kehamilan dan semasa proses bersalin boleh membantu. Tetapi hendaklah dielakkan melakukan urutan pada rahim kerana boleh menyebabkan kontraksi awal atau abruptio sekiranya urutan yang kuat dilakukan.
Urutan pada bahagian badan yang lain tidak mendatangkan masalah dan boleh memberikan rasa tenang kepada ibu.
KERAP MELAKUKAN SENAMAN KEGEL
Walaupun senaman Kegel biasanya dinasihatkan untuk ibu-ibu selepas bersalin, ada pendapat dari pakar fitness yang mengatakan bahawa dengan melakukan senaman Kegel secara berterusan sekurang-kurangnya 20 kali sehari boleh menguatkan otot pelvis. Oleh itu otot pelvis yang kuat ini akan membantu wanita untuk meneran dengan lebih berkesan.
URUTAN PERINEUM
Urutan perineum boleh dilakukan seawal 12 minggu boleh membantu wanita belajar secara sedar untuk merehatkan otot perineum, oleh itu memudahkan laluan untuk bayi lahir.
Ads
Urutan ini juga menambahkan perjalanan darah kepada tisu di perineum yang membantu mempercepatkan ia cepat sembuh selepas bersalin terutama untuk wanita yang mempunyai luka episiotomi atau koyakan.
PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT
Ini kerana terdapat kajian mengatakan kedudukan seperti ruku’ dan sujud selama minima 10 minit 2 kali sehari selepas 37 minggu membantu memastikan kedudukan kepala bayi pada kedudukan paling optimum semasa bersalin nanti iaitu mukanya mengadap kepada tulang belakang ibu.
KEHADIRAN PENEMAN SEMASA SAKIT BERSALIN
Kehadiran peneman terutama suami sangat-sangat membantu untuk memberikan semangat dan terbukti boleh mengurangkan sakit. Suami atau penaman juga boleh melakukan urutan dan membantu wanita untuk bergerak di dalam wad atau bilik bersalin.
DATANG KE HOSPITAL CUMA BILA SAKIT SUDAH CUKUP KUAT
Ini membolehkan wanita berada di dalam persekitaran yang dia rasa selesa dan kurang tertekan di rumah sendiri berbanding di hospital. Di rumah juga dia masih boleh minum, makan dan bergerak lagi sehinggalah kontraksi berlaku setiap 3 ke 5 minit sekali.
BAWA BEKALAN MAKANAN YANG CUKUP
Semasa di bilik bersalin, biasanya puan masih boleh minum dan ambil makanan ringan seperti biskut atau kurma untuk memberikan tenaga. Pastikan puan membawa bekalan makanan yang cukup di hospital dan mengambil makanan secara normal sebelum dihantar ke bilik besalin untuk memastikan puan mempunyai tenaga yang cukup sepanjang proses bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu yang menyusukan mesti tahu info ini. Ada sesetengah ubat-ubatan tidak boleh diambil semasa dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.
Ibu tidak terkecuali akan mengalami masalah kesihatan. Kadang-kadang ada ibu yang ambil keputusan untuk menahan diri daripada mengambil ubat kerana bimbang akan menjejaskan bayi.
Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada para ibu supaya berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan dan dalam masa yang sama tidak ‘mendera diri’ tidak mengambil ubat ketika sakit.
5 tips ini perlu dilakukan ibu menyusu. Antaranya perah & simpan sebelum makan ubat, susukan bayi dahulu. Serta perah & buang untuk elak penghasilan terhenti.
Nasihat daripada doktor & ahli farmasi sangat penting sebelum ambil ubat.
Bagi ibu yang ragu-ragu ubat yang diberikan selamat atau tidak diambil semasa menyusu, penting untuk mereka maklumkan status menyusu kepada profesional kesihatan. Tidak semua ubat selamat, ada yang boleh memudaratkan bayi!
Ubat yang tidak dirembes ke dalam susu, tidak diserap perut & usus serta yang dikenalpasti selamat sahaja yang boleh diambil ye ibu-ibu menyusu.
Rujuk doktor & ahli farmasi sekiranya perlu ambil ubat masa menyusu.
Antara ubat-ubatan yang selamat diambil ibu menyusu;
Ini pula ubat-ubatan yang tidak selamat diambil semasa penyusuan susu ibu kepada bayi. Antaranya ubat kardiovaskular, aspirin, ubat kawal kolesterol, ubat rawatan kanser, pil perancang estrogen & ubat sakit mental/ epilepsi.
Anak kerap demam, batuk dan selsema terutama pada hujung tahun dimana cuaca tidak menentu. Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi pengalaman dimana anaknya telah jatuh sakit dan beliau telah berkongsi 10 tip penjagaan anak yang sedang sakit di laman facebook miliknya. Ikuti perkongsian beliau.
10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELESEMA
Anak saya sakit. Demam, batuk dan selesema. 2 hari di wad, kemudian semalam discaj. Perlu sambung rawatan di rumah.
Sekarang ni musim tengkujuh, dan ramai yang datang ke klinik saya bawa anak-anak demam, batuk selsema. Ada yang dah agak teruk.
Jadi, ada kemungkinan saya bawa balik kuman dari pesakit-pesakit pulang ke rumah, lalu ia menjangkiti anak saya. Ini kecuaian saya.
Apapun, ini saya beri beberapa tips penjagaan anak yang telah mendapat jangkitan pada salur pernafasan;
1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.
2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.
3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah enam bulan, tak usah beri selain susu badan/formula.
4. Bawa jumpa doktor jika simptom berterusan lebih 3 hari. Makan ubat yang diberi mengikut ketetapan yang ditentukan oleh doktor/ahli farmasi.
5. Jika doktor saran kuarantin anak, maka tak usah bawa mereka ke tempat awam. Tak usah juga hantar ke sekolah. Khuatir janggkiti orang lain.
6. Jika terpaksa ke tempat awam, maka pakaikan anak topeng penutup mulut untuk kurangkan risiko menjangkiti orang lain.
7. Boleh ambil pelalian(vaksinasi) terhadap influenza. Ia memberi sedikit perlindungan daripada jangkitan virus influenza. Perlindungan bertahan setahun.
8. Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda bersih diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Tak usah terus bertandang pada anak-anak.
9. Jika anda seorang perokok, maka ini masa baik untuk mula usaha berhenti merokok. Demi kesihatan anak, isteri dan anda sendiri.
10. Selain ubat, anak yang sakit perlu diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Suami pula jangan lupa manjakan si isteri yang jaga anak tu. Hehe.
Semoga bermanfaat! Saya doakan semua yang sakit akan dikurniakan semula kesembuhan secepat ya!
Bila anak dah mula tumbuh gigi, penjagaan rapi perlu diberikan oleh ibu bapa. Ajar anak gosok gigi seawal mungkin bagi mengelakkan gigi anak rosak.
Bagaimanapun, ada juga ibu bapa yang tak kisah sangat sebab menganggap baru gigi susu. Tapi adakah anda terfikir bila anak mula sakit gigi, kesannya macam mana pada anak? Sedangkan kita yang dewasa pun sengsara bila sakit gigi kan.
Berdasarkan penjelasan dari Doktor Pergigian, Dr Izaza Mohd Zan, ada sebab yang mungkin ibu bapa tak anggap ia menjadi punca tapi sebenarnya berlaku dalam diam. Ini antara puncanya.
Gigi anak baru 2 tahun dah rosak, dah hitam dan tak cantik. Tiap hari berus, kadang-kadang 3 kali berus, tapi masih hitam juga lagi.
Anak tiap malam nyusu botol, susu formula, kadang-kadang susu coklat. Minum susu terus tidur, dalam susu formula ada gula, jadi gigi rosak sebab susu manis dan cara berus tak betul.
Ada juga anak yang nyusu ibu, gigi pun rosak juga. Sebab dalam susu ibu pun ada gula, mak makan makanan yang manis, so anak pun kena tempias manisan ibu.
Ada cara yang sangat MUDAH untuk elak gigi anak rosak atau bertambah rosak:
1. Pastikan selepas minum susu, sama ada susu formula atau susu ibu, gigi anak diberus atau dilap dengan kain basah supaya gigi bersih
2. Elakkan anak makan, makanan manis waktu malam terutamanya gula-gula dan coklat
3. Mak ayah kena beruskan gigi anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah, monitor gigi anak setiap hari
4. Bawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan gigi setiap 6 bulan, supaya gigi anak sentiasa terjaga dan sentiasa dalam pemerhatian DR
5. Ajar anak yang berumur 2 tahun untuk minum susu menggunakan cawan untuk elak anak dari terus menggunakan botol untuk menyusu
Ingat ya, kebersihan dan kesihatan gigi anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Kesian la kalau kecil-kecil semua gigi anak dah rosak.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...