Selepas pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai orang ramai perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rentas negeri, nampaknya orang ramai telah berpusu-pusu ke balai polis berhampiran.
Keadaan sesak yang luar biasa itu telah menyebabkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menarik balik arahan untuk mendapatkan kebenaran susulan dari keadaan tidak terkawal.
Boleh buat pergerakan tanpa isi borang
Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.
Menerusi Astro Awani, Ketua Polis Negara mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain.
Orang ramai panik
Menerusi perkongsian foto di media sosial menimbulkan kebimbangan orang ramai. Walaupun dah dinasihatkan dan diberi amaran agar tidak menghadiri sebarang aktviti melibatkan orang ramai keadaan ini tidak terkawal.
Sudah ditegaskan sebelum ini, bahawa kebenaran pulang ke kampung adalah hanya untuk perkara penting. Jika boleh tangguhkan sebaiknya tangguh dahulu buat sementara waktu.
Sumber: Astro Awani