Keajaiban sel stem dari tali pusat bayi mampu mengubati. Tidak hanya sekadar ditanam selepas kelahiran, kemajuan teknologi terkini  merungkai keistimewaan darah dari tali pusat yang keupayaan merawat hampir 80 jenis penyakit.

Darah dan tisu dari tali pusat daripada bayi ini  kaya dengan sel stem muda dan belum rosak akibat terdedah kepada pelbagai pencemaran. Ia juga boleh berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah.

Keajaiban Darah Tali Pusat Bayi, Boleh Selamatkan Nyawa Anak & Ahli Keluarga. 6 Kelebihannya Mama Papa Perlu Tahu

Darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya adalah sel stem. Penyimpanan darah tali pusat adalah salah satu keputusan yang baik. Sekiranya ia tidak digunakan pada masa kini dan kepada anak anda, ia mungkin akan memberikan manfaat kepada ahli keluarga anda yang pada masa akan datang .

Sesetengah bank darah tali pusat menyediakan perkhidmatan penyimpanan darah tali pusat manakala ada juga yang meyediakan perkhidmatan lain termasuk menyimpan isi tali pusat atau Wharton Jelly dan darah tali pusat itu sendiri.

IKLAN

Keajaiban Darah Tali Pusat Bayi, Boleh Selamatkan Nyawa Anak & Ahli Keluarga. 6 Kelebihannya Mama Papa Perlu Tahu

6 INFO MENGENAI SEL STEM & FUNGSINYA

#1. Sel stem ialah sel utama atau sel induk yang membentuk sel-sel lain, tisu dan organ tubuh manusia.

#2.Tali pusat bayi yang baru dilahirkan kaya dengan sel stem yang terbahagi kepada sel hematopoietic dan sel stem Mesenchymal.

IKLAN

#3. Sel stem adalah sel yang paling sempurna dan kombinasi dua sel ini mempunyai risiko penolakan yang rendah semasa pemindahan.

#4. Sel stem hematopoietic dan sel stem Mesenchymal ini mempunyai dua fungsi yang berbeza dan boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang berlainan.

#5. Sel stem hematopoietic berupaya mengubati penyakit berkaitan dengan dengan darah seperti leukemia, talasemia, limfoma dan anemia.

IKLAN

#6. Sel stem Mesenchymal pula boleh merawat penyakit yang berkaitan dengan otot dan saraf seperti penyakit jantung, retina mata, osteoarthritis dan kencing manis.

Justeru, anda yang bakal menyambut kelahiran bayi perlu mempertimbangkan tentang penyimpanan darah tali pusat anak kerana banyak kelebihan yang diperolehi daripadanya. Ia berupaya menyelamatkan nyawa dan mengubati bukan sahaja anak yang terbabit, tetapi adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

Keajaiban Darah Tali Pusat Bayi, Boleh Selamatkan Nyawa Anak & Ahli Keluarga. 6 Kelebihannya Mama Papa Perlu Tahu

Sel stem atau darah tali pusat memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya.

Mama papa ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan menyimpan darah tali pusat  boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam. 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI