Hubungan

“Kebahagiaan Jeanelle Jadi Keutamaan Kami” Jodoh Tak Panjang, Jovian Mandagie dan Nina Bercerai!

Share

Jodoh tak panjang. Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dan Nina Ismail memaklumkan kepada ramai yang mereka telah pun berpisah pada Ogos lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Melalui Instagramnya, Jovian berkongsi kisah duka itu selepas bersama-sama melakukan siaran langsung produk mereka di Tik Tok.

Pun begitu kata Jovian, dia dan Nina namun tetap bersahabat baik untuk kesejahteraan dan kasih sayang tak berbelah bagi buat anak mereka, Jeanelle.

“Kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami, dan setakat ini, kami telah melakukan yang terbaik, Alhamdulillah.

“Kasih sayang kita terhadap ibu bapa dan keluarga juga tak berubah. Kita yakin dengan perancangan Allah, kerana Dia adalah perancang yang paling hebat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sokongan dari semua yang sentiasa memberikan sokongan buatnya dan Nina sepanjang 10 tahun berkahwin menjadi suatu perkara yang cukup berharga dan akan terus diingati oleh mereka.

“Sepanjang sedekad yang lalu, ramai daripada anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Kami akan sentiasa menyimpan tahun-tahun ini di hati kami.

“Sokongan anda untuk #Jovianina sangat berharga, dan kami berharap anda akan terus menyokong dan menyayangi kami seperti yang anda lakukan,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie.

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Pa&Ma

Published by
SRM