Kebenaran Teman Isteri Bersalin Ketika PKPP Bergantung Kepada Hospital & Ruang

Share

Pemberian kebenaran untuk suami menemani isteri di dalam dewan bersalin adalah bergantung pada dasar dan ruang terbabit di sesebuah hospital itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam mempertimbangkan perkara itu, pihak hospital perlu mengambil kira aspek berkenaan terlebih dahulu.

“Isu sama ada suami boleh mengiringi isteri di dalam dewan bersalin adalah bergantung pada dasar hospital terbabit dan mengambil kira ruang di tempat berkenaan.

“Ada hospital membenarkan suami mengiringi isteri di dalam dewan bersalin kerana ada ruang mencukupi dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jika ruang mencukupi, hospital terbabit boleh mempertimbangkan perkara itu,”

Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri di dalam dewan bersalin sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Sumber: Awani

Published by
Nik Nurul Fatin Nik Mahmud