Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya telah menyambut kelahiran cahaya mata keempat baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsi Fedtri menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Alhamdulillah, syukur, isteri saya telah selamat melahirkan anak keempat secara normal dan sihat. Alhamdulillah, permulaan yang indah untuk 2019 ini,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sebelum ini Fedtri dah dikurniakan tiga orang anak iaitu Sutera, Arjuna dan Inaara. Jadi anak keempatnya kali ini ramai yang dah tak sabar nak tunggu nama unik yang akan diberikan nanti.
Sumber: ig fedtri yahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu pasti menyimpan hasrat untuk menyusukan anak sendiri selepas melahirkan. Ia bergantung kepada rezeki masing-masing, tetapi tidak salah berusaha untuk memperbanyakkan susu badan selagi tidak membahayakan kesihatan si ibu atau bayi. Untuk para ibu yang pertama kali melahirkan serta menyusukan bayi, banyakkan pembacaan dan kumpul sebanyak mana ilmu laktasi semasa masih hamil.
Selain mendapatkan maklumat dari pembacaan, anda boleh mempelajari tentang susu ibu serta teknik penyusuan secara berkesan melalui kelas latasi. Kelas antenatal yang dianjurkan oleh kebanyakan hospital swasta turut disertakan dengan kelas penyusuan. Menurut Kaunselor Penyusuan, Siti Nadia Saruji, susu ibu adalah rezeki yang disalurkan kepada bayi melalui ibu yang menyusukan. Jadi perbanyakkan ilmu dan jangan hilang arah tentang apa yang perlu dibuat sejurus melahirkan.
Kurang Ilmu Dan Tiada Yang Menyokong
Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan. Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan si ibu mula percaya yang mereka TIADA SUSU dan tidak berkeupayaan untuk menyusukan anak. Perkara begini salah kerana seharusnya si ibu diberikan sepenuh sokongan untuk menggalakkannya untuk menyusukan bayi.
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan keluar dengan banyak sejurus selepas melahirkan sedangkan realitinya bukanlah seperti itu. Bukan mudah untuk menjayakannya jika tiada sokongan padu dari suami dan persekitaran.
Kerana penyusuan bukan sahaja tanggungjawab seorang ibu malah tanggungjawab seorang ayah. Seorang suami yang bertanggung jawab dan mahu menyokong penyusuan susu ibu, harus sama-sama belajar agar memudahkan lagi proses ini.
Mencari Input Berguna Tentang Penyusuan
Apa yang dimaksudkan dengan persediaan awal ini ialah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu telah mula terhasil dan tersedia di dalam payudara ibu?
Terbentuk Sejak Awal
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu yang sebenarnya badan ibu telah bersedia menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan. Ianya dikenali sebagai Fasa Memogenesis yang berlaku sekitar minggu ke 7 atau ke 8 kehamilan. Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu (Laktogenesis 1) untuk menghasilkan kolostrum telah pun bermula.
Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara ibu telah pun menghasilkan susu! Hebatnya ciptaan Allah SWT susu telah ada seawal usia kandungan 24 minggu kerana pada waktu ini ada bayi yang dilahirkan pramatang. Jadi walaupun ibu bersalin pramatang, ibu tetap mampu menyusukan anak dan tetap ada rezeki susu ibu buat si bayi.
Kolustrum, bilakah waktu yang boleh ibu berikan kepada bayi?
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperolehi oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi yang disebut immunoglobulin. Selain terdapat antibodi, di dalam kolostrum terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Susu Tak Ada Selepas Bersalin?
Benarkah susu tiada langsung selepas bersalin? Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu di dalam payudaranya kerana penghasilan kolostrum sudah bermula sejak 16 minggu usia kandungan cuma paras hormon ibu yang berbeza membuatkan ada ibu yang sudah mula keluar susu sejak sebelum melahirkan dan ada ibu yang hanya keluar pada hari kedua dan ketiga anak dilahirkan.
Jadi, untuk meningkatkan paras hormon prolaktin ini, rangsangan dari hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Sebab itulah ibu perlu mendapatkan anak secepat yang boleh untuk disusukan supaya proses pengeluaran susu akan lebih cepat berlaku.
Lebih kerap payudara ibu mendapat rangsangan lebih cepat kolostrum akan mula keluar, lebih banyak kolostrum akan diterima oleh bayi dan lebih banyak susu bakal terhasil.
Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Jadi susukanlah anak anda kerana hanya penyusuan saja yang dapat menenangkan anak dan memberi keselesaan kepadanya. Pastikan juga lekapan bayi pada payudara betul bagi melancarkan proses menyusu dan tidak menyebabkan kecederaan pada puting ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Zed Zaidi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Natalia mustafa selamat melahirkan bayi kembar perempuan seberat 3.15 kilogram dan 2.7 kilogram di pusat perubatan Damansara.
Zed memberitahu isterinya melahirkan anak kembar secara pembedahan petang selasa lepas.
“Sejak isteri hamil anak pertama lagi kami pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar. Tapi tak sangka kelahiran kedua ini betul-betul dapat anak kembar”
“Apatah lagi tiada keturunan kami pun yang pernah dapat bayi kembar. Tapi saya bersyukur isteri dan anak selamat” Katanya kepada mStar
Sebelum ini dia nyaris kehilangan salah seorang bayi kembarnya apabila isteri mengalami pendarahan ketika hamil.
“Pada awalnya kami ke klinik untuk scan, doktor tak bagitahu ianya kembar”
“Selepas itu kami ke hospital kerana isteri mengalami pendarahan dan doktor maklumkan mungkin salah seorang daripada anak kami tidak dapat bertahan, ketika itu barulah kami tahu ianya kembar”
“Alhamdulillah kedua-duanya selamat dan dua puteri ini hadiah paling istimewa buat kami”
Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun.
Kuasa Allah lebih dari segala-galanya. Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira apabila memaklumkan kanser limfoma yang dihidapi kini hilang.
Berita tersebut dikongsikan Elyana menerusi satu perkongsian di instagram, pagi ini.
Menurut penyanyi Kalis Rindu itu, perjuangan serta penantiannya selama 11 tahun berjuang melawan penyakit akhirnya berhasil.
Elyana juga bersyukur ke hadrat ilahi kerana doanya telah dimakbulkan Allah selama ini. Semua ini dianggap keajaiban Allah.
“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. Aku pernah putus asa untuk berjuang. Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.
“Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah…” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Elyana memberitahu yang dirinya menghidap kanser Limfoma tahap empat.
Elyana dan suaminya, Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia dua tahun.
Kredit: Instagram Elyana
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.