Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya telah menyambut kelahiran cahaya mata keempat baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsi Fedtri menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Alhamdulillah, syukur, isteri saya telah selamat melahirkan anak keempat secara normal dan sihat. Alhamdulillah, permulaan yang indah untuk 2019 ini,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sebelum ini Fedtri dah dikurniakan tiga orang anak iaitu Sutera, Arjuna dan Inaara. Jadi anak keempatnya kali ini ramai yang dah tak sabar nak tunggu nama unik yang akan diberikan nanti.
Sumber: ig fedtri yahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu mengadu kadang-kadang rasa pelik apabila bayi menangis tanpa sebab yang jelas sedangkan baru je lepas menyusu atau tukar lampin. Nak kata kembung perut semua ok.
Mungkin bagi yang baru bergelar ibu tak tahu nak buat apa kerana tiada pengalaman cuma ada ketikanya kena percaya juga adakah gangguan luar yang menyebabkan anak jadi seperti ini.
Ustaz kongsikan ciri-ciri bayi menangis yang mengalami gangguan jin (sebelum mengesyaki bayi anda semua mengalami gangguan jin pastikan bayi tidak demam, lapar atau serta sudah dibawa ke klinik) :
1. Bayi menangis tanpa keluar air mata dan hanya mengeluarkan bunyi, manakala bunyi tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa.
2. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang teramat banyak *boleh menyebabkan kita panik. Bayi yang mengalami gangguan kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula.
3. Mata yang pejam ketika berhenti menangis akan bergerak-gerak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
4. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
5. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
6. Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin(makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Bayi ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
7. Ketika menangis mata bayi akan tumpu pada 1 tempat sahaja *contoh mata bayi hanya pandang syiling rumah sahaja.
8. Bayi menangis hanya diwaktu tertentu, selalunya bermula asar hingga subuh.
9. Bayi menangis hingga mengalami sawan tangis, sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakkan otak & demam panas.
Di sini saya kongsikan cara merawat bayi menangis malam, ibu bapa yang mengalami masalah bayi menangis malam boleh mengamalkannya.
1. Baca surah Al Fatihah, ayat kursi, surah An-Nas, surah Al-Falaq, surah Al-Ikhlas. Hembus pada ubun-ubun bayi sebanyak 3 kali.
2. Bacakan azan di telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri (sekali atau tiga kali)
3. Baca ayat kursi 7 kali sehingga habis tiupkan pada ubun-ubun kepala bayi, semasa membaca ayat kursi pastikan badan dan muka bayi menghadap ke bawah *posisi meniarap
Lama menunggu, akhirnya pelakon Jehan Miskin kini bergelar bapa selepas isterinya Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki mereka Sabtu lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Jehan menerusi lama sosialnya dengan memuat naik fotonya bersama cahaya matanya yang sudah diberikan nama.
Sepakat memilih nama, Axel Nova Rhee Jehan, nama indah yang dipilih Jehan dan isterinya buat anak pertama mereka.
” Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan.
“Lahir pada tengah malam hari ke-9 sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api.
“Awak benar-benar satu keajaiban,” tulis Jehan menerusi Instagramnya.
Menerusi kapsyen yang dikongsikannya itu, Jehan turut berkongsi dua keping gambarnya yang sedang memegang putera sulungnya itu.
Dengan sekeping gambar sudah cukup menjelaskan kebahagian kerana akhirnya selepas menanti pada tempoh yang cukup lama, si comel Axel Nova Rhee Jehan sudah pun berada di dalam dakapan.
Tahniah diucapkan buat Jehan dan isterinya. Malah di ruangan komen turut dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah dari rakan selebriti juga seluruh pengikutnya di Instagram.
Sebelum ini, isteri Jehan, Julie Camelia yang merupakan warganegara Korea itu mengakui teruja dan tidak pernah membayangkan dirinya hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
“Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan datang dalam dunia kecil kami, yang akan buat segala-galanya berubah. Kami akan bergelar ibu bapa,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @jehan_miskin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan. Bagaimanapun jika nak guna pun hanya meletak satu lapisan yang sangat nipis pada permukaan berus gigi atau sebesar saiz sebutir beras.
Berikut 5 tip menggunakan ubat gigi untuk kanak-kanak.
1. UBAT GIGI: PERLU ATAU TIDAK?
Bagi bayi yang belum ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah bersih.
Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush’.
Perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi.
Sebaik-baiknya, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak.
2. UBAT GIGI: BANYAK ATAU SIKIT?
Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras.
Untuk 3-6 tahun, sebesar kacang pea.
Cukup. Tak payah lebih-lebih. Tak payah sampai berbuih.
3. UBAT GIGI: ADA FLOURIDA ATAU TIDAK?
Flourida adalah penting untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan. American Association of Dentistry (ADA) mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida seawal yang mungkin untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.
Di pasaran, ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Ibu bapa tak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa punya.
4. UBAT GIGI: BOLEH TELAN ATAU TIDAK?
Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak dilabel selamat untuk ditelan, tolonglah pastikan dan pantau anak tak telan juga. Makanan pun kita berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi kita relakan.
Ramai ibu bapa risau untuk gunakan ubat gigi berflourida kerana anak suka telan ubat gigi. Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri.
Ibu bapa WAJIB gosokkan gigi anak sehingga dia umur 6 tahun. Mesti bantu anak menggosok gigi atau gosok gigi bersama-sama anak untuk elakkan mereka tertelan ubat gigi.
5. UBAT GIGI: PERLU LUDAH ATAU TIDAK?
Secara amnya, kita akan nasihatkan untuk gunakan ubat gigi berflourida apabila anak sudah pandai meludah.
Ibu bapa mesti ajar anak-anak untuk meludah ubat gigi dan elakkan daripada mereka menelannya.
Banyak cara nak ajar anak meludah ubat gigi. Ibu bapa jadilah contoh kerana ibu bapa adalah role model untuk anak masing-masing. Buat bunyi ‘puh’ ‘puh’.
Satu lagi, gunakan kuantiti yang betul. Bila tidak ada ubat gigi berlebihan, tidak perlu risau dengan tertelan atau perlu meludah dengan banyak.